Sevenwords

Sevenwords merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia, ditubuhkan pada 1998. Kumpulan ini mula menandatangani kontrak bersama LIFE Records dan merakamkan album studio pertama, Tra.G.D Real.T yang memuatkan lagu "Fantasi" sebagai single pertama.[1] Mereka dikenali kerana mengetengahkan lagu-lagu yang meluahan perasaan yang beremosi dan energetik berserta komposisi muzik yang bermelodi.

Sevenwords
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif1998–2018
Syarikat rakaman
Music Valley
LIFE Records
Bekas ahli

Ahli kumpulanSunting

Gaya muzikSunting

Sevenwords memperjuangkan muzik 'new-age rock' atau 'new metal' iaitu hasil daripada pelbagai gabungan muzik antaranya 'hardcore', 'indie', metal dan semestinya 'rock & roll'. Elemen- elemen 'pop' dan 'hip hop' adalah unsur- unsur terpenting dalam melodi vocal mereka.

Pemilihan SEVENWORDS sebagai nama kumpulan adalah berteraskan tujuh ahli anggota kumpulan. Selain daripada itu, tujuh perkara terpenting dalam penubuhan kumpulan ini adalah:

  1. Radikal - dari segi idea dalam penciptaan lirik
  2. Mesej - dari segi motif lirik
  3. Emosi - dari segi tonal/ bentuk penyampaian vocal
  4. Kreatif - dari segi idea penggubahan muzik
  5. Melodi - unsur dan elemen terpenting dalam setiap penggubahan lagu
  6. Ekspresif - dari segi tenaga yang diserapkan dalam muzik
  7. Energetik - dari segi tenaga dalam persembahan

DiskografiSunting

Album studioSunting

Album kompilasiSunting

  • Blasting into 2002 (2002)

RujukanSunting

  1. ^ Siti Athirah Dzulkifly (20 Disember 2015). "Seven Words belum berkubur". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-21. Dicapai pada 3 Januari 2016. Membawakan genre muzik eksperimental new age rock, Sevenwords juga pernah menerbitkan album sulung mereka berjudul Tragedi Realiti yang menyaksikan mereka bernaung di bawah syarikat rakaman Life Records.

Pautan luarSunting