Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat
Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat ialah ketua Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Setiausaha terkini ialah bekas pemegang jawatan yang sama ketika kepresidenan Barack Obama iaitu Tom Vilsack, yang dicalonkan oleh presiden Joe Biden. Vilsack memegang jawatan pada 24 Februari 2021 setelah pencalonannya disahkan Senat dengan undi 92-7.[2] Kedudukan ini merupakan tanggungjawab yang serupa dengan menteri pertanian di kerajaan negara lain.
Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat | |
Gelaran | Tuan Setiausaha (tidak rasmi) Yang Berhormat (rasmi) |
Ahli kepada | Kabinet |
Lapor kepada | Presiden Amerika Syarikat |
Pusat | Jamie L. Whitten Building, Washington, D.C. |
Pelantik | Presiden dengan nasihat dan persetujuan Senat |
Tempoh jawatan | Tiada had |
Pembentukan | 15 Februari 1889 |
Pemegang pertama | Norman Jay Coleman |
Perwarisan | Kesembilan[1] |
Laman sesawang | www |
Jabatan ini merangkumi beberapa organisasi.297,000 mi2 (770,000 km2) hutan kebangsaan dan padang rumput diuruskan oleh Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat.[3] Keselamatan makanan yang dihasilkan dan dijual di Amerika Syarikat dijamin Perkhidmatan Keselamatan dan Pemeriksaan Makanan Amerika Syarikat.[4] Program Cap Makanan bekerjasama dengan negeri-negeri untuk menyediakan makanan kepada mereka yang berpendapatan rendah.[5] Nasihat untuk petani dan tukang kebun diberikan oleh Perkhidmatan Penyelidikan Koperasi Negara, Pendidikan dan Sambungan Amerika Syarikat.[6]
Rujukan Sunting
- ^ "3 U.S. Code § 19 - Vacancy in offices of both President and Vice President; officers eligible to act". LII / Legal Information Institute.
- ^ https://edition.cnn.com/2021/02/23/politics/tom-vilsack-confirmed-agriculture-secretary/index.html
- ^ "USDA Forest Service - Caring for the land and serving people". Fs.fed.us. Dicapai pada September 24, 2005.
- ^ "Home". Fs.fed.us. Dicapai pada September 24, 2005.
- ^ "FNS Food Stamp Program Home Page". Fns.usda.gov. Dicapai pada September 24, 2005.
- ^ "Cooperative State Research, Education, and Extension Service (CSREES)". Csrees.usda.gov. Dicapai pada September 24, 2005.