Shah Kimin (lahir Mohd Shahrul Hakimi Mohamad Amin; 1989 di Kelantan, Malaysia), kadangkala dikreditkan sebagai Shahkimin ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif di TV dan filem.[1][2]

Shah Kimin
Kelahiran
Mohd Shahrul Hakimi bin Mohamad Amin

1989 (umur 34–35)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007–2009; 2017–kini

Kerjaya sunting

Shah Kimin menceburi dunia seni pada 2007 ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM), [3][4] namun pembabitan awalnya tidaklah begitu serius kerana masih terikat dengan komitmen sebagai pelajar bagi memenuhi hasrat keluarganya. Semasa tempoh ini, beliau diberi peluang melakonkan watak tambahan dalam filem Anak Halal arahan Osman Ali.[1]

Hanya pada tahun 2018, beliau ditawarkan berlakon dalam filem Langsuir arahan Osman yang mana beliau memegang watak sebagai Udin. Beliau juga berpeluang menjayakan teater Semarak Pertiwiku di Sarawak bersama pelakon Azhan Rani dan Sherie Merlis.[5]

Beliau juga pernah berlakon dalam banyak iklan TV.[6]

Kehidupan peribadi sunting

Shah Kimin dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan. Beliau juga fasih berbahasa Mandarin.[6]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Anak Halal Shah Filem pertama, pelakon tambahan
2018 Langsuir Udin
2020 Prebet Sapu
2022 Remp-It 2 Shah
2023 Syif Malam
2024 Pemburu Saka

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Megat Extend Ariff Astro Warna
2018 Sejuta Rasa Buat Adelia Chef Rozhan Astro Ria
Isteri Bukan Untuk Disewa Bob
2019–2020 Kampung People Ismail TV3
2020 Kampung People 2
2021 Single Terlalu Lama
i-Tanggang IO Rosli Astro Citra
2022 She Was Pretty Pyan Viu
The Pak Mat Clan Otam TV3
Gila Viral Prof. Hakimi Astro Warna
2023 Cikgu Terpaling A! Rosli TV3
W: Two Worlds Rafi Viu
2024 Riwayat Akhir Zaman Musim 7 Shah TV AlHijrah

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Hilang Akal Astro Citra
2021 Sihir Pemisah
2022 Cinta Lesen L Ustaz Danial TV2

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Semarak Pertiwiku David Teater mengenai rasuah

Rujukan sunting

  1. ^ a b Norhayati Nordin (30 Disember 2018). "Beri secebis peluang". Harian Metro. Dicapai pada 30 Disember 2020.
  2. ^ Norhayati Nordin (4 Februari 2020). "Langkah anak seni". Harian Metro. Dicapai pada 30 Disember 2020.
  3. ^ Zaidi Mohamad (17 Ogos 2021). "Buang imej glamor, pilih jadi 'runner'". Berita Harian. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  4. ^ Norhayati Nordin (14 September 2018). "Impian Shahkimin tercapai". Harian Metro. Dicapai pada 30 Disember 2020.
  5. ^ Norhayati Nordin (13 Ogos 2019). "Shahkimin masih terkial-kial". Harian Metro. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  6. ^ a b Norhayati Nordin (22 April 2020). "Nama watak lebih melekat". Harian Metro. Dicapai pada 30 Disember 2021.

Pautan luar sunting