Buka menu utama

Shaharuddin Abdullah

Pemain bola sepak Malaysia
Shaharuddin Abdullah
Maklumat peribadi
Nama penuhShaharuddin Abdullah
Tarikh lahir28.8.1948
Tempat lahirPulau Pinang,Malaysia
Posisi permainanPemain tengah,Penyerang
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1967-1982Penang FA??(?)
Pasukan kebangsaan
1967-1982Malaysia??(?)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Gambaran kerjayaSunting

Shaharuddin Abdullah pernah menjadi salah satu penyerang paling digeruni di Malaysia. Beliau dikenali sebagai "Harimau Malaysia" kerana keupayaannya untuk menjaringkan gol.[1] Beliau pernah menjaringkan 15 gol untuk Malaysia dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang berdiri sebagai rekod untuk masa yang sangat lama.

Kerjaya bermain dalam tahun 1960-an hingga 1980-an melibatkan kecemerlangan selama 3 dekad semasa era pemain hebat seperti Abdul Ghani Minhat, Syed Ahmad Syed Abu Bakar, N.Thanabalan, Wong Choon Wah dan Mokhtar Dahari.

Dia mula bermain bola sepak ketika berusia 9 tahun. Dia menggunakan padang Marin Sg.Gelugor berdekatan rumah untuk belajar kemahiran bola sepak. Bapanya Abdullah Mohammad adalah seorang penjaga gol untuk Pulau Pinang pada tahun 1950-an. Beliau di posisi penjaga gol namun akhirnya bertukar menjadi penyerang, seorang penyerang yang bagus. Beliau membantu sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, untuk memenangi kejohanan antara sekolah dan daerah.

Pada tahun 1964, beliau telah dipilih untuk bermain bagi pasukan Pulau Pinang dalam Piala Burnley bersama adiknya, Namat Abdullah, Ali Bakar, Khalil Hashim, Cha Peng Chiang, Yap Kim Kok, Mohamad Bakar dan N.Baskaran. Beliau memenangi Piala Burnley dengan Pulau Pinang pada tahun 1969.

Dia bermain untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik Munich 1972. Beliau juga pernah menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran.

KepujianSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting