Shailene Diann Woodley (lahir 15 November 1991)[1] ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau dikenali dengan peranannya sebagai Amy Juergens dalam siri ABC Family, The Secret Life of the American Teenager (2008–13), Alexandra "Alex" King dalam The Descendants (2011), Beatrice Prior dalam siri Divergent dan Hazel Grace Lancaster dalam The Fault in Our Stars (2014).[2]

Shailene Woodley
Woodley pada tahun 2011
Kelahiran
Shailene Diann Woodley

(1991-11-15) 15 November 1991 (umur 32)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1999–sekarang

Kehidupan awal sunting

Woodley dilahirkan di San Bernardino County, California,[1] tetapi membesar di Simi Valley, California. Ibunya, Lori (née Victor),[1] ialah seorang kaunselor sekolah dan bapanya, Lonnie Woodley merupakan seorang pengetua sekolah.[3] Bapanya berketurunan Inggeris manakala ibunya berketurunan Afrika-Amerika, Kreole, Inggeris dan Switzerland.[4] Beliau mempunyai seorang adik.[5] Beliau pernah menjadi model ketika berumur empat tahun.

Woodley menghadiri Sekolah Tinggi Simi Valley.[6] Sebelum mendapat watak dalam The Secret Life of the American Teenager, Woodley mempertimbang untuk belajar reka bentuk dalaman di Universiti New York.[7]

Karier sunting

2002–12 sunting

Pada tahun 2002, Woodley mempunyai peranan kecil dalam Without a Trace dan The District. Pada tahun 2005, beliau dicalonkan untuk Anugerah Artis Muda dalam kategori Pelakon Wanita Muda Terbaik dalam Filem TV, Minisiri atau Istimewa untuk peranannya dalam A Place Called Home sebagai California Ford.[8] Beliau juga pada asalnya melakonkan Kaitlin Cooper dalam The O.C. Beliau muncul sebagai Felicity Merriman dalam Felicity: An American Girl Adventure dimana beliau menerima pencalonan anugerah Artis Muda dalam kategori Lakonan Terbaik dalam Filem TV, Minisiri atau Istimewa (Komedi atau Drama). Ini merupakan salah satu daripada dua istimewa TV Woodley muncul bersama John Schneider. Beliau juga mempunyai kelas lakonan bersama Anthony Meindl.[9] Beliau muncul dalam Crossing Jordan sebagai Jordan sewaktu muda serta beberapa siri televisyen yang lain termasuk Everybody Loves Raymond, My Name is Earl, CSI: NY dan Close to Home. Pada tahun 2007, Woodley muncul dalam Cold Case sebagai Sarah Gunden. Woodley membintangi siri ABC Family, The Secret Life of the American Teenager sebagai Amy Juergens.

Pada tahun 2011, Woodley membuat penampilan filem pertamanya dalam The Descendants dimana beliau melakonkan watak Alex. Lakonannya menerima ulasan positif daripada pengkritik.[10] Woodley menerima pencalonan Golden Globe untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem,[11] dan memenangi Anugerah Independent Spirit untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.[12]

2013–sekarang sunting

Woodley membintangi adaptasi filem novel Tim Tharp, The Spectacular Now sebagai Aimee Finecky.[13] Filem ini pertama kali ditayangkan di Festival Sundance pada 18 Januari 2013.[14] Lakonan beliau sebagai Aimee menerima pujian daripada pengkritik dan beliau memenangi Anugerah Istimewa Juri untuk Lakonan bersama-sama Miles Teller di Festival Filem Sundance 2013 dan menerima pencalonan Anugerah Independent Spirit untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau juga menandatangani kontrak untuk membintangi White Bird in a Blizzard yang diarahkan oleh Gregg Araki. Walaupun penggambaran berlangsung pada bulan Oktober 2012, filem ini tidak ditayangkan sehingga 20 Januari 2014 di Festival Filem Sundance[15] dan pada 24 Oktober 2014 kepada penonton lebih meluas. Pada bulan Oktober 2012, ia telah diumumkan bahawa Woodley telah ditawarkan watak Mary Jane Watson daam The Amazing Spider-Man 2.[16] Pada 19 Jun 2013, ia telah diumumkan bahawa beliau telah dipotong daripada filem itu.[17]

Pada tahun 2014, Woodley membintangi sebagai Tris Prior dalam Divergent, sebuah adaptasi novel Veronica Roth dengan nama yang sama.[18] Filem ini menerima ulasan bercampur tetapi lakonan Woodley mendapat penerimaan positif.[19] Divergent juga mencapai kejayaan komersial dengan mengutip AS$288.7 juta dalam box-office antarabangsa.[20]

Juga pada tahun 2014, Woodley membintangi sebagai Hazel Grace Lancaster dalam The Fault in Our Stars, sebuah filem adaptasi novel John Green.[2] Filem ini mencapai kejayaan besar dengan mengutip lebih daripada AS$307 juta di seluruh dunia.[21] Lakonan Woodley menerima pujian meluas daripada pengkritik termasuk Peter Travers dari Rolling Stone dan Richard Roeper dari Chicago Sun-Times.[22]

Pada tahun 2015, Woodley menyambung wataknya sebagai Tris dalam The Divergent Series: Insurgent, filem kedua dalam siri Divergent. Filem ini mencapai kejayaan komersial dengan mengutip AS$295.2 juta di seluruh dunia.[23] Lakonan beliau sekali lagi menerima pujian meluas.[24]

Woodley dilaporkan berada dalam perbincangan untuk membintangi filem arahan Oliver Stone, Snowden bersama-sama Joseph Gordon-Levitt.[25] Penggambaran bermula pada 16 Februari 2015 dan dijadual ditayangkan pada tahun 2016.[26] Beliau dijadual untuk menyambung wataknya sebagai Tris dalam dua filem terakhir siri Divergent, bertajuk The Divergent Series: Allegiant, dijadual ditayangkan pada 18 Mac 2016 dan The Divergent Series: Ascendant pada 24 Mac 2017.[27][28]

Filmografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2011 The Descendants Alexandra "Alex" King
2013 The Spectacular Now Aimee Finecky
2014 White Bird in a Blizzard Katrina "Kat" Connor
2014 Divergent Beatrice "Tris" Prior
2014 The Fault in Our Stars Hazel Grace Lancaster
2015 The Divergent Series: Insurgent Beatrice "Tris" Prior
2016 The Divergent Series: Allegiant Beatrice "Tris" Prior
2016 Snowden Lindsay Mills

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
1999 Replacing Dad Gadis Kecil Filem TV
2001–03 The District Kristin Debreno 3 episod
2001–04 Crossing Jordan Jordan Cavanaugh muda 4 episod
2003 Without a Trace Clare Metcalf muda Episod: "Clare de Lune"
2003–04 The O.C. Kaitlin Cooper muda 6 episod
2004 Everybody Loves Raymond Snotty Girl #2 Episod: "Party Dress"
2004 A Place Called Home California "Cali" Ford Filem
2004–05 Jack & Bobby Chloe Benedict 2 episod
2005 Felicity: An American Girl Adventure Felicity Merriman Filem
2005 Once Upon a Mattress Molly Filem
2006 My Name Is Earl Gwen muda Episod: "BB"
2007 CSI: NY Evie Pierpont Episod: "A Daze of Wine and Roaches"
2007 Close to Home Gaby Tursi Episod: "Getting In"
2007 Cold Case Sarah Gunden Episod: "Running Around"
2007 Final Approach Maya Bender Filem
2008–13 The Secret Life of the American Teenager Amy Juergens Watak utama (121 episod)
2016 Big Little Lies Jane Chapman

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Shailene Diann Woodley, Born 11/15/1991". California Birth Index. Dicapai pada 10 Ogos 2015.
  2. ^ a b Vilkomerson, Sara (Mac 19, 2013). "Shailene Woodley offered lead role for 'The Fault in Our Stars'". Entertainment Weekly. Dicapai pada Mac 19, 2013.
  3. ^ "Shailene Woodley of Simi Valley stars with George Clooney in 'The Descendants' » Ventura County Star Mobile". M. vcstar.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-25. Dicapai pada 2012-11-19.
  4. ^ Follers (11 October 2012). "Shailene Woodley". Ethnic Celebs. Dicapai pada 10 Aug 2015.
  5. ^ Biography Today. Detroit, Michigan: Omnigraphics. 2009. m/s. 159. ISBN 978-0-7808-1052-5.
  6. ^ Strauss, Bob (Julai 29, 2013). "Shailene Woodley, Miles Teller experience the coming of age without stereotypes in 'The Spectacular Now'". Los Angeles Daily News. Dicapai pada Disember 8, 2013.
  7. ^ Stone, Emma (Julai 2013). "Shailene Woodley — Page — Interview Magazine". Interview Magazine. Dicapai pada Disember 8, 2013.
  8. ^ "26th Annual Young Artist Awards". Young Artist Awards. Dicapai pada 29 April 2014.
  9. ^ "Anthony Meindl Actor's Workshop — Los Angeles Actors Testimonials". Anthonymeindl.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-29. Dicapai pada 2014-04-11.
  10. ^ "The Descendants (2011)". Dicapai pada Julai 15, 2014.
  11. ^ "Golden Globes 2012: The Winners List". The Hollywood Reporter. 15 Januari 2012.
  12. ^ Wexler, Sarah (16 November 2011). "Shailene Woodley on The Descendants, Crying Underwater, and George Clooney's Fart Machine". Vulture. Dicapai pada 29 April 2014.
  13. ^ "Shailene Woodley Living In 'The Spectacular Now' With 'Smashed' Director James Ponsoldt". Thefilmstage.com. Dicapai pada 2012-11-19.
  14. ^ McCarthy, Todd. "The Spectacular Now: Sundance Review". The Hollywood Reporter.
  15. ^ Sneider, Jeff (2012-06-28). "Woodley flies to 'White Bird' – Entertainment News, Top News, Media". Variety. Dicapai pada 2012-11-19.
  16. ^ "The Amazing Spider-Man 2 Has Minor Role For Mary Jane". CinemaBlend.com. 2012-10-19. Dicapai pada 2012-11-19.
  17. ^ "Shailene Woodley Cut From 'Amazing Spider-Man 2'". The Hollywood Reporter. 2013-06-19. Dicapai pada 2013-06-19.
  18. ^ Kit, Boyrs (October 18, 2012). "Shailene Woodley Closing in on Deal to Star in 'Divergent'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada June 16, 2013.
  19. ^ "Divergent". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-14. Dicapai pada July 30, 2014.
  20. ^ "Divergent (2014)". Box Office Mojo. IMDB. June 23, 2014. Dicapai pada July 15, 2014.
  21. ^ "The Fault In Our Stars (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada November 11, 2014.
  22. ^ "'The Fault in Our Stars': A lovely work led by the transcendent Shailene Woodley". Dicapai pada Julai 15, 2014.
  23. ^ "Box Office: 'Insurgent' Opens to $101M Globally; Sean Penn Latest Actor to Fizzle". Dicapai pada March 22, 2015.
  24. ^ "Review – Insurgent". Dicapai pada Mac 21, 2015.
  25. ^ "Shailene Woodley in Talks to Star in Oliver Stone's Snowden Film (Exclusive)". Dicapai pada March 21, 2015.
  26. ^ "On The Set For 2/16/15: David O. Russell Starts Lensing 'Joy', 'Maze Runner 2' Wraps & More". ssninsider.com. February 16, 2015. Dicapai pada Februari 16, 2015.
  27. ^ "'Allegiant' movie release date set for March 2016". Hypable. Dicapai pada 2014-04-11.
  28. ^ McNary, Dave (11 April 2014). "Lionsgate Splitting Third 'Divergent' Book 'Allegiant' into Two Films". Variety.

Pautan luar sunting