Dinsman

penulis, penggiat sastera dan budaya di Malaysia
(Dilencongkan dari Shamsudin Othman)

Datuk Che Shamsudin bin Othman (atau dalam penulisan lebih dikenali dengan Dinsman) ialah seorang penulis[1], sasterawan dan budayawan di Malaysia[2]. Beliau dilahirkan di Kampung Raja, Jitra, Kedah, pada 20 Mei 1949. Beliau menerima pendidikan agama di Maktab Mahmud, Alor Setar, sebelum melanjutkan pengajian ke Kolej Islam, Petaling Jaya. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropolgi- Sosiologi) diperolehinya daripada Universiti Malaya, 1974.

Che Shamsudin Othman
Dinsman. Universiti Malaya, 29.4.2009
Info kelahiranChe Shamsudin bin Othman
(1949-05-20) 20 Mei 1949 (umur 73)
Kampung Raja, Kubang Pasu, Jitra, Kedah
Nama penaDinsman
Pekerjaanpemuisi, pelakon drama, penggiat teater
WarganegaraMalaysia
EtnikMelayu
RakyatMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Malaya
Pergerakan sastera"Seniman Paksi Rakyat" (Paksi)
AnugerahHadiah Sastera Perdana Malaysia (1976, 1983)
Penglima Mahkota Wilayah - P.M.W. (2020)
SaudaraAhmad Lutfi Othman (adik)

Beliau berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka dari tahun 1974 hingga 1979. Selain menulis drama, puisi, cerpen, dan esei budaya, Dinsman juga menulis buku politik dan menghasilkan dokumentari video (VCD). Melalui drama Bukan Bunuh Diri, Dinsman pernah menerima hadiah Pelakon Terbaik dan Pengarah Terbaik dalam Pertandingan Drama peringkat kebangsaan, anjuran Kementerian Kebudayaan, 1975.

Dinsman juga berjaya menggerakkan kumpulan teater dan melahirkan seniman tanah air seperti kumpulan Kopratasa[3]. Beliau turut menubuhkan gerakan sastera di bawah nama Seniman Paksi Rakyat (atau PAKSI) pada Jun 2008[4].

Hasil penulisanSunting

DramaSunting

  • Protes (1972)
  • Jebat (1973)
  • Bukan Bunuh Diri (1974)
  • Ana (1976)
  • Di Pulau Sadandi (1977)
  • Projek Izie (1982)
  • Tamu Dari Medan Perang (2006) - drama terakhir yang dipentaskan

Buku dramaSunting

  • Bukan Bunuh Diri
  • Tamu Dari Medan Perang

Buku puisiSunting

  • Puisi Panjang Untuk Mahathir (1977)
  • Macam Orang Gila (2001).

Buku politikSunting

  • Gawat - Gagalnya Formula Mahathir (1998)
  • 100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia (2008).

Dokumentari videoSunting

  • Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz (2001)
  • A. Samad Said: Kehidupan Seorang Seniman Malaysia (2005)
  • Wanita di Kelantan: Dihormati atau Didiskriminasi? (2008)

Skrip yang belum dipentaskanSunting

  • Siapakah Takutkan Amerika (1996)
  • Teater Nabi Yusuf (Teater dari Al-Quran) 2005
  • Apocalipso (2008).

Anugerah dan penghargaanSunting

Darjah kebesaranSunting

Anugerah kesusasteraanSunting

  • Pelakon Terbaik dalam Pertandingan Drama Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ("Jebat") (1973)
  • Pelakon Terbaik dalam Pertandingan Drama Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ("Protes") (1974)
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia ("Ana") (1976)
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia ("Puisi Panjang Untuk Mahathir") (1983)
  • Sarjana Persuratan (Kehormat) dari Universiti Utara Malaysia (2008)[3]

RujukanSunting

  1. ^ Mengapa orang sastera mesti harapkan orang politik?
  2. ^ "Dinsman". Insider Archived. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  3. ^ a b BERNAMA (15 Oktober 2008). "Dinsman terima anugerah ijazah doktor kehormat". Dialog Rakyat. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  4. ^ "Mengenang Azizi bukan sekadar mengenang". Seniman Paksi. 14 Oktober 2011. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  5. ^ Semakan penerima darjah kebesaran