Shamsidar Taharin (lahir 18 Ogos 1965) adalah isteri Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Namanya banyak kali muncul sejak 1998 terutama selepas tersebarnya buku '50 Dalil Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri' oleh Datuk Khalid Jafri.[1] Shamsidar berkenalan dengan Azmin Ali ketika menuntut di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat. Sekembali ke Malaysia, Azmin (23 tahun) diletakkan di pejabat Perdana Menteri sebagai pembantu khas Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir turut hadir ketika perkahwinan Azmin-Shamsidar dan melawat Azmin yang terlantar di hospital pembedahan buah pinggang.

Shamsidar Taharin
Butiran peribadi
Lahir (1965-08-18) 18 Ogos 1965 (umur 58)
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganMohamed Azmin Ali
Anak-anak
  • Farah Shazliyana (1989)
  • Mohamed Ameer Shazrin (1991)
  • Farah Amira (1993)
  • Farah Afifah (1995)
  • Mohamed Basheer Noor Alhaq (1997)
  • Mohamed Yusuf Al Sadiq (2002)

Keluarga sunting

Bapanya Taharin Idris dan abangnya Jamal Taharin, Johan Taharin (sulung), Jamil Taharin . Taharin Idris berasal dari Perak dan bekerja sebagai guru di sebuah sekolah rendah.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran pernah mengaitkan mereka berdua dengan pembelian saham RM8 juta ketika Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim dengan gaji RM2000.[2]

Adik iparnya Umi Hafilda tidak habis-habis mengaitkan anak mereka Afifa bukan anak sah Shamsidar Taharin - Azmin Ali. Musuh politik mereka meminta pemeriksaan DNA dijalankan agar anak tersebut yang kini berusia 14 tahun benar-benar anak mereka. Sudah dua kali pengesahan DNA dijalankan bagi menentukan bapa biologi anak tersebut namun serangan fitnah sex masih berterusan . [3]

Rujukan sunting