Shahaniza Shamsuddin
Dato' Sri Shahaniza Haji Shamsuddin merupakan ADUN Kuala Sentul, Pahang. Beliau merupakan antara puteri UMNO yang terpilih bertanding dalam pilihan raya 2008 pada 8 Mac 2008.
Yang Hormat Dato' Sri Shahaniza Haji Shamsuddin SSAP, DIMP (Pahang) | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang | |
Dalam jawatan 2018–2022 | |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Kuala Sentul | |
Dalam jawatan 2008 – 14 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Rosni Zahari (BN-UMNO) |
Digantikan oleh | Jasri Jamaludin |
Majoriti | 5,420 |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mentakab, Pahang | 5 Januari 1970
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Anan Muhammad |
Profesion | Peguam |
Shahaniza Samsuddin dilahirkan di Mentakab, Pahang pada 5 Januari 1970.
Pendidikan sunting
Beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Sekara, Chenor, Pahang. Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, beliau diterima belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Seterusnya belajar di Kolej Islam Klang. Setelah menamatkan pengajian martikulasi undang-undang di UKM, Bangi, diterima sebagai pelajar di fakulti undang-undang di UKM, dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian Kelas Dua Atas pada 1993.
Kerjaya sunting
Shahaniza Samsuddin diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 9 April 1994 dan pada tahun berikutnya memperolehi Sijil Amalan Peguam Syarie Negeri Pahang.
Penglibatan politik sunting
Bakat kepimpinan dan pendidikan yang diterimanya membolehkan beliau terlibat dalam Puteri UMNO sejak awal penubuhan dan merupakan Ketua Puteri UMNO Pahang yang pertama sehingga 2004. Kini dilantik sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding untuk kerusi N25 DUN Kuala Sentul, Pahang dan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5420 undi dengan mengalahkan lawan Bostamin Bakar (PKR) (2723 undi).