Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat
Setiausaha Pertahanan ( Bahasa Inggeris : Secretary Of Defense ; singkatan : SecDef ) merupakan ketua Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, berhubung dengan khidmat ketenteraan dan dan hal-ehwal ketenteraan termasuk Angkatan Tentera Amerika Syarikat bersamaan dengan Menteri Pertahanan di negara lain. Setiausaha dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat dengan persetujuan Senat Amerika Syarikat, dan juga merupakan ahli kepada Kabinet Ameika Syarikat.
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat
United States Secretary of Defense | |
---|---|
![]() Cap Mohor Jabatan Pertahanan AS | |
![]() Bendera | |
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Pejabat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat | |
Gelaran | Tuan Setiausaha (Tuan Secretary) |
Ahli kepada | Kabinet Amerika Syarikat Majlis Keselamatan Negara |
Lapor kepada | Presiden Amerika Syarikat |
Pusat | The Pentagon Kaunti Arlington, Virginia |
Pelantik | Presiden Amerika Syarikat atas nasihat dan persetujuan Senat |
Tempoh jawatan | Tiada tempoh ditetapkan |
Surat cara pembentukan | Kanun Amerika Syarikat 10 § 113 Kanun Amerika Syarikat 50 § 401 |
Pelopor | Setiausaha Perang Amerika Syarikat |
Pembentukan | 19 September 1947 |
Perwarisan | Tempat ke 06 dalam susunan penggantian presiden |
Timbalan | Naib Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat |
Gaji | Executive Schedule : level 1[1] |
Laman sesawang | www.defense.gov |
Menurut statut, setiausaha itu harus merupakan orang awam yang tidak pernah berkhidmat dalam komponen aktif Angkatan Tentera Amerika Syarikat sejak sekurang-kurangnya sepuluh tahun (Kanun Amerika Syarikat 10, Seksyen 113 - Perhatikan bahawa Kongres telah meluluskan sebuah undang-undang yang membenarkan George Marshall dilantik pada tahun 1950, walaupun beliau hanya menjadi orang awam sejak tahun 1945).
Setiausaha Pertahanan berkedudukan tempat keenam dalam susunan penggantian Presiden Amerika Syarikat
Penyusunan dan perananSunting
Jawatan Setiausaha Amerika Syarikat dicipta pada tahun 1947 ketika Angkatan Tentera Laut, Angkatan Tentera Darat, dan Angkatan Tentera Udara yang baru dicipta digabungkan menjadi Badan Tentera Negara yang baru.
Dalam penyusunan semula besar-besaran itu, Setiausaha Perang digantikan oleh Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat, dan bersama-sama Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat dan Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat yang baru, masing-masing merupakan jawatan bukan Kabinet di bawah Setiausaha Pertahanan.
Pada tahun 1949, Badan Tentera Negara dinamai semula sebagai Jabatan Pertahanan, suatu nama yang masih digunakan pada hari ini. Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Setiausaha Pertahanan sering dirujuk dengan mudah sebagai "SecDef".
Setiausaha Pertahanan dan Presiden Amerika Syarikat bersama-sama merupakan Pihak Berkuasa Pemerintahan (NCA) yang mempunyai kuasa tunggal untuk melancarkan senjata-senjata nuklear yang strategik.
Semua senjata nuklear dikawal oleh pemerintahan dua orang ini, termasuk juga pada peringkat-peringkat kerajaan yang tertinggi. Kedua-dua orang itu harus bersetuju sebelum sebarang serangan nuklear boleh diarahkan.
Setiausaha Pertahanan, sebagai ketua Pejabat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, dibantu oleh seorang Timbalan Setiausaha serta lima orang Setiausaha Rendah dalam bidang-bidang seperti yang berikut:
- Dasar (yang paling mustahak);
- Pemerolehan, Teknologi & Logistik;
- Pengawal/Ketua Pegawai Kewangan;
- Perisikan; dan
- Personel & Kesediaan.
Kesemua jawatan tersebut memerlukan pengesahan Senat. Setiausaha Pertahanan juga mengawasi enam orang Ketua Turus Bersama serta panglima-panglima untuk sembilan Markas Medan Bersepadu. Sila lihat rencana ini untuk maklumat lanjut mengenai setiap jawatan dan biografi Timbalan Setiausaha (DepSecDef) serta Setiausaha-setiausaha Rendah (USD).
Senarai Setiausaha PertahananSunting
Susunan penggantianSunting
Dalam sebuah Perintah Presiden pada 22 Disember 2005, Presiden George W. Bush mengubah suai susunan penggantian tentang siapa yang akan bertindak sebagai Setiausaha Pertahanan jika terdapat kekosongan jawatan atau ketakupayaan. Susunannya adalah seperti yang berikut:
- Naib Setiausaha Pertahanan
- Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat
- Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat
- Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat
- Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Perisikan
- Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Dasar
- Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Pemerolehan, Teknologi, dan Logistik
- Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Kakitangan dan Kesediaan serta Setiausaha Rendah Pertahanan (Pengawal)
- Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Pemerolehan, Teknologi, dan Logistik, Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Dasar, dan Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Kakitangan dan Kesediaan
- Peguam Agung untuk Jabatan Pertahanan, Penolong Setiausaha Pertahanan, serta Pengarah Ujian dan Penilaian Operasi
- Timbalan Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Logistik dan Kesediaan Bahan, serta Pengarah Penyelidikan dan Kejuruteraan Pertahanan
- Para Setiausaha Rendah Angkatan Tentera Darat, Laut, dan Udara
- Para Penolong Setiausaha Angkatan Tentera Darat, Laut, dan Udara, serta para Peguam Agung Angkatan Tentera Darat, Laut, dan Udara.
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Kanun Amerika Syarikat 05 § 5312
- ^ James N. Mattis di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
- ^ Patrick Michael Shanahan di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
- ^ "I am pleased to announce that Christopher C. Miller, the highly respected Director of the National Counterterrorism Center (unanimously confirmed by the Senate), will be Acting Secretary of Defense, effective immediately" dari Twitter President AS Donald John Trump pada 09 November 2020
- ^ "Christopher Charles Miller" dari United States Senate Intelligence 8.52MB
- ^ Christopher C. Miller di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. |
- Laman web rasmi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
- "Perintah Presiden: Memberikan Susunan Penggantian dalam Jabatan Pertahanan". Pejabat Setiausaha Akhbar. Dicapai pada 22 Disember 2005.