Shamo (軍鶏) merujuk pada nama am bagi baka ayam sabung di Jepun. Terdapat tujuh baka ayam Shamo yang diakui di Jepun. Kesemuanya didesignasi sebagai Monumen Semulajadi Jepun. Baka-baka ayam Shamo dipercayai berasal daripada baka ayam Melayu yang dibawa masuk daripada Thailand pada awal kurun ke-17.[1]:13

Sejarah sunting

Nama "Shamo" merupakan kecacatan perkataan bagi "Siam", yang bermaksud "Thailand", semasa awal zaman Edo. Meskipun baka ini berasal daripada Thailand, ia telah menjalani pembiakkan terpilih selama beberapa ratus tahun dan amat berbeza dari baka asal. Baka ini digunakan dalam sabung ayam di Jepun, di mana ia dibenarkan. Ia juga dibiakkan di seluruh dunia untuk tujuan pertandingan .[perlu rujukan]

O-Shamo dan Chu-Shamo merupakan designasi bagi merujuk kategori berat yang berbeza, di mana Nankin-Shamo merujuk pada ayam bantam. Ko Shamo (シャモ), tidak seperti O-Shamo dan Chu-Shamo, adalah merupakan baka hiasan dan tidak digunakan untuk tujuan sabung ayam. Meskipun tiada kaitan dengan baka-baka lain, ia sering kali dianggap sama disebabkan oleh persamaan pada namanya.[perlu rujukan]

Baka sunting

Tujuh baka diakui sebagai Monumen Semulajadi Jepun iaitu:[1]:13[2]:92

  • Ehigo-Nankin-Shamo
  • O-Shamo (Shamo besar, 大軍鶏)
  • Kinpa
  • Ko-Shamo (Shamo kecil, 小軍鶏)
  • Nankin-Shamo (Nankin Shamo, 南京軍鶏)
  • Yakido atau Ygido (八木戸鶏)
  • Yamato-Shamo atau Yamato Gunkei

Kelainan Shamo lain termasuk Chu-Shamo (Shamo sederhana, 中軍鶏)[3]:321 dan Chibi Shamo.[3]:322

Di Barat sunting

Di United Kingdom, Shamo, Ko-Shamo, Nankin Shamo, Yakido dan Yamato Gunkei diakui sebagai baka-baka yang berbeza,[4] sementara Chu-Shamo dan Chibi Shamo disebutkan dalamStandard Unggas Britain.[3]:321–322 Entente Européenne mengiktiraf Shamo, Ko-Shamo, Yakido dan Yamato Gunkei, dan tidak mengiktiraf Chu-Shamo dan Nankin Shamo.[5] Standard Unggas Australia hanya menyenaraikan hanya satu bentuk Shamo, dengan berat minimum 3 kg.[6] Persatuan Unggas Amerika mengiktiraf Shamo sebagai satu baka, bagi kedua-dua saiz standard dan bantam.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Sayed Abdel-Maksoud Osman, Masashi Sekino, Takehito Kuwayama, Keiji Kinoshita, Masahide Nishibori, Yoshio Yamamoto, and Masaoki Tsudzuki (2006). Genetic variability and relationships of native Japanese chickens based on microsatellite DNA polymorphisms-Focusing on the natural monuments of Japan. The Journal of Poultry Science 43 (1): 12–22.
  2. ^ Masaoki Tsudzuki (2003). Japanese native chickens. In: Hsiu-Luan Chang, Yu-chia Huang (editors) (2003). The Relationship between Indigenous Animals and Humans in APEC Region. Taipei: Chinese Society of Animal Science. Pages 91-116.
  3. ^ a b c Victoria Roberts (2008). British poultry standards: complete specifications and judging points of all standardized breeds and varieties of poultry as compiled by the specialist breed clubs and recognised by the Poultry Club of Great Britain. Oxford: Blackwell. ISBN 9781405156424.
  4. ^ Breed Classification. Poultry Club of Great Britain. Archived 12 June 2018.
  5. ^ Liste des races et variétés homologuée dans les pays EE (28.04.2013). Entente Européenne d’Aviculture et de Cuniculture. Archived 16 June 2013.
  6. ^ Limited, Victorian Poultry Fanciers Association (2011). Australian poultry standards (ed. 2nd). Ballarat, Vic.: Victorian Poultry Fanciers Association Limited. m/s. 22–227. ISBN 9781921488238.
  7. ^ APA Recognized Breeds and Varieties: As of January 1, 2012. American Poultry Association. Archived 4 November 2017.

Templat:Chicken breeds of Japan