Shahid Khaqan Abbasi

Shahid Khaqan Abbasi (Urdu/Bahasa Panjabi: شاہد خاقان عباسی; dilahirkan 27 Disember 1958) adalah seorang ahli politik dari Pakistan serta Perdana Menteri Pakistan yang ke-24 dan terkini. Sebelum memasuki bidang politik, beliau merupakan seorang jurutera elektrik dan peniaga. Beliau sebagai anggota pemerintah Liga Muslim Pakistan (N) (PML-N) sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Petroleum dan Sumber Asli dalam kabinet ketiga Sharif dari 2013 untuk 2017, dan memegang portfolio kabinet Menteri Dagangan untuk masa yang pendek di bawah kabinet Gillani pada tahun 2008.

Shahid Khaqan Abbasi
Perdana Menteri Pakistan ke-24
Dalam jawatan
1 Ogos 2017 – 31 Mei 2018
PresidenMamnoon Hussain
Didahului olehNawaz Sharif
Digantikan olehNasirul Mulk (sementara)
Menteri Petroleum dan Sumber Asli
Dalam jawatan
7 Jun 2013 – 28 Julai 2017
Perdana MenteriNawaz Sharif
Didahului olehAsim Hussain
Menteri Dagangan
Dalam jawatan
31 Mac 2008 – 13 Mei 2008
Perdana MenteriYousaf Raza Gillani
Didahului olehHumayun Akhtar Khan
Digantikan olehAmeen Faheem
Pengerusi Pakistan International Airlines
Dalam jawatan
27 Disember 1997 – 12 Oktober 1998
Perdana MenteriNawaz Sharif
Didahului olehFarooq Umar
Digantikan olehAhmad Saeed
Butiran peribadi
Lahir (1958-12-27) 27 Disember 1958 (umur 65)
Karachi, Sindh, Pakistan
Parti politikLiga Muslim Pakistan (N)
PendidikanUniversity of California, Los Angeles(BSc)
George Washington University (MEng)

Abbasi memulakan kerjaya politiknya setelah kematian ayahnya pada tahun 1988, dan sejak itu beliau telah dipilih sebagai Anggota Dewan Negara Pakistan sebanyak enam kali dari Daerah Rawalpindi. Beliau adalah pemilik Airblue dan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Pakistan International Airlines dari tahun 1997 hingga ke 1999 semasa kabinet Sharif yang kedua. Pada 1 Ogos 2017, Abbasi dipilih sebagai Perdana Menteri Pakistan selepas Mahkamah Agung Pakistan membatalkan jawatan Nawaz Sharif atas tuduhan rasuah.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Pakistan PM Nawaz Sharif disqualified by court". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2017-07-28. Dicapai pada 2017-07-28.