Shah Alam

ibu kota negeri Selangor Darul Ehsan

Shah Alam adalah ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Shah Alam mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi bandar raya pada tahun 2000. Shah Alam hampir dengan bandar raya Kuala Lumpur, hanya dipisahkan oleh Petaling Jaya iaitu sekitar 27 kilometer jaraknya. Jumlah penduduknya adalah 646 890 orang [1] dan dijangka meningkat menjadi 700 000 orang pada 2014 setelah siapnya beberapa projek perumahan dan sub-bandar di sekitar Shah Alam.

Shah Alam
Bandaraya Shah Alam
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiشاه عالم
Mohor rasmi Shah Alam
Nama panggilan: Bandaraya Anggerik
Cogan kata: Indah Bestari
Lokasi di dalam daerah Petaling, daerah Klang dan negeri Selangor
Lokasi di dalam daerah Petaling, daerah Klang dan negeri Selangor
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Ditubuhkan1963
Diberikan status ibu negeri Selangor7 Disember 1978
Kerajaan
 • Datuk BandarDr. Nor Fuad bin Abdul Hamid
 • Parlimen
Shah Alam
Sungai Buloh
Kota Raja
YB Khalid bin Abdul Samad
YB Sivarasa K. Rasiah
YB Mohamad Sabu
Keluasan
 • Jumlah290.3 km2 (112.1 batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah646 890 [1]
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)Tidak terpakai
Laman sesawangMajlis Bandaraya Shah Alam

Bunga rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya pula ialah burung undan. Secara rasmi Bandar raya ini digelar dengan gelaran 'Bandar Raya Anggerik'. Pada suatu masa dahulu, Shah Alam pernah terkenal dengan jolokan 'Bandar Perindustrian' kerana tertubuhnya kawasan-kawasan perindustrian yang menempatkan sejumlah kilang multinasional sekaligus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi hingga mempercepatkan pertambahan bilangan penduduk dan kepesatannya.

Sejarah awal sunting

Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai Batu 3/Sungei Renggam, terletak di dalam dua daerah iaitu Petaling dan Klang, pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam dan Batu Tiga mula berkembang setelah British membina laluan kereta api dari Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.

Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara Petaling Jaya dan Bandar Diraja Klang serta dihubungkan melalui satu-satunya lebuh raya pada ketika itu iaitu Lebuhraya Persekutuan dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Shah Alam yang pada ketika itu hanyalah ladang kelapa sawit dan hutan mula dibuka pada tahun 1963 bagi dimajukan untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Selangor yang baru bagi menggantikan Kuala Lumpur yang beralih kedudukannya sebagai pusat kerajaan persekutuan.[2] Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan secara rasmi pada tanggal 1 Februari 1974 lalu kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang sebelumnya berpusat di Bangunan Sultan Abdul Samad[3] mula berpindah ke Shah Alam, terutamanya setelah siapnya Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Malah nama 'Shah Alam' sendiri dipilih atas perkenan baginda.[2]

Shah Alam pada mulanya diletakkan di bawah pentadbiran Shah Alam Town Board, sebuah agensi di bawah naungan PKNS. Setelah diisytiharkan menjadi ibu negeri, Shah Alam Town Board diserap menjadi Majlis Perbandaran Shah Alam dengan keluasan pentadbiranya pada ketika itu hanyalah 41.69 km persegi. Shah Alam mula berkembang dan mengalami beberapa siri perluasan kawasan sehinggalah yang terakhir berlaku pada 1 Januari 1997 (Melalui Pelan Warta 1190) yang menjadikan keluasannya bertambah menjadi 290.3 km persegi meliputi sehingga ke sebahagian Sungai Buloh. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyusun semula persempadanan Majlis Daerah Petaling yang pada ketika itu akan dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Bahagian zon selatan iaitu bermula dari Seksyen 26 hingga 28 yang berada dalam daerah Petaling serta dari Seksyen 25, 29 hingga 36 (Pelan Warta 1994) yang merupakan bahagian dalam daerah Klang diambil alih dari Majlis Perbandaran Klang manakala Kampung Bukit Lanchong dan Subang Hi-Tech Industrial Park (beserta sebahagian Batu Tiga) diserah kepada MPSJ.

Perluasan Kawasan sunting

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaui beberapa pelan pembangunan bagi perluasan kawasan seperti berikut:[4]

  • Pelan Perancangan Pembangunan 1963: membabitkan kawasasan seluas 19.68 km persegi (Sungai Renggam Estate menjadi Seksyen 1 -16).
  • Pelan Struktur 1979: membabitkan kawasasan seluas 41.69 km persegi - pembangunan infrastruktur besar-besaran dan menyeluruh melibatkan perancangan untuk pembinaan Masjid Negeri, Taman Tasik. Pembinaan lebih banyak perumahan dan perluasan kawasan perindustrian (Seksyen 1- 16 dan Seksyen 17 -24).
  • Pelan Perluasan 1984: membabitkan kawasasan seluas 53.3 km persegi (Seksyen 1 - 24) - pembesaran Seksyen 17 - 24 . Tidak tersenarai dalam Pelan: Seksyen 25 (MPK) dan Seksyen 26 - 28 (MDP).
  • Pelan Warta 1994: mewartakan beberapa kawasan sekitar yang menggunakan dan tidak menggunakan poskod Shah Alam kedalam seliaan MPSA termasuk sebahagian kecil daerah Klang, membabitkan kawasasan seluas 261.7 km persegi (Seksyen 1 - 24, 29 - 36 dan U1 - U16).
  • Pelan Warta 1190, 1997: menyusun semula persempadanan PBT melibatkan pertukaran kawasan Subang Jaya dari MPPJ ke MDP dalam daerah Petaling. Perluasan kawasan MPSA di utara dari MDP dan di selatan Shah Alam dari MPK. Pentadbiran oleh MPSA dari 1997 hingga kini membabitkan kawasasan seluas 290.3 km persegi (Seksyen 1 -28, 29 -36 dan U1 - U20).

Pengisytiharan Sebagai Bandaraya Shah Alam sunting

Kepesatan pembangunan Shah Alam telah membawa kepada kenaikan taraf daripada Perbandaran kepada Bandaraya meskipun baru hanya 21 tahun dibuka. Pada 10 Oktober 2000, Shah Alam mencatakan sejarah setelah diisytiharkan secara rasmi sebagai Bandaraya dan Majlis Perbandaran Shah Alam bermula dari saat itu dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam. Upacara gilang-gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Dataran Shah Alam. Y. Bhg. Dato' Haji Abu Sujak Haji Mahmud dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama.[5]

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersetuju dengan permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan taraf Shah Alam sebagai sebuah Bandaraya setelah Bandar ini memenuhi kriteria – kriteria yang ditetapkan iaitu :

  • Bandar ibu negeri.
  • Mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000 orang.
  • Menjadi pusat pentadbiran, perniagaan dan perdagangan.
  • Jumlah pendapatan tahunan melebihi RM 100 juta.​

Susunan dan struktur sunting

 
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dilihat dari Shah Alam Lake Gardens.
 
Pusat Khidmat Pelancongan Shah Alam
 
Litar Shah Alam
 
Gedung membeli-belah SACC
 
Seksyen-seksyen di bandar raya Shah Alam
 
Pandangan panorama Forest of Lights di i-City, Shah Alam

Shah Alam mempunyai susunan dan struktur bandar yang serupa dengan Petaling Jaya atau Subang Jaya dengan kawasan perumahan memenuhi kebanyakan kawasan bandar raya (55.2 km²) dan pusat-pusat komersial bertebaran di sekitar 'seksyen' yang berbeza. Shah Alam mempunyai sejumlah 56 seksyen. Umumnya Shah Alam boleh dibahagikan kepada utara, tengah, selatan dan sebahagian Sungai Buloh. Shah Alam utara terdiri dari 18 Seksyen termasuklah Seksyen U1, U2, Kampung Melayu Subang dan banyak lagi. Ia mengandungi kawasan coklat di sisi sebelah peta. Shah Alam Tengah adalah bahagian 'utama' di Shah Alam. Ia mengandungi Seksyen 1 sehingga Seksyen 24 yang dilihat dalam peta sebagai warna kuning. Dalam kawasan inilah di mana semua bangunan pentadbiran dan agensi terletak terutamanya di Seksyen 14 (Pusat Bandar Shah Alam) dan Seksyen 5 (Pusat pentadbiran kerajaan negeri). Bagaimanapun pembangunan yang dirancang khas untuk sekitar Seksyen 14 masih belum siap dan sedang rancak berjalan, ia dilaksanakan mengikut pelan pembangunan yang dirancang pada tahun 1996 oleh PKNS dan MBSA. Shah Alam selatan pula mengandungi 12 Seksyen termasuklah Seksyen 25(Sri Muda), Seksyen 30 (Jalan Kebun), Seksyen 31 (Kota Kemuning) dan Seksyen 32 (Bukit Rimau). Di kawasan ini juga ditempatkan beberapa buah kawasan perindustrian yang utama di Shah Alam terutamanya di Seksyen 26 yang menempatkan kilang milik Proton. Di dalam peta, Shah Alam selatan dilihat pada kawasan yang ditandai ungu muda.

Bandar raya ini mempunyai sebilangan pusat membeli belah (Plaza Alam Sentral, (juga dikenali sebagai PAS atau nama dahulu adalah Kota Francais [6]), SACC Mall, Plaza Shah Alam (dulu dikenali sebagai Shah Alam Mall,juga dikenali sebagai Plaza Masalam), Ole-Ole Seksyen 18, Anggerik Mall, Kompleks PKNS dan AEON Mall Shah Alam(Jusco) yang baru sahaja dibuka pada awal tahun 2016 di seksyen 13) dan ia mempunyai banyak sekolah, kedai, bank, kedai makan, kafe, hotel, pusat perbuatan, klinik, pasar raya besar (terutamanya AEON Big (seksyen 23), Giant dan Tesco Extra)(Seksyen 13) dan kawasan rekreasi. Kebanyakan kawasan komersial yang terang terletak di pusat bandar raya terutamanya (Seksyen 14), Seksyen 13 dan Seksyen 9.

Semua jalan utama di Shah Alam termasuklah kota perbandaran baru seperti Setia Alam dan Kota Kemuning mempunyai tanda-tanda jalan dalam tulisan Rumi dan tulisan Jawi.

Pengangkutan sunting

Shah Alam mempunyai sistem jalan raya dan pengangkutan yang terancang dan teratur. Shah Alam dihubungkan dengan lebuh raya-lebuh raya utama di Lembah Klang seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Shah Alam dihubungkan dengan sistem rel keterapi melalui sistem KTM Komuter. Terdapat tiga stesen Komuter di Shah Alam, iaitu stesen Batu Tiga, Shah Alam (stesen utama, terletak di Seksyen 19) dan Padang Jawa. Sistem ini menghubungkan Shah Alam dengan hub pengangkutan utama di stesen KL Sentral di Kuala Lumpur.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak 40 km di selatan Shah Alam dan boleh dihubungi dengan melalui Lebuhraya ELITE. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang juga terletak berdekatan dengan Shah Alam. Pelabuhan utama Malaysia, Pelabuhan Klang juga dihubungkan dengan Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan dan jalan keretapi.

Terdapat banyak perhentian bas dan teksi yang terletak di jalan-jalan utama di bandaraya Shah Alam. Perkhidmatan bas dikendalikan oleh syarikat RapidKL dan beroperasi di kawasan-kawasan di seluruh Lembah Klang. Shah Alam juga mempunyai teksi yang beridentitikan imej bandaraya itu sendiri, iaitu teksi Perodua Kenari yang berwarna biru. Perhentian bas yang utama ialah di Kompleks PKNS dan di Seksyen 17.

Walaupun Shah Alam mempunyai sistem pengangkutan yang bagus, perkhidmatan Teksi dan kereta sewa juga masih menjadi pilihan terutama bagi mereka yang tinggal atau pelajar-pelajar universiti awam di Shah Alam seperti Universiti Teknologi Mara dan lain-lain. Perkhidmatan Teksi akan terus menjadi pilihan berdasarkan kepada keadaan semasa.

Kesihatan sunting

Klinik sunting

Shah Alam mempunyai banyak klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang boleh didapati hampir di setiap bahagian. Klinik-klinik ini kebanyakkannya terletak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal penduduk. Klinik kesihatan kerajaan terletak di Seksyen 7 dan dikenali sebagai Poliklinik Komuniti Shah Alam (Shah Alam Community Polyclinic).

Hospital sunting

Hospital kerajaan Shah Alam ini terletak berhampiran dengan klinik kerajaan di Seksyen 7. Pembinaan hospital kerajaan ini siap pada tahun 2016 dan mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk 300 katil pada satu-satu masa.

Selain itu, terdapat beberapa hospital swasta di Shah Alam. Pada masa kini, kebanyakkan penduduk Shah Alam mendapatkan rawatan kesihatan di hospital swasta sementara menunggu siapnya hospital kerajaan di Shah Alam. Antara hospital swasta yang terdapat di Shah Alam :

  1. KPJ Selangor Specialist Hospital (juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Selangor)
  2. Avisena Specialist Hospital (dahulu dikenali sebagai Darul Ehsan Medical Centre (DEMC))
  3. Salam Medical Centre (Shah Alam Specialist Hospital)
  4. Columbia Asia Medical Centre
  5. Hospital Shah Alam

Pecahan seksyen sunting

Setiap seksyen di Shah Alam mempunyai tema dalam penamaan nama bagi jalan-jalan yang terdapat di seksyen tersebut. Berikut adalah senarai seksyen-seksyen dan tema masing-masing.

  • Seksyen 1 (Universiti Teknologi Mara) - pendidikan
  • Seksyen 2 - jenis bunga
  • Seksyen 3 - jenis pokok
  • Seksyen 4 - jenis buah-buahan
  • Seksyen 5 (Pusat Pentadbiran Negeri Selangor) - pentadbiran
  • Seksyen 6 - jenis burung
  • Seksyen 7 (Universiti Selangor (pendidikan) / i-City) - jenis permata dan galian
  • Seksyen 8 - bentuk muka bumi
  • Seksyen 9 - Kesultanan Melayu Selangor
  • Seksyen 10 - jenis pakaian
  • Seksyen 11 - kebudayaan dan kesenian
  • Seksyen 12 - salasiah pentadbiran kerajaan Melayu dahulu
  • Seksyen 13 - sukan
  • Seksyen 14 (Pusat Bandaraya) - bidang-bidang korporat
  • Seksyen 15 - alatan tangan
  • Seksyen 16 - perlombongan bijih timah
  • Seksyen 17 - jenis ikan
  • Seksyen 18 - tumbuhan di kawasan pantai
  • Seksyen 19 - jenis pekerjaan di kawasan pantai
  • Seksyen 20 - jenis haiwan
  • Seksyen 21 (tanah perkuburan) - perkuburan
  • Seksyen 22 - perusahaan (Taman Industri Subang Utama), perumahan (Alam Prima, Alam Idaman, Alam Sanjung, Residensi Hijauan dan Indah Alam)
  • Seksyen 23 - perusahaan
  • Seksyen 24 - jenis sayur-sayuran
  • Seksyen 25 (Taman Sri Muda, Taman Alam Indah) - nilai-nilai murni
  • Seksyen 26 (Taman Perindustrian Hicom, Kampung Baru Hicom, Taman Bukit Saga) - daerah dan nama tempat di Selangor
  • Seksyen 27 (Taman Bunga Raya) - nama tempat-tempat di sekitar daerah Hulu Langat dan Gombak
  • Seksyen 28 (Taman Alam Megah, Kampung Lanchung Jaya) - nama tempat-tempat di sekitar daerah Kuala Langat, Sepang dan Klang
  • Seksyen 29 dan 30 (Jalan Kebun) - nama-nama Ketua Lorong di Jalan Kebun
  • Seksyen 31 (Kota Kemuning) - bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah Alam
  • Seksyen 32 (Bukit Rimau, Bukit Naga) - sungai-sungai yang terdapat di Selangor
  • Seksyen 33 (Kampung Bukit Kemuning) - jenis alatan muzik
  • Seksyen 34 (Taman Industri Desa Kemuning, Taman Industri Bukit Kemuning) - jenis bahagian dalam kereta
  • Seksyen 35 (Taman Desa Kemuning, Alam Impian) - seni dan budaya
  • Seksyen 36 (Taman Perindustrian Ringan AMJ, Sungai Kandis, Teluk Menegun, Desa Latania dan Bukit Badak) - jenis Kuih
  • Seksyen U1 (Glenmarie) - kerjaya
  • Seksyen U2 (Taman TTDI Jaya) - kesusasteraan
  • Seksyen U3 (Subang Skypark - Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Taman Subang Perdana)
  • Seksyen U4 (Kwasa Damansara, Subang Delima dan Depoh MRT Sungai Buloh)
  • Seksyen U5 (Bandar Pinggiran Subang, Subang Perdana, Subang MahSing, Subang Idaman, Nusa Subang, Subang Murni, Putri Subang, Mutiara Subang, Subang Bestari, Subang Segar, Desa Subang Perantau) - alam semesta
  • Seksyen U6 (Kampung Melayu Subang, Pusat Perdagangan Subang Permai, Subang Permata, Taman Setia Warisan) - jenis pokok
  • Seksyen U7 (TUDM) - telekomunikasi
  • Seksyen U8 (Bukit Jelutong) - bahagian-bahagian dalam rumah
  • Seksyen U9 (Sunway Kayangan, Cahaya SPK) - warna
  • Seksyen U10 (Alam Budiman, Puncak Perdana, Sunway Alam Suria) - pulau-pulau yang terdapat di negeri Selangor
  • Seksyen U11 (Bukit Bandaraya, Kampung Orang Asli Bukit Kuning) - gunung-gunung yang terdapat di Selangor
  • Seksyen U12 (Desa Alam, Cahaya Alam) - ulam-ulaman
  • Seksyen U13 (Setia Alam) - setia
  • Seksyen U14 (Kampung Budiman, Laman Budiman)
  • Seksyen U15 (Elmina, Puncak Alam)
  • Seksyen U16 (Taman Bukit Subang, Elmina, Denai Alam) - sains fizik dan biologi
  • Seksyen U17 (Aman Putri, Desa Moccis, Taman Bukit Jugra, Kampung Merbau Sempak, Elmina)
  • Seksyen U18 (Paya Jaras)
  • Seksyen U19 (Paya Jaras, Kampung Baru Sungai Buloh)
  • Seksyen U20 (Bandar Baru Sungai Buloh, Kelab Rahman Putra Malaysia, Bukit Rahman Putra Seksyen 1-6)

Semua jalan di bandar raya ini mempunyai papan tanda dengan nama jalan terpapar dalam Bahasa Melayu dengan kedua-dua aksara tulisan Rumi dan Jawi.

Pusat Pendidikan sunting

Universiti Teknologi MARA (UiTM, dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA atau ITM sehingga pada tahun 1996) yang terletak dekat dengan pusat Bandar Shah Alam. Keseluruhan kawasan universiti merangkumi keseluruhan seksyen yang terletak di barat bukit bandaraya yang dikenali sebagai Seksyen 1. Di Seksyen 17 pula, terdapat satu cawangan kampus UiTM yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Kebangsaan (INTEC), Malaysia, dimana pelajarnya perlu menempuhi program persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. INTEC UiTM adalah satu-satu kampus UiTM yang menerima pengambilan pelajar bukan bumiputra.

Selain itu, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggi yang lain di Shah Alam termasuklah kampus kota Universiti Selangor (universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor) yang terletak di Seksyen 7, Management and Science University (MSU), dan kolej kerjasamanya, Kolej PTPL. Shah Alam juga mempunyai beberapa pusat pengajian yang berkaitan dengan industri yang dikenali sebagai Politeknik Shah Alam (atau Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah), CIAST, and ADTEC.

Di Shah Alam disediakan pelbagai jenis sekolah rendah dan menengah. Adakalanya, ianya melebihi populasi daripada penduduk setempat. Sebagai contoh, berdasarkan senarai dibawah, di Taman Alam Megah, Taman Bunga Negara and Taman Bukit Saga yang berada di Seksyen 27 dan Seksyen 28, terdapat tiga buah sekolah menengah dan tujuh buah sekolah rendah. Manakala, di Seksyen 16 dan 17, sekolah menengah yang ada hanyalah SMK Seksyen 16. Pada masa kini, Shah Alam sudah mempunyai 19 buah sekolah menengah, 1 buah sekolah teknik, 1 buah sekolah vokasional. Dibawah adalah senarai sekolah-sekolah yang ada di Shah Alam.

Sekolah Menengah sunting

  1. SMK Shah Alam
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Seksyen 2
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2)
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25
  12. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27
  13. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
  14. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong
  15. Sekolah Menengah Kebangsaan Subang
  16. SMK Subang Bestari
  17. Sekolah Seri Cahaya
  18. SMK TTDI Jaya
  19. SM Hira'
  20. Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah
  21. Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2
  22. SMK Alam Megah (3)
  23. SM Ibn Khaldun (jalan kebun)
  24. SMI Zadut Taqwa
  25. Madrasah Tahfiz Al-Furqan

SEKOLAH AGAMA MENENGAH SABK (SAM)

  1. Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ)

SEKOLAH TEKNIK

  1. SM Teknik Shah Alam

SEKOLAH VOKASIONAL

  1. SM Pendidikan Khas Vokasional

SEKOLAH RENDAH

  1. Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana(seksyen U10)
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Glenmarie, Seksyen U1
  3. Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
  4. Sekolah Kebangsaan Seksyen 9
  5. Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan u3
  6. Sekolah Rendah Kebangsaan Subang Bestari
  7. Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Bukit Subang
  8. Sekolah Rendah Kebangsaan Lembah Subang
  9. Sekolah Rendah Ibn Khaldun (jalan kebun)
  10. Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong
  11. Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning
  12. Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2)
  13. Sekolah Integrasi As-Syakirin
  14. Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
  15. Sekolah Kebangsaan Seksyen 19
  16. Sekolah Kebangsaan Seksyen 18
  17. Sekolah Seri Cahaya
  18. Sekolah Kebangsaan Seksyen 20
  19. Sekolah Kebangsaan Seksyen 17
  20. Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 (1)
  21. Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 (2) / Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik
  22. Sekolah Kebangsaan Seksyen 13
  23. Sekolah Pendidikan Khas, Seksyen 17
  24. Sekolah Kebangsaan Subang
  25. Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (1)
  26. Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2)
  27. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Renggam
  28. Sekolah Kebangsaan Seksyen 16
  29. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Seksyen 7
  30. Sekolah Rendah Hira'
  31. Sekolah Kebangsaan HICOM
  32. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) HICOM
  33. Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (1)
  34. Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (2)
  35. Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah
  36. Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua
  37. Sekolah Kebangsaan Alam Megah (3)
  38. Sekolah Kebangsaan Padang Jawa
  39. Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya
  40. Sekolah Kebangsaan Seksyen 24
  41. Sekolah Kebangsaan Raja Muda
  42. Sekolah Rendah Integrasi Al Furqan

SEKOLAH RENDAH AGAMA

  1. Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19
  2. Sekolah Rendah Agama Islam Kg.Subang
  3. Sekolah Rendah Agama Seksyen 3
  4. Sekolah Rendah Agama Proton
  5. Sekolah Rendah Agama Al-Munawwarah
  6. Sekolah Rendah Agama TTDI Jaya
  7. Sekolah Rendah Agama Bukit Jelutong
  8. Sekolah Rendah Islam Qurratul Ain
  9. Sekolah Rendah Agama Al-Falah, Taman Sri Muda
  10. Sekolah Rendah Agama Intergasi Dato' Mufti Yusof Sahabuddin

Tingkatan 6

  1. Kolej Tingkatan Enam Shah Alam

Ekonomi sunting

Kilang utama PROTON, pembuat kereta nasional, terletak di Shah Alam. Banyak syarikat lain, tempatan dan luar negara, yang juga menempatkan kilang utama mereka di kawasan perindustrian Shah Alam. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Shah Alam telah memajukan ekonomi bandaraya ini dan menjadikannya sebuah bandaraya perindustrian yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Karangkraf, dan Toyota. Kilang Gardenia juga berada di Seksyen 23,Shah Alam. Di Shah Alam ada Butik Ibu dan Bayi yang terkenal iaitu Butik The Baby Store yang terdapat di Seksyen 22.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Laman Sesawang Rasmi MBSA : maklumat awan [1], dicapai pada 11 November 2012. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "popSA" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Cardosa, Elizabeth (Feb 2, 2023). "Shah Alam - Selangor's Capital City" (Temu ramah). Ditemuramah oleh Haniff Baharuddin. BFM 89.9.
  3. ^ Portal Rasmi Kerajaan Selangor : Sejarah Pejabat Setiausaha Kerajaan [2], dicapai pada 5 Februari 2014.
  4. ^ Rancangan Tempatan 2020 MBSA
  5. ^ Laman Sesawang Rasmi MBSA : Penubuhan MBSA [3], dicapai pada 10 Januari 2014.
  6. ^ [4]