Shahanim Mohamad Yusoff
Dato' Shahanim Binti Mohamad Yusoff merupakan ahli politik UMNO dan pada November 2022 beliau terpilih untuk bertanding bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mewakili kerusi P.015 Parlimen Sungai Petani dan merupakan calon Barisan Nasional Negeri Kedah.
Dato' Shahanim Mohamad Yusoff D.S.D.K., S.D.K., A.M.K., B.K.M., B.C.M., J.P. (Kedah) | |
---|---|
Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani | |
Dalam jawatan 2018 – Kini | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sungai Petani, Kedah | 4 Januari 1973
Parti politik | Barisan Nasional - UMNO |
Pasangan | Sharizan Salleh |
Anak-anak | Nurul Shafiqah, Nurul Shazlieyana, Mohamad Shafiq Aiman & Mohamad Shahir Imran |
Pekerjaan | Ahli politik, Ahli perniagaan |
Pendidikan sunting
Tahun | Institusi | Kursus |
---|---|---|
2004–2007 | Unversiti Utara Malaysia | Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Dengan Kepujian) |
1989–1990 | Sek. Men. Teknik, Alor Setar, Kedah Darul Aman | SPM |
1986–1988 | Sek Men. Father Barres Convent, Sg Petani, Kedah Darul Aman | SRP |
1980–1985 | Sek. Ren. Keb. Syed Jan Al-Jeffri, Sg Petani, Kedah Darul Aman | Penilaian Darjah 5 |
Karier awal sunting
Beliau pernah bertugas sebagai pegawai Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah “Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia” pada 2001. Kemudian beliau dihantar ke Barcelona, Sepanyol serta Itali dan dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Antara tugasannya ialah memasar dana amanah, pinjaman peribadi dan insurans.
Pada 2004 meletakkan jawatan sebagai pegawai bank di Maybank Finance dan menjadi usahawan stesen minyak Petronas di Pulau Pinang bagi membuka peluang untuk giat aktif dalam kegiatan politik. Penglibatan beliau dalam UMNO bermula sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani dari Julai 2001 hingga September 2004 dan dilantik dan beliau dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Kedah oleh Menteri Besar Kedah Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah dari Oktober 2004 hingga Mac 2009. Memegang jawatan tersebut sehingga memenangi jawatan sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dalam pemilihan UMNO Pusat dari tahun 2004 hinggga 2009.
Keputusan pilihan raya sunting
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | P15 Sungai Petani | Shahanim Mohamad Yusoff | BN (UMNO) | 23,963 | Johari Abdul | PH (Keadilan) | 45,532 | 21,569 |
Sharir Long | PAS | 22,760 | ||||||
Sritharan Pichathu | PRM | 279 |
Karier politik sunting
- 2018 – Kini
Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani
- Oktober 2013 – 2018
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani
- Mei 2014 – 2018
Ahli Dewan Negara
- Mac 2009 – September 2013
Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
- Oktober 2004 – Mac 2009
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah
- September 2004 – Mac 2008
Ahli Jawatankuasa (EXCO) Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
- September 2004 – Mac 2008
Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah (Mewakili Puteri UMNO)
Anugerah dan pengiktirafan sunting
Darjah kebesaran engeri sunting
- Kedah
- Darjah Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' (2017)
- Darjah Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) - 2015
- Jaksa Pendamai (J.P.) - 2008
- Bintang Cemerlang Masyarakat (B.C.M.) - 2007
- Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.) - 2005
- Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.) - 2003