Seven Collar T-Shirt

Seven Collar T-Shirt (SCTS; digayakan sebagai SevenCollar T-Shirt) merupakan sebuah kumpulan rock grunge/alternatif Malaysia yang ditubuhkan pada 1997. Ahli terkini ialah Saiful Ridzuan Sharafuddin (vokal dan gitar), Muhammad Abdullah (gitar), Sim Keng Lee (bes) Wan (Keyboard) dan Adil Ali Abdul Halim (dram), kebanyakan lagu-lagu mereka ditulis dalam bahasa Inggeris. Mereka telah menerbitkan empat album – Freeway, Dreaming & Broke (2002), Drones (2004) dan The Great Battle (2009) dan Murder (2018).

Seven Collar T-Shirt
Barisan ahli kumpulan Seven Collar T-Shirt (Dari kiri: Saiful Ridzuan, Adil Ali, Sim Keng Lee dan Muhammad Abdullah).
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
SevenCollar T-Shirt, SCTS
Berasal dariLembah Klang, Selangor, Malaysia
GenreRock progresif, rock alternatif, grunge
Tahun aktif1997–kini
Syarikat rakaman
I Seek Music (2002–2003)
Laguna Records (2004–kini)
Laman sesawang
www.sctsmusic.com
AhliSaiful Ridzuan Sharafuddin
Muhammad Abdullah
Adil Ali Abdul Halim
Sim Keng Lee
Bekas ahliNik Justin
Faizal Raof
Mokhtarizal
Mohd Rafidi Mat Dahan

Sejarah sunting

Seven Collar T-Shirt ditubuhkan pada 1997 dengan ahli asalnya yang terdiri daripada Saiful Ridzuan, Muhammad, Nik Justin dan Faizal. Pada tahun yang sama, album The Demo serta album kompilasi With Guns In Our Hands diterbitkan.

Pada Oktober 1999, Nik Justin dan Faizal meninggalkan kumpulan ini kerana komitmen kerja dan pelajaran. Mohd Rafidi dan Mokhtarizal menyertai kumpulan ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Nik Justin dan Faizal.

Kumpulan ini kemudiannya merakamkan album EP bertajuk Smiling Simulator yang mana ia habis dijual. Ia diikuti oleh tawaran merakamkan sebuah lagu untuk album kompilasi Family Day yang diterbitkan oleh Posse Records/NSR, album kompilasi ini turut menampilkan band seperti Love Me Butch, Prana dan Flop Poppy.

Album sulung Seven Collar T-Shirt, Freeway, Dreaming & Broke mula menjengah pasaran pada Oktober 2002, album ini diterbitkan oleh Greg Henderson di bawah syarikat rakaman I Seek Music dan diedarkan oleh Positive Tone dan EMI. Pada Disember 2003, pemain dram band ini, Mokhtarizal meninggalkan Seven Collar T-Shirt untuk menumpukan perhatian kepada syarikat rakaman I Seek Music miliknya, kumpulan ini mempelawa Adil Ali untuk menyertai SCTS bagi menggantikan Mokhtarizal.

Pada awal 2004, kumpulan ini mengikat kontrak dengan Laguna Records (kini Laguna Music) dan seterusnya muncul bersama album kedua, Drones di mana album ini diterbitkan oleh penerbit muzik terkenal, Roslan Aziz.[1]

Setahun berikutnya, band ini mengadakan persembahan di konsert jelajah Sejenak Di Semenanjung, bersama-sama dengan kumpulan Love Me Butch. Pada 2006, band ini mengadakan siri konsert jelajah pertama di Indonesia. Seven Collar T-Shirt ialah salah sebuah band yang beraksi di konsert gig Crossboarders yang pertama. Pemain bes, Mohd Rafidi meninggalkan Seven Collar T-Shirt kerana komitmen kepada keluarga dan kerjaya. Tempat beliau digantikan oleh Sim Keng Lee, sekaligus melengkapkan ahli terkini kumpulan ini.

Pada tahun 2007, kumpulan ini merakamkan lagu "My Generation" untuk kempen Jangan Togel oleh Nike Malaysia, lagu ini menjadi lagu tema filem dokumentari pendek, Jangan Togel.[2] SCTS meraikan ulangtahun penubuhannya yang ke-10 dengan mengadakan konsert khas yang diadakan di The Actors Sudio @ BSC, Bangsar, yang dikenali sebagai A Seven Collar Sonique Cinematique.[3] Persembahan mereka diiringi oleh 10 pemuzik amatur dari UiTM Shah Alam.[4] SCTS juga mengadakan persembahan di London dan Manchester, United Kingdom pada 2009.

Album ketiga band ini, The Great Battle dilancarkan pada 5 November 2009.[5] Bersempena dengan pelancaran album ini, Seven Collar T-Shirt mengadakan konsert The Battle Protocol yang berlangsung di KLPac.[6]

SevenCollar T-Shirt merakamkan lagu "Jangan Tinggal Daku" nyanyian asal P. Ramlee. Mereka alah antara artis indie yang menyumbangkan suara mereka dalam album kompilasi P. Ramlee: Satu Indiepretasi yang dikeluarkan pada 20 April 2011. Berita Harian pada 2010 melaporkan bahawa mereka bakal merakamkan lagu Melayu selepas sekian lama bertumpu pada lagu Inggeris.[7]

Pada tahun 2013, band ini melancarkan single terbaru, "Ordinary Life". Kumpulan ini meraikan ulang tahun album kedua mereka Drones yang ke-10 pada 6 Februari 2014 di No Black Tie.[8]

SevenCollar T-Shirt ialah antara pemuzik tanah air yang mengadakan persembahan mereka di DFP Seni Fest 2014 anjuran Dewan Filharmonik Petronas yang berlangsung dari 16 hingga 21 September 2014. Artis yang terlibat termasuk OAG, Bunkface, monoloQue, Zainalabidin dan Ning Baizura.[9]

SCTS ialah antara kumpulan rock yang beraksi di konsert Rocktoberfest Borneo yang berlangsung selama dua hari, bermula 6 dan 7 Oktober 2017 di Kuching, Sarawak. Turut beraksi di pentas Rocktoberfest ialah Estranged, Nice Stupid Playground dan Bunkface.[10]

Pada Disember 2017, Seven Collar T-Shirt melancarkan lagu "Lines" sebagai single pertama mereka untuk album terbaru mereka yang akan datang. Muzik video lagu ini diarahkan oleh Jordan Suleiman dan icara dan dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Laguna Music. Single kedua mereka, "Black Rain" dikeluarkan pada Oktober 2018 dengan muzik videonya diarahkan oleh Shimy Latif. Album keempat mereka Murder dikeluarkan pada 16 Disember 2018, ia menjadi album pertama mereka dalam tempoh 9 tahun sejak The Great Battle (2009).[11]

Aktiviti di luar kumpulan sunting

Vokalis kumpulan ini, Saiful Ridzuan kini berkhidmat sebagai salah seorang krew Warnakala Studios, syarikat animasi tempatan yang mengambil alih penerbitan siri animasi Didi & Friends.

Ahli kumpulan sunting

Sejak penubuhan kumpulan ini pada 1997 hingga kini, Seven Collar T-Shirt berhadapan dengan pertukaran ahli kumpulan sebanyak beberapa kali, hanya Saiful Ridzuan Sharafuddin dan Muhammad Abdullah sahaja ahli asal kumpulan ini. Adil Ali Abdul Halim dan Sim Keng Lee menyertai kumpulan ini bagi menggantikan empat ahli sebelum ini, ahli terkini SCTS ialah:

Ahli terkini
  • Saiful Ridzuan Sharafuddin (Duan) - Vokalis dan gitaris (1997–kini)
  • Muhammad Abdullah (Ham) - Gitaris (1997–kini)
  • Adil Ali Abdul Halim - Dram (2003–kini)
  • Sim Keng Lee - Bes (2006–kini)
Bekas ahli

Bekas ahli kumpulan ini terdiri daripada :

  • Nik Justin (1997–1999)
  • Faizal Raof (1997–1999)
  • Moktarizal (1999–2003)
  • Mohd Rafidi Mat Dahan (1999-2006)
  • Mohd Razif Muin (2003-kini)

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album Single
Freeway, Dreaming & Broke
  • Dikeluarkan: 1 Oktober 2002
  • Label: I Seek Music
  • "Glory & Meaning"
  • "Breathe"
  • "Happy Chicken King"
Drones
  • "Faith"
  • "War Is Over"
  • "Summary"
The Great Battle
  • Dikeluarkan: 5 November 2009
  • Label: Laguna Music
  • "Wild Child (Here For You)"
  • "Fragile"
  • "Lucky You"
  • "Lights"
Murder
  • Dikeluarkan: 16 Disember 2018
  • Label: Laguna Music

Album lain sunting

Tahun Tajuk Format album
1997 The Demo Album demo
1998 With Guns In Our Hands Album kompilasi
2000 Family Day
Smiling Simulator EP
Untitled

Single sunting

Tahun Tajuk Catatan
2000 "Thank Quake" Dimuatkan dalam album kompilasi Family Day
2007 "My Generation" Lagu tema siri Jangan Togel
2010 "Jangan Tinggal Daku" Dimuatkan dalam album kompilasi P. Ramlee: Satu Indiepretasi
2013 "Ordinary Life" Bukan album single

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2005 Anugerah Industri Muzik ke-12 Album Inggeris Tempatan Terbaik Drones Tercalon
2010 Anugerah Industri Muzik ke-17 The Great Battle Tercalon
Kulit Album Terbaik Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Zack Yusoff (21 Januari 2005). Seven Collar T-Shirt makes a difference with second album The Star Online. Diperoleh pada 6 Mac 2010.
  2. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (3 September 2007). "SevenCollar T-Shirt cipta lagu kempen iklan Nike". Berita Harian. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  3. ^ Daryl Gog (13 Jun 2007). Renewed spark The Star Online. Dicapai pada 8 Julai 2012.
  4. ^ Zack Yusoff (20 Jun 2007). Mercurial night The Star Online. Dicapai pada 8 Julai 2012.
  5. ^ Kevin Soo (12 Mac 2010). Back in black The Star Online. Dicapai pada 13 Mei 2014.
  6. ^ Kevin Yeoh (3 Jun 2010). SevenCollar T-Shirt: The Battle Protocol @ KLPac JUICE Online. Dicapai pada 8 Julai 2012.
  7. ^ Hanisah Selamat (22 Julai 2010). "Seven Collar T-Shirt mahu nyanyi lagu Melayu". Berita Harian. Diperoleh pada 8 Jun 2011.
  8. ^ Sevencollar T-shirt revisits a classic The Star Online (4 Februari 2014). Dicapai pada 13 Mei 2014.
  9. ^ Nurfarhana Mohamed (12 September 2014). Persembah pelbagai genre Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Oktober 2014.
  10. ^ 2017, ROCKTOBERFEST (5 September 2017). "Rocktoberfest Borneo". Rocktoberfest Borneo 2017. Utusan Borneo. Dicapai pada 5 September 2017.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  11. ^ Aida Kamal (6 Disember 2018). SevenCollar T-Shirt return to the music scene with Murder Masses.com.my. Dicapai pada 6 Mac 2012.

Pautan luar sunting