Buka menu utama

Md Shahrulhadi bin Salilholdin@Salilhaldin atau lebih dikenali sebagai Shahrul Ekamatra dilahirkan pada (1972-06-12) 12 Jun 1972 (umurĀ 47) di Batu Pahat dan dibesarkan di Kota Tinggi, Johor. Beliau merupakan pemain gitar utama kumpulan Ekamatra yang mula menempa nama setelah menjuarai pertandingan Juara Rock Johor dan Juara Rock Johor Tengah sekitar tahun 1986 hingga tahun 1988. Beliau juga adalah abang kepada pemain gitar kedua kumpulan Ekamatra iaitu Md Nurulazman atau lebih dikenali sebagai Nurul.

Shahrul Ekamatra
Nama lahirMd Shahrulhadi bin Salilholdin@Salilhaldin
Juga dikenali sebagai
Shahrul, Shahrul Ekamatra
Kelahiran (1972-06-12) 12 Jun 1972 (umurĀ 47)
Batu Pahat, Johor Johor
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock, Pop rock, Balada
PekerjaanPemuzik
InstrumenGitar Utama
Tahun aktif1989 - sekarang
Kegiatan berkaitan
M. Nasir, Ekamatra

Dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai darah seni, kehadiran Shahrul mengejutkan industri muzik tanah air kerana boleh menghasilkan 'guitar work' yang bagus terutamanya dalam lagu Pusara Di Lebuhraya walaupun ketika itu beliau hanya berusia 16 tahun. Hal ini telah meletakkan beliau sebagai salah seorang gitaris terbaik yang ada di Malaysia pada masa kini sebaris dengan gitaris berbakat besar yang lain seperti Kid Search, Man Kidal, Along Exists, Shah Slam, Joe Wings dan lain-lain lagi.