Shaman King

siri manga dan anime Jepun

Shaman King (シャーマンキング Shāman Kingu) adalah sebuah siri manga/animasi dari Jepun yang ditulis oleh Hiroyuki Takei. Siri manganya sudah berakhir di Jepun setelah melalui 32 jilid. Siri animasinya juga sudah tamat pernyiarannya di Jepun setelah 64 episod serta 3 rancangan khas, dan kini disiarkan di NTV 7 pada setiap hari Sabtu jam 11:00 pagi.

Shaman (pawang, dukun) merupakan seseorang yang mampu berhubung antara dunia fana dan dunia roh. Dalam Shaman King, shaman berganding bahu dengan hantu, roh dan semangat untuk mencapai tujuan mereka. Impian terbesar seorang shaman ialah menjadi Shaman King, yang mampu menghubungi Great Spirit (semangat kepada mana segala roh akan kembali) untuk menjadi penyelamat dunia. Pelbagai istilah majis dan kerohanian disebarkan sepanjang cerita di mana mereka bergabung menjadi sesuatu yang boleh dijelaskan apabila tibanya plot utama.

Cerita sunting

Pada suatu malam, Oyamada Manta (小山田まん太), seorang pelajar sekolah menengah rendah, mencuba laluan pintas ke rumah setelah elalui kelas tambahan. Laluan pintas tersebut merupakan sebidang tanah perkuburan dan di sinilah Manta bertemu Asakura Yoh (麻倉 葉), seorang shaman muda yang dikelilingi segerombolan hantu yang menyeramkan dan menakutkan Manta. Di masa inilah Manta mendapati dia boleh melihat hantu. Tidak lama kemudian, Yoh dan Manta menjadi sahabat karib dan bersama-sama mengembara, dan lama-kelamaan Manta memperlajari kehidupan shaman.

Yoh kemudiannya menemui Tao Ren (道 蓮), dan bertarung dengannya. Anna Kyoyama (恐山アンナ), tunang Yoh, pula muncul dan menjalankan latihan keras, untuk menyediakan Yoh menghadapi Pertarungan Shaman. Pertarungan ini diadakan sekali dalam 500 tahun dan merupakan pertarungan antara shaman yang bertanding merebut gelaran juara yang akan dinobatkan sebagai Shaman King. Juara ini akan memperoleh kebolehan membentuk semula dunia seperti yang dipilhnya, untuk memakbulkan impiannya. Maka bermulanya kembara Yoh dan sahabatsahabatnya.

Muzik sunting

Lagu pembuka rasmi Shaman King, ialah Oversoul dinyanyikan oleh Megumi Hayashibara