Shah Iskandar

Pelakon lelaki Singapura

Shah Iskandar Mahfuz (Jawi: شه إسكندر; lahir 1 Mei 1982) merupakan seorang pelakon Singapura yang berlakon dan menetap di Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan drama lakonannya termasuk Gerak Khas, Nora Elena dan Jika Itu Takdirku. Selain itu, beliau juga pernah menjadi seorang guru kanak-kanak khas.[3]

Shah Iskandar
Kelahiran
Shah Iskandar bin Mahfuz

(1982-05-01) 1 Mei 1982 (umur 41)
Pusat pendidikanPoliteknik Ngee Ann
PekerjaanPelakon, model, pengacara, guru
Tahun aktif2006–kini
PasanganSiti Sarah Mohd Noor (k. 2016)
Anak-anak1

Kerjaya sunting

Shah Iskandar mula berkecimpung dalam seni lakonan pada 2006 ketika menuntut dalam bidang perfileman di Politeknik Ngee Ann.[3] Beliau menyertai pertandingan realiti Anugerah Skrin Singapura dan muncul pemenang tempat ketiga. Yusof Haslam, salah seorang juri pertandingan itu menawarkan beliau berlakon selepas tamat pertandingan itu, namun beliau menolak kerana memberi tumpuan pada pelajaran.[3]

Selepas tamat belajar di Politeknik Ngee Ann, beliau terlebih dahulu menerima tawaran mengacara sebelum menjadi pelakon.[3] Beliau pernah berkhidmat dalam tempoh singkat sebagai seorang guru di Rainbow Centre, sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme.[3] Bagaimanapun, khidmatnya sebagai guru hanya selama setahun apabila Shah mengambil keputusan menerima pelawaan Yusof yang kembali menawarkannya berlakon pada 2009.[3]

Beliau memegang watak sebagai Inspektor Hisham, anak kepada Sub Insp. Hashim lakonan A. Galak dalam Gerak Khas.[3] Bagaimanapun, wataknya hanya bertahan selama dua tahun apabila Gerak Khas direhatkan sementara pada 2011. Pada tahun yang sama, beliau muncul sebagai pelakon undangan dalam filem seram Khurafat: Perjanjian Syaitan lakonan Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay, seterusnya muncul bersama Aaron Aziz, Siti Saleha dan Zul Ariffin dalam drama waktu perdana slot Akasia TV3, Nora Elena.

Tiga tahun kemudian, Shah berlakon bersama Intan Ladyana dalam drama Jika Itu Takdirku, memegang watak sebagai Hakimi Ehsan. Beliau telah memenangi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebanyak dua kali berturut-turut, menjadikan beliau pelakon Singapura kedua yang memenangi anugerah itu selepas Aaron Aziz.[4]

Shah memegang watak Syafiq dalam Jodoh-Jodoh Annisa, dibintangi oleh Izara Aishah, Aaron Aziz dan Amar Baharin. Ia menjadi satu-satunya drama lakonan beliau dalam tahun 2019.

Beliau merupakan salah seorang daripada lima pelakon utama drama Saga 2.0 di Mediacorp Suria dengan memegang watak sebagai Farouk. Selain beliau, ia turut dibintangi oleh Jeff Catz, Imam Shah, Hasnul Rahmat dan Hannah Delisha.[5]

Kehidupan peribadi sunting

Shah Iskandar lahir dan membesar di Woodlands, Singapura.[3] Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan, Siti Sarah binti Mohd Noor pada 16 Januari 2016.[6][7]

Pada 19 Mei 2020, beliau mengumumkan kehamilan isterinya dan bakal bergelar bapa selepas 4 tahun berumah tangga.[8] Pada 10 Oktober 2020, Shah Iskandar dan Siti Sarah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Yusuf Zulkarnaen.[9]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Shah Filem pertama, pelakon undangan
2012 Lorong Cahaya Nuh
2013 Sayang Disayang Yazid
2021 Seandainya Kau Ada Rizman
2022 Showtime 1958 Jamil Sulong
Seratus Geng Tebing 1
2023 Memburu Dr. Hanif

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Roda-Roda Kuala Lumpur L/Kpl Shahrul TV2 Drama pertama
2009–2011 Gerak Khas Inspektor Hisham
2010 Si Capik (Musim 2) Iskandar Penampilan khas
2011 Nora Elena Malek TV3
2012 Kias Ramadan Amar Episod: "Terminal Kasih"
Di Pinggir Hati: Kisah Di Turki Taufik Mediacorp Suria
Atas Nama Cinta Saiful / Ghaz TV3
Runtun Qalbu Kelabu
3 Janji Yassin
Dendam Pencinta Zulkarnain TV9
2013 Teduhan Kasih Rizal TV3
Cinta Agra Aril TV2
Fira Ayuni Hadi Herwan TV3
Seindah Sabarmu Firman TV9
2014 Jika Itu Takdirku Hakimi Ehsan TV3
Masihkah Ada Cinta Azril
Raya Ni Mesti Kahwin Irfan
2015 Nasuha Zahid / Zack TV9
Teman Lelaki Upahan Fareez TV3
BIB Affan HyppTV
2015–2016 Cik Cinderella dan Encik Tengku Ashraf TV3
2016 Umairah Adam
Surah Buat Maisara Zahir
Kasih Dari Langit TV AlHijrah
Biar Aku Jadi Penunggu Fazree TV3
2017 Syurga Tak Sempurna Tengku Zarif HyppTV
Dendam Aurora Haikal Hamzah Astro Prima
2018 Mr. Grey Ilham Arsyad Astro Ria
Halalkan Hati Yang Ku Curi Zainal TV3
Awak Suka Saya Tak Raya? Arman Astro Ria
Split TV Series Aryan Astro Citra
2019 Jodoh-Jodoh Annisa Syafiq Astro Prima
2020 Saga 2.0 Farouk Mediacorp Suria
Ryan Aralyn Zarul TV3
2021 Hati Yang Dikhianati Imran Astro Prima
Mak Abang Nak Kahwin Jack TV AlHijrah
Cinta Yang Pulang Zharif TV2
Diva Popular 2 Awesome TV
Jangan Ganggu Jodohku Kamal Hassan Astro Ria
Dayang Senandung Damak TV Okey
2022 Jiwa Wanita TV9
Juliet Arif TV1
2023 Ku Akad Kau Dengan Bismillah Adam Zikri TV3
Bukan Puteri Lindungan Bulan Lukman
Bunga, Aku Tunggu Ari
Bukan Cinta Sempurna Aniq Astro Ria
Haloba Taufik TV3
2024 Wanita Syurga Firdaus

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Serpihan Laungan Takbir Engku Firdaus TV2
2011 Takbur Seorang Isteri Erry TV9
2012 Driver MD Rafiq Astro Prima
Landasan Cinta Raja Ahmad Tajuddin TV3
Anak Ikan Syed Astro Prima
2015 Nasi Dagang Lembu Korban Muiz TV AlHijrah
Bintang Hati Haris TV2
Sopeah Jin Sabaruddin TV3
Pengantin Lari Arman
2016 Lara Hadi TV2
Mengintai Syurga Mama Doktor
3 Hari 7 Likur Hidayat TV1
2017 Plan B Shahriman
Detik Berputar Imran
13 Tiang Cinta TV Okey
2019 Kubur Perajurit Tidak Bernama Zain
2022 Satu Tong Karim Gemilang TV & Astro Prima
Kompas Cinta Zubir TV Okey

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2007 Anugerah MediaCorp Suria Rancangan TV realiti Singapura
2014 Ketuk-Ketuk Ramadhan TV1 Tetamu Jemputan
2016 Anugerah Skrin 2016 TV3 Pengacara
2020 Stem NTV7

Video Klip sunting

Tahun MV Penyanyi
2013 "I Love You" Najwa Latif
2018 "Meskipun Kau Tahu" Projector Band

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Serimah Mohd Salehuddin (24 Disember 2019). "Shah Iskandar kesal 'berjoli' ketika laku". BH Online. Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  2. ^ Ramlah Zainal (5 Ogos 2017). "Shah Iskandar mahu sembang". Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2018.
  3. ^ a b c d e f g h "Dulu guru, kini pelakon". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-01. Dicapai pada 17 Julai 2017.
  4. ^ Ramlah Zainal (5 September 2018). "Glamor bukan lagi keutamaan". Harian Metro Online. Harian Metro. Dicapai pada 5 Julai 2019.
  5. ^ "Drama 'SAGA 2.0' tampilkan seni bela diri campuran dengan aksi". Berita Mediacorp. 24 Mac 2020. Dicapai pada 16 Julai 2020.
  6. ^ Zaidi Mohamad (20 September 2015). "Shah Iskandar nikah Sarah awal tahun depan". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-17. Dicapai pada 17 Julai 2017.
  7. ^ Zaidi Mohamad (16 Januari 2016). "Shah Iskandar-Siti Sarah sah bergelar suami isteri". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-17. Dicapai pada 17 Julai 2017.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Mei 2020). "Selepas 4 tahun, Shah bakal bergelar bapa". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2020.
  9. ^ Nur Asyikin Mayudin (18 Oktober 2020). "Penantian empat tahun berakhir, Shah Iskandar timang anak lelaki - "Saya berehat dari laman sosial selama 7 hari untuk beri tumpuan kepada mereka"". mStar Online. Dicapai pada 19 Oktober 2020.

Pautan luar sunting