Shamrahayu A. Aziz

pensyarah undang-undang dari Malaysia

Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu binti A. Aziz (Jawi: شمرحايو بنت عبد العزيز; lahir 5 Jun 1968) ialah seorang pensyarah undang-undang dan profesor madya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)[1]. Beliau banyak membuat kajian tentang hal-hal kenegaraan, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Islam dan hak asasi manusia.[2][3]

Profesor Madya Datuk Dr.

Shamrahayu binti A. Aziz

PMW (WP); PhD
Kelahiran
Shamrahayu binti A. Aziz

(1968-06-05) 5 Jun 1968 (umur 55)
WarganegaraMalaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Undang-Undang
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah
Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang
Diploma Amalan Syariah dan Undang-Undang
Ijazah Doktor Falsafah Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPensyarah

Beliau merupakan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia[4] dan dilantik sebagai Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2017[5].

Kehidupan dan kerjaya sunting

Shamrahayu dilahirkan pada 5 Jun 1968 di Kelantan, Malaysia. Pada umur 23 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang undang-undang dan undang-undang Syariah, dan kemudian melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang di universiti yang sama.[3]

Pada tahun 1995, beliau mula bertugas sebagai pensyarah undang-undang di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan seterusnya banyak membuat pengkajian mengenai hal-hal berkaitan kenegaraan, termasuk hubungan etnik dan etika serta peradaban.

Beliau seterusnya mendapatkan Diploma Amalan Syariah dan Undang-Undang pada tahun 2001, dan mengambil Ijazah Doktor Falsafah Undang-Undang (Ph.D) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2007.

Shamrahayu banyak menulis artikel-artikel yang diterbitkan dalam jurnal undang-undang, buku serta akhbar-akhbar. Setakat tahun 2020, beliau telahpun menulis lebih 500 penulisan dan telah membentang lebih 100 kertas kerja.[6]

Antara buku-buku yang ditulis beliau termasuk Islam dalam Perlembagaan Persekutuan (2018), Isu-Isu dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Islam (2016), Issues in the Enforcement of Islamic Criminal Law in Malaysia (2011), Polemik dalam Pindaan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (2016) dan Criminal Procedure in Syariah Courts (2011). Beliau juga merupakan penulis bersama buku Kontrak Sosial: Perlembagaan Persekutuan Pengikat Jatidiri Bangsa Malaysia Merdeka (2014) mengenai penginstitusian Perlembagaan Persekutuan, dan turut menyunting tiga buah buku termasuk sebuah buku kompilasi hasil tulisan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.[3]

Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syariah di Jabatan Perdana Menteri sejak tahun 2014.

Isu-isu berkaitan sunting

Pembentangan eksekutif mengenai Statut Rom terhadap Raja-Raja Melayu sunting

Pada 2 April 2019, Shamrahayu bersama-sama tiga orang ahli akademik lain, iaitu Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr. Rahmat Mohamad dan dua orang pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Fareed Mohd. Hassan dan Hisham Hanapi mengadap Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi membentangkan sebuah rumusan eksekutif terhadap Majlis Raja-Raja mengenai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.[7]

Kajian dan pembentangan tersebut yang dijalankan secara sulit itu dihebohkan oleh sembilan orang pelajar universiti apabila mereka mengecam tindakan empat orang ahli akademik ini untuk menasihati Baginda Raja-Raja Melayu, ketika mana kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Pakatan Harapan sedang mempertimbangkan penandatanganan kontroversial Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.[8]

Pembentangan tersebut menjelaskan tentang kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu terutamanya Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara dan peranan mereka yang akan terjejas jika perjanjian tersebut ditandatangani. Apabila perjanjian tersebut ditandatangani, tiada pengecualian boleh dibuat dan kerajaan harus menerima perjanjian tersebut secara sepenuhnya, yang akan membuka ruang kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk membawa Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ke mahkamah tersebut, sejurusnya mencemar kedaulatan Baginda.[9]

Tindakan empat orang ahli akademik tersebut mendapat kecaman dari pihak kerajaan, termasuk Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkannya sebagai "berat sebelah".[10] Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengatakan bahawa kedudukan empat orang ahli akademik tersebut akan dibincangkan,[7] namun tiada tindakan diambil setelah dikecam oleh ramai pihak.

Pada Sabtu yang berikutnya, Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia akan menarik diri daripada menandatangani Statut Rom.[11]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab Aziz". MyWilayah. 22 Februari 2021. Dicapai pada 29 Ogos 2021.
  2. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/persidangan-parlimen-18-mei-ini-sah-pakar-perlembagaan-242988
  3. ^ a b c https://drshamrahayu.com/about/
  4. ^ Siti Haliza Yusop (13 Julai 2017). "Tubuhkan pusat kajian Majlis Raja-Raja". BHarian. Dicapai pada 29 Ogos 2021.
  5. ^ Khairulanuar Yahaya (4 September 2020). "Pensyarah tentang Statut Rom Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu". Suara Merdeka. Dicapai pada 29 Ogos 2021.
  6. ^ http://www.iium.edu.my/staff/show/1552
  7. ^ a b Janatul Firdaus Yaacob (8 April 2019). "Statut Rom: Kedudukan empat ahli akademik akan dibincangkan". Sinar Harian.
  8. ^ https://www.malaysiakini.com/news/471288
  9. ^ https://www.facebook.com/asheeq.ali.3/posts/2085893961447192
  10. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/550836/empat-ahli-akademik-perlu-beri-penjelasan-anwar
  11. ^ Wan Faizal Ismayatim dan Rohaniza Idris (6 April 2019). "Malaysia tarik diri Statut Rom". BHarian. Dicapai pada 29 Ogos 2021.
  12. ^ Mohd Iskandar Ibrahim dan Noor Atiqah Sulaiman (1 Februari 2021). "Seramai 335 terima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah". BHarian. Dicapai pada 29 Ogos 2021.