Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat

Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat ( Bahasa Inggeris : Secretary of the Air Force ; singkatan : SECAF, SAF/OS ) ialah Ketua bagi Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat, sebuah organisasi komponen dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat
United States Secretary of the Air Force
Seal of the United States Department of the Air Force.svg
Cap Mohor Jabatan Tentera Udara AS
Flag of the United States Secretary of the Air Force.svg
Bendera
John P. Roth.jpg
Pemangku
Penyandang
John P. Roth

sejak 20 Januari 2021
Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat
Pejabat Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat
GelaranPuan Setiausaha (Madam Secretary)
Lapor kepadaSetiausaha Pertahanan Amerika Syarikat
PelantikPresiden Amerika Syarikat
atas nasihat dan persetujuan Senat
Tempoh jawatanTiada tempoh ditetapkan
Pembentukan18 September 1947
PerwarisanTempat ke 04 dalam susunan penggantian SecDef
Timbalan
GajiExecutive Schedule : Level 02
Laman sesawangOfficial Website

Setiausaha Tentera Udara dilantik dari kalangan orang awam oleh Presiden Amerika Syarikat dengan nasihat dan persetujuan Senat Amerika Syarikat.

Setiausaha melapor terus kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan/atau Naib Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, dan melalui statut bertanggungjawab dan berkuasa keatas semua hal ehwal Jabatan Tentera Udara.

Penyusunan dan perananSunting

Setiausaha bekerja rapat dengan timbalan awamnya, iaitu Setiausaha Rendah Tentera Udara Amerika Syarikat; timbalan tenteranya, iaitu Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat, yang merupakan pegawai kanan beruniform dalam Tentera Udara Amerika Syarikat; dan Chief Space Operations dari Tentera Angkasa Amerika Syarikat

Setiausaha pertama Tentera Udara, Stuart Symington, mengangkat sumpah jawatan pada 18 September 1947 apabila organisasi semula Pasukan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat kepada sebuah jabatan tentera dan perkhidmatan tentera sendiri, bebas daripada Jabatan Perang Amerika Syarikat / Tentera Darat Amerika Syarikat, dengan enakmen Akta Keselamatan Negara tahun 1947. Gaji SECAF ialah USD179,700, Tahap II.

Pada 13 Disember 2013, Deborah Lee James telah disahkan secara rasmi oleh Senat Amerika Syarikat untuk menjadi Setiausaha Tentera Udara seterusnya. Beliau secara rasmi mengangkat sumpah oleh Timothy Beyland pada 20 Disember. Sebelum itu Setiausaha Rendah Tentera Udara Eric Fanning mengambil alih peranan pemangku setiausaha apabila Setiausaha Tentera Udara Michael B. Donley berundur pada bulan Jun.

Pada 18 Oktober 2019, Barbara McConnell Barrett telah dipilih oleh Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump dan disahkan secara rasmi oleh Senat Amerika Syarikat untuk menjadi Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat ke-25. Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat sehingga 20 Januari 2021.[1][2]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Kheel, Rebecca (16 Oktober 2019). "Senate Confirms Trump's Air Force Secretary Pick". The Hill. Dicapai pada 23 November 2020.
  2. ^ Barbara M. Barrett di Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat pada 20 Januari 2021