Muhammad Shahrizal "Shahz" Jaszle Jasmin (lahir 30 Julai 1988) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Ash dalam Tari Tirana pada tahun 2009. Kelibatnya mula mencuri tumpuan dan menjadi kegilaan ramai apabila muncul dalam siri TV Asmara dan Gemilang dan Tahajjud Cinta di TV3.

Shahz Jaszle
Shahz; 2024
Kelahiran
Muhammad Shahrizal Jaszle bin Jasmin

(1988-07-30) 30 Julai 1988 (umur 35)
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
PendidikanDiploma[1]
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
PasanganNur Hanis Husna Mohd Nadzree (k. 2015)
Anak-anak2

Pada 4 Mei 2017, Shahz telah membintangi filem 2017, Lebuhraya Ke Neraka, arahan Mamat Khalid. Beliau memegang watak sebagai Jeff dalam filem ini.[2]

Kerjaya sunting

Shahz, berdarah campuran darah Cina, Pakistan dan Melayu ini sebenarnya telah berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2006. Bermula dengan program TV Naratif Remaja terbitan RTM sehinggalah drama bersiri Tari Tirana yang benar-benar melonjakkan namanya, Shahz telah melalui pelbagai cabaran sebelum namanya dikenali.

Cita-cita asalnya adalah untuk bergelar seorang chef. Malah Shahz berpeluang mengambil sijil kursus perhotelan dan katering di Kolej Komuniti, Selangor, sebelum terjun ke dunia lakonan. Tidak pernah terlintas dalam kepalanya untuk jadi pelakon sebelum ini. Mulanya hanya menemani seorang teman untuk sesi uji bakat program Naratif Remaja tetapi dia pula disuruh mencuba dan akhirnya terpilih. Sejak itu beliau mula terlibat dengan dunia lakonan dan dalam masa yang sama aktif mendapat tawaran peragaan.

Ketika menuntut, anak kelima daripada tujuh beradik ini pernah kerja sebagai pelayan di restoran TGI Friday. Selepas mendapat tawaran berlakon siri TV Luna Fantasiku, baru kerjaya lakonan beliau semakin stabil dan seterusnya mendapat tawaran drama Tari Tirana yang memperkenalkan lagi namanya.

Biarpun mula dikenali menerusi watak Ash dalam siri TV Tari Tirana arahan Shahrulezad Mohammedin, nama Shahz mula menjadi kegilaan apabila susuk tubuhnya diabadikan sebagai Asmara dalam siri TV tajuk serupa terbitan Suhan Movies di bawah arahan Heikal Hanafiah. Lakonan berkesan beliau sebagai remaja yang dipaksa kahwin itu mendapat pujian ramai. Kini nama Shahz sudahpun sebaris dengan nama-nama popular lain dan dijangka akan terus mekar pada tahun 2011.

Kehidupan peribadi sunting

Shahz telah sah menjadi suami kepada model, Hanis Husna Mohamad Nadzree pada 1 Mei 2015.[3][4]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Azura Zack Zakaria Filem pertama
2014 Kami Histeria Pelajar kolej Penampilan khas
2017 Lebuhraya Ke Neraka[5] Jeff

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Anak Emak TV1
2009 Dari Mata Ke Hati
Bila Mama Pakai Celana TV2
2011 Pondok Ingatan Cinta Farish TV1
Kemaafan Sakura Aliff TV3
2012 Landasan Cinta Kapten Umar
2014 Menghitung Rahmat Tuhan Hadi TV9
2015 Sawan Aliff TV3
2016 Air Mata Xinjiang TV2
2017 Izinkan Aku Menebus Dosa Nazri TV9
2018 Adakah Aku Bersalah? Bront TV3
Neraka Kasih Maisarah Budin
2019 Cinta Disertasi TV1

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Luna Fantasiku Fendi Gua.com.my Drama pertama
2009 Bio-Nik Adi (Abdul Hadi) TV3
Tari Tirana Ashraf
2010 Asmara Asmara
Bola Cinta Haziq TV2
Telah Dihalalkan Epal Itu Khalim TV AlHijrah
Mistik Alam Hitam Astro Prima
2011 Bunga April Johar TV3
Pengantin Untuk Dijual Iskandar Astro Box Office
Gemilang Saifullah TV3
Asmara 2 Asmara
Ayu Suraya Kamal Astro Prima
Tahajjud Cinta Azihan TV3
2012 Atas Nama Cinta Tengku Farish
3 Janji Khursyi / Kamil
2013 Cinta Qaseh Arash
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Faiz
Sehangat Asmara Azman
Iman Nabila Iman TV3
Kampung Girl Faisal
2014 Lembayung Kasihmu Fansuri TV2
Kristal Maya Ezam TV3
2015 Tabir Zulaikha Ammar
Bidadari Adi
Maria Terindah Aris HyppTV
Abang Sado Jemur Kain Marzuki TV3
2016 Nasi Minyak Kuah Cinta Dr Haris
Lara Aishah Zack Astro Prima
Bagaikan Kelip-Kelip Fairuz TV9
Cinta Masam Manis Erman TV3
2017 Black Belt Kaler Pink Ustaz Salam Astro Warna
Titian Cinta Daniel TV3
2018 Melankolia Borhan
Cinta Fatamorgana Jamil
Isteri Untuk Diiktiraf Tengku Wafie TV1
Cinta Bukan Kristal Fahmi TV3
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Muiz Lukman
Cinta Tanpa Henti Arman
Jodoh-Jodoh Annisa Alex Astro Prima
Iktibar TV3 Episod: "Kerana Cemburu"
30 Pesanan Suara Azham
2020 Rindu Yang Terindah Dr Kamal
Beri Sedikit Waktu Farhan
2021 Ayahanda Ramli
2022 Cinta Amnesia Izman
Bila Hati Memilih Dia Fadhil
Lockdown 2 Astro Ria
Cinta Hilang Kata Rain Akhtar Astro Prima
Takdir Cinta Dhia Huzair
2023 Serpihan Sayang Syakir TV3
Nak Dengar Cerita Hantu? DEGUP
Sempurnakah Cinta Kita? Alif Awesome TV

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Betul ke Bohong? Artis jemputan Astro Warna Musim 1 Episod 13 akhir
2017 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis Jemputan TV1 Episod 2

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Pakaian Lelaki Terbaik Menang
Anugerah Cosmopolitan Fun, Fearless, Fabulous 2010 Anugerah Jejaka Terhangat Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Artis Baru Lelaki Popular Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Rudy Imran Shamsudin (11 September 2011). "'Rentaz satukan kasih kami'". myMetro. Dicapai pada 6 Ogos 2013.
  2. ^ 8 Mei 2017. 'Lebuhraya Ke Neraka' Sinergi Dakwah Dan Seram Mamat Khalid - Hiburan. Diarkibkan 2017-06-23 di Wayback Machine Mstar
  3. ^ 3 Mei 2015. Gambar Kahwin Shahz Jaszle Dan Hanis Husna 1 Mei 2015. melvister.com
  4. ^ Shah Jaszle Kahwin Secara Senyap Kerana Mahu Privasi. MYNEWSHUB
  5. ^ 29 April 2017. Shahz Jaszle Akui Sukar Berlakon Filem Lebuhraya Ke Neraka | Artikel. Astro Gempak

Pautan luar sunting