Setia Hujung Nyawa (novel)

Setia Hujung Nyawa ialah sebuah novel 2011 oleh penulis novel Malaysia, Fatin Nabila, diterbitkan pada 4 Julai 2011 oleh Alaf 21. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2013.[1]

Setia Hujung Nyawa
Umum
PengarangFatin Nabila
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
4 Julai 2011
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman473
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789831246993

Sinopsis sunting

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Keluaran dan legasi sunting

Setia Hujung Nyawa dikeluarkan pada 2011 oleh Alaf 21. Pada tahun 2012, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia dari 24 Disember 2012 hingga 7 Februari 2013, dibintangi oleh Amar Asyraf dan Nelydia Senrose terbitan Suhan Movies & Trading. Adaptasi drama ini telah meraih jumlah tontonan meningkat kepada 4 juta penonton.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (16 Disember 2012). Setia Hujung Nyawa, satukan cinta Amar Asyraf, Nelydia Senrose Sinar Harian. Diperoleh pada 16 September 2013.
  2. ^ "Drama Setia Hujung Nyawa cipta rekod dengan tontonan cecah 4 juta". Beautifulnara. 9 Februari 2013. Dicapai pada 16 September 2013.