Setitis Kasih Darmia (drama)

Setitis Kasih Darmia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Diadaptasi dari novel 2012 bertajuk sama karya Naniey TJ, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Ratu TV9 dari 14 Oktober 2014 hingga 27 November 2014.[1]

Setitis Kasih Darmia
Drama Setitis Kasih Darmia.jpg
GenreLipur lara
FormatTelevisyen
Ditulis oleh
  • Shaza Talib
  • Suriani Mohd Noor
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Semua Isi Hatimu" oleh 3 Suara
Lagu penutup"Semua Isi Hatimu" oleh 3 Suara
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
PenerbitZiela Jalil
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 Oktober 2014 – 27 November 2014

SinopsisSunting

Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya. Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.

Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar. Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi pertahankan kebahagiaan hidupnya.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2015 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Drama Pilihan Setitis Kasih Darmia Tercalon
Pengarah Drama Pilihan Jamal Khan Tercalon
Pelakon Drama Lelaki Pilihan Sharnaaz Ahmad Tercalon
Pelakon Drama Wanita Pilihan Nelydia Senrose Tercalon
Hero & Heroin Pilhan Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose Menang
Barisan Pelakon Pilihan Setitis Kasih Darmia Tercalon
Penulis Skrip Pilihan Rozie Rashid, Suhana Mohd Nor & Shaza Talib Tercalon
Anugerah Skrin 2015 Drama Rantaian Popular (Pilihan Media Sosial) Setitis Kasih Darmia Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ Budiey (12 Oktober 2014). Sinopsis drama bersiri Setitis Kasih Darmia Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 Mei 2015.