Shah Alam (kawasan persekutuan)
P108 Shah Alam merupakan kawasan pengundian pilihan raya bagi peringkat parlimen. P108 Shah Alam disandang oleh saudara Khalid Abdul Samad sejak PRU 12 pada tahun 2008. Beliau telah keluar daripada PAS pada tahun 2015. PRU 14 beliau mengekalkan kerusi ini dan diberikan jawatan eksekutif iaitu Menteri Wilayah Persekutuan. Majoriti pengundi di kawasan ini ialah kaum Melayu sejak PRU 10 tiada seorang ahli parlimen di P108 Shah Alam ialah orang dan penduduk Shah Alam.
Statistik Banci 2020Sunting
Sumber:[1]
Statistik Banci 2020 P108 Shah Alam | |
---|---|
Jumlah Penduduk | 438,475 |
Kepadatan Penduduk | 3,134 / km2 |
Nisbah Jantina (L : P) | 115 : 100 |
Kumpulan Etnik | |
Bumiputera | 74.5 |
Cina | 17.0 |
India | 8.0 |
Lain-Lain | 0.5 |
Kawasan pilihan raya Selangor | |||
---|---|---|---|
Kawasan parlimen | |||
Badan perundangan | Dewan Rakyat | ||
ADR |
PH | ||
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1974 | ||
Kali pertama dipertandingkan | 1974 | ||
Kali terakhir dipertandingkan | 2018 | ||
Demografi | |||
Pemilih (2018) | 107,316 |
DemografiSunting
Pecahan etnik pengundi parlimen Shah Alam setakat 2018[2]
Sejarah Parlimen Shah AlamSunting
Parlimen Shah Alam tertubuh pada PRU-5 (1978) apabila WP Kuala Lumpur yang merupakan ibu negeri Selangor diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1973 setahun sebelum PRU-6 (1974).
Ahli Parlimen P108 Shah AlamSunting
Nama | Parti | Pilihan Raya |
---|---|---|
Dato' Lew Sip Hon | BN-MCA | PRU-5 (1978) |
Datuk Paduka Rahmah Othman | BN-UMNO | PRU-6 (1981) |
Datuk Paduka Rahmah Othman | BN-UMNO kemudian S46 | PRU-7 (1986) |
Rahmah Othman | BN-UMNO | PRU-8 (1990) |
Dato' Salamon Selamat | BN-UMNO | PRU-9 (1995) |
Dato' Seri Mohd Zin Mohamed | BN-UMNO | PRU-10 (1999) |
Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin | BN-UMNO | PRU-11 (2004) |
Khalid Abdul Samad | PR-PAS | PRU-12 (2008) |
Khalid Abdul Samad | PR-PAS PH-AMANAH | PRU-13 (2013) |
Khalid Abdul Samad | PH-AMANAH | PRU-14 (2018) |
Sejarah KawasanSunting
Shah Alam (P108) ialah kawasan pilihan raya bagi parlimen di Dewan Rakyat. Parlimen Shah Alam ditubuhkan pada tahun 1974 PRU-4 daripada pembubaran parlimen Klang dan Damansara (Lama). Dari 1974 sehingga 1986 kawasan parlimen Klang (kawasan persekutuan) berada dalam parlimen ini sehinggalah pada PRU-7 apabila parlimen Klang ditubuhkan semula.
Kini parlimen ini disandang oleh Yang Berhormat Khalid Samad dari PH-AMANAH. Beliau menyandang parlimen ini sejak PRU ke-12 yang lalu pada 2008 atas tiket PAS. Pada 2015 beliau bersama-sama beberapa bekas ahli PAS yang lain menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Sejarah Wakil RakyatSunting
Keputusan Pilihan RayaSunting
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
PH | Azli Yusof | 61,409 | |||
PN | Afif Bahardin | 43,314 | |||
BN | Isham Jalil | 28,266 | |||
PEJUANG | Rafique Rashid | 2,781 | |||
Jumlah undian sah | |||||
Jumlah undi ditolak | |||||
Undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | |||||
Pemilih berdaftar | |||||
Majoriti | 18,095 | ||||
kekal | Peralihan |
|
Dewan Negeri SelangorSunting
Terdapat dua dewan undangan negeri di parlimen ini.
Pentadbiran dan KemudahanSunting
Parlimen Shah Alam berada di bawah pentadbiran tanah daerah Petaling.
MukimSunting
Mukim bagi parlimen ini ialah mukim Damansara
Pihak Berkuasa TempatanSunting
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ialah kerajaan tempatan bagi parlimen ini. Beberapa kawasan lain (MBSA) berada di parlimen Kota Raja (kawasan persekutuan).
- ^ https://www.mycensus.gov.my/index.php/census-product/publication/census-2020/myparlimen
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Results Overview". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-20.