Shaharuddin Badaruddin

Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin (19 September 1962 – 2 Ogos 2018) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN Seri Setia mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2018[1]. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dr.

Shaharuddin Badaruddin

PhD
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor
Dalam jawatan
Jun 2018 – Ogos 2018
Menteri BesarAmirudin Shari
Didahului oleh Ahmad Yunus Hairi (Hal Ehwal Agama Islam)
Nik Nazmi Nik Ahmad (Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan)
Digantikan oleh Mohd Khairuddin Othman (Pembangunan Modal Insan)
Amirudin Shari (Hal Ehwal Agama Islam & Pendidikan)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor
Dalam jawatan
Mei 2018 – Jun 2018
Menteri BesarAzmin Ali
Didahului olehAhmad Yunus Hairi (Hal Ehwal Agama Islam)
Nik Nazmi Nik Ahmad (Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi)
Digantikan oleh Hee Loy Sian (Sains, Teknologi dan Inovasi)
Anggota Dewan Undangan Selangor
untuk Seri Setia
Didahului oleh Nik Nazmi Nik Ahmad
Digantikan oleh Halimey Abu Bakar
Majoriti19,372 (2018)
Butiran peribadi
Lahir19 September 1962
Tanjong Karang, Selangor
Meninggal dunia2 Ogos 2018 (55 tahun)
Hospital Putrajaya
Tempat persemadianDesa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor
Alma materUniversiti Malaya (BA & PhD)
Roosevelt University (MA)
PekerjaanAhli Politik, Ahli Akademik

Pada Mei 2018, Shaharuddin dilantik mengetuai portfolio Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah pentadbiran Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. Selepas rombakan keanggotaan EXCO ekoran pertukaran Menteri Besar pada Jun 2018, Shaharuddin dilantik mengetuai Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan di bawah pentadbiran Menteri Besar, Amirudin Shari[2].

Shaharuddin juga ialah seorang tokoh akademik. Beliau ialah bekas kakitangan akademik di Universiti Selangor (UNISEL), dan pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor.[3]

Dalam parti politik, Shahruddin telah dilantik sebagai Naib Presiden PKR sejak 2015 hingga kematiannya pada 2018[4]. Sepanjang tempoh jawatan tersebut, beliau pernah terlibat sebagai wakil parti dalam rundingan kerjasama PKR bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 2015[5].

Shaharuddin meninggal dunia akibat kanser usus tahap empat pada 2 Ogos 2018 jam 6.28 petang di Hospital Putrajaya pada usia 55 tahun.[6] Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad menzahirkan simpati terhadap pemergian Shaharuddin.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Seri Setia assemblyman dies". www.mysinchew.com.
  2. ^ "Selangor rombak 4 portfolio exco". Malaysiakini. 2018-06-29. Dicapai pada 2023-08-09.
  3. ^ "UNISEL: Prof Dr Shaharuddin permata tak ternilai". Malaysiakini. 2018-08-03. Dicapai pada 2023-08-09.
  4. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2018/07/396301/azmin-confirms-seri-setia-rep-shaharuddin-ill
  5. ^ "Rafizi: PAS belum nafikan pertemuan Hadi-Najib". Malaysiakini. 2017-09-03. Dicapai pada 2023-08-09.
  6. ^ "Seri Setia Assemblyman Prof Dr Shaharuddin dies". 2 August 2018.
  7. ^ "Tun M, Wan Azizah ucap takziah kepada keluarga Shaharuddin". Berita Harian. 2018-08-02.