Mohd Shafizan Hashim (lahir pada 2 September 1982) ialah pemain bola sepak Liga Super Malaysia, Kedah FA. Dia merupakan ahli kepada Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Mohd Shafizan Hashim
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Shafizan Hashim
Posisi permainan Pertahanan
Nombor 6
Kerjaya remaja
Kedah B
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2011 Kedah FA
2011–2012 Johor Darul Takzim
2013 FELDA United F.C.
2014-2016 Kedah FA
Pasukan kebangsaan
2008
2008-2017
Malaysia Malaysia XI
Malaysia Malaysia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Oktober 2008

Kerjaya sunting

Dikenali sebagai Pelam oleh peminat hijau kuning, Shafizan terpilih dalam kesebelasan utama Kedah selepas Roshaidi Wahab mengalami kecederaan pada musim 2006/07. Pada 30 Jun, 2007, Shafizan membantu Kedah menjuarai Piala FA Malaysia selepas menewaskan Perlis FA 4-2 menerusi sepakan penalti. Selepas itu, dia membantu kedah menjuarai Liga Super Malaysia, dan Piala Malaysia.

Pada musim 2008, Shafizan sekali lagi membantu Kedah menjuarai tiga piala iaitu Liga Super, Piala FA, dan Piala Malaysia. Pada masa yang sama, Shafizan membuat penampilan perdana bersama pasukan utama Malaysia ketika menentang India pada 22 Julai, 2008 sebagai kesebelasan utama. Dia kemudian terpilih mewakili kesebelasan Malaysia untuk menentang Chelsea F.C.. Pada perlawanan ini, Malaysia XI tumpas 0-2.

Beliau rasmi bersara dari dunia bola sepak pada tarikh 1 Januari 2017.

Kini, pada tanggal 25 Mac 2024 beliau kembali ke pangkuan Pasukan Kedah Darulaman FC menabur khidmat sebagai Penyelaras KDA FC B. Gandingan beliau bersama Baddrol Bakhtiar dibahagian pengurusan pasukan membawa banyak pengalaman untuk dikongsi bersama pemain muda.

Pautan luar sunting