Shaharon Anuar Abdul Latif

Pegawai polis Malaysia

SAC (B) Datuk Shaharon Anuar bin Abdul Latif (lahir 1 Ogos 1962) ialah seorang pelakon dan bekas pegawai polis Malaysia.[1] Beliau ialah Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur. Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan watak sebagai SAC Saiful dalam siri drama kepolisan Gerak Khas di mana beliau membintanginya dari 1999 sehingga 2001 dan kembali menjayakan wataknya pada 2019.[2]

SAC (B) Datuk

Shaharon Anuar Abdul Latif

DPSM (Melaka); AMN; PCM (Perak)
Inspektor Perkhidmatan, Bukit Aman
Dalam jawatan
1980–1985
Pegawai Penyiasat Jenayah Perdagangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu
Dalam jawatan
1985–1990
Inspektor Perhubungan Awam, Bukit Aman
Dalam jawatan
1990–1996
ASP Perhubungan Awam, Bukit Aman
Dalam jawatan
1996–2003
DSP Siasatan II Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur
Dalam jawatan
2003–2005
Supritendan Siasatan I, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Pulau Pinang
Dalam jawatan
2005–2012
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Perak
Dalam jawatan
2012–2014
Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Perak
Dalam jawatan
2014–2019
Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur
Dalam jawatan
2020–2022
Butiran peribadi
Lahir (1962-08-01) 1 Ogos 1962 (umur 61)
Taiping, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganDatin Roseda Mustafa (k. 1985)
Anak-anak4
PekerjaanPelakon, pengawai polis
Perkhidmatan ketenteraan
nombor perkhidmatanG/10389

Kehidupan peribadi sunting

Shaharon Anuar dilahirkan dan dibesarkan di Taiping, Perak. Beliau ialah bapa kepada empat anak dan mempunyai seorang cucu. Sebelum menyertai PDRM, beliau melakukan pelbagai pekerjaan di Perak dan Kuala Lumpur selama beberapa tahun oleh kerana tidak dapat menyambung pelajaran selepas menghabiskan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Yusof Izzudin, Batu Gajah.

Kerjaya polis sunting

Shaharon memulakan kerjaya dalam PDRM pada 4 September 1984 sebagai Inspektor Percubaan selepas itu bertugas di IPD Kota Kinabalu pada 1985 diikuti beberapa jawatan serta pangkat dari tahun ke tahun termasuk menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur pada 2020 sehingga 2022.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1993 Kekasih Awal Dan Akhir Inspektor Anuar Filem pertama
Pemburu Bayang Detektif Anuar
1996 Maria Mariana ASP Anuar
1997 Azam Ketua Polis
Gemilang Inspektor Anuar
1998 Iman Alone
Maria Mariana II ASP Anuar
1999 Bara ASP Saiful
2001 Gerak Khas The Movie
2003 Black Maria DSP Rizal

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Kisah Benar (Musim 16) TV3 Beliau dikreditkan sebagai pengarah untuk episod "Timang Tinggi-tinggi".
1998–1999 Roda-Roda Kuala Lumpur TV1
1999–2001, 2019–2021 Gerak Khas ASP/SAC Saiful TV1, TV2, TV3
2003 Peronda Lebuh Raya ASP Sharon TV2

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1998 Tirai Malam Cif Inspektor Aziz Astro Ria
2001 Kau Isteriku Dr Rizal TV3
2003 Najwa Pengintip VCD

Rujukan sunting

  1. ^ ‘I’m still alive,’ says Gerak Khas actor The Star (Malaysia) (5 Ogos 2016). Diperoleh pada 26 April 2017.
  2. ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Diarkibkan 2018-08-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.

Pautan luar sunting