Sam Bunkface

Penyanyi, komposer dan pemuzik Malaysia
(Dilencongkan dari Shamsul Annuar Mohd Baharom)

Shamsul Annuar bin Mohd Baharom (lahir 11 Disember 1987) atau lebih dikenali sebagai Sam merupakan seorang penyanyi, komposer, dan pemuzik Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris kumpulan punk rock Bunkface yang ditubuhkan pada tahun 2005.[1] Beliau juga berkhidmat sebagai vokalis dan gitaris kumpulan The Azenders, sebuah superkumpulan yang menggabungkan empat pemuzik dari empat kumpulan rock berbeza.[2] Sam ialah abang kepada pelakon Siti Saleha.

Sam Bunkface
Sam beraksi di konsert Twisties Bingit 2010
Kelahiran
Shamsul Annuar bin Mohd Baharom

(1987-12-11) 11 Disember 1987 (umur 36)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, komposer, penerbit rakaman, pelakon
Tahun aktif2006–kini
Pasangan
  • Aida Azira Husin (k. 2015; c. 2019)
  • Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi (k. 2020)
Anak-anak3. Maleeq (isteri pertama), Idris (isteri kedua) & Maryam (isteri kedua)
Ibu bapa
  • Tracey Johnson (ibu)
  • Mohd Baharom Abd Rahman (bapa)
SaudaraSiti Saleha (adik) Ella (sepupu)
Kerjaya muzik
GenrePunk rock, pop punk, alternative rock
InstrumenVokal, gitar
Pengkarya berkait
Bunkface, The Azenders

Kehidupan awal sunting

Sam dilahirkan di England namun sejak umur lima tahun beliau kembali ke Malaysia dan menetap serta membesar di Klang, Selangor. Anak kacukan British (sebelah ibu) dan Melayu (bapa) ini juga berbakat untuk diketengahkan di dalam bidang komersial. Namun adiknya, Siti Saleha lebih dahulu diberikan peluang untuk beraksi dalam arena komersial. Adik perempuannya itu kemudian mencipta nama dalam bidang lakonan di televisyen menerusi drama Lima Jingga.

Ketika usia belasan tahun kedua ibu bapanya telah bercerai, dan sejak itu Sam dibesarkan oleh bapanya di Klang, Selangor. Dibesarkan dengan budaya Melayu, Sam dianggap sebagai seorang pemuda yang sangat merendah diri, menghormati orang tua, dan patuh kepada agama. Kerana minatnya dalam bidang muzik, Sam pernah bekerja di Secret Recipe di Bukit Tinggi, Klang semata-mata ingin mengumpul duit membikin album.

Kerjaya muzik sunting

Bunkface sunting

Selain Sam, anggota Bunkface yang lain ialah Ahmad Farhan Hashim atau Paan selaku pemain gitar utama dan Mohammad Farouk Jaafar yang mesra dipanggil Youk (bass/vokal latar). Sam mengenali Youk sejak usia lapan tahun, manakala Paan berkawan dengan Biak bermula di darjah dua.[3]

Menyusuri perjalanan Bunkface, ia bermula sekadar sesi jamming biasa antara tiga rakan sekolah ketika menuntut di SMK Sri Andalas, Klang ini yang kemudiannya bertukar menjadi kumpulan muzik. Bunkface mula mendapat perhatian ramai sekitar 2006 melalui penyertaan mereka di rancangan televisyen popular, Blast-off 3. Pencapaian awal Bunkface adalah ketika memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Band Rakan Seni Budaya anjuran Universiti Malaya pada Mac di tahun yang sama. Ia telah membuka pintu untuk Bunkface melangkah ke bidang muzik arus perdana biarpun bergerak secara sendiri. Mereka diperkenalkan Piko (MARIONEXXES) kepada Demoplanet TV untuk perkembangan bakat seterusnya membikin muzik video Hyper Killer.

Pada Disember 2007, Bunkface mengeluarkan EP mereka yang pertama berjudul Lesson Of The Season namun lebih popular dengan lagu Silly Lilly. Bunkface meraih anugerah pertamanya di Asia Voice Independent Music Awards 2009 untuk kategori Best College Act. Single berbahasa Melayu yang pertama mereka iaitu Situasi mula melonjakkan lagi populariti mereka sehingga terpilih ke final Anugerah Juara Lagu 2009 dan mengungguli Shout Awards. Lagu tersebut juga meraih pengiktirafan di Anugerah Industri Muzik ke-17 untuk kategori Lagu Rock Terbaik.

Pada 8 Mac 2010, Bunkface menerbitkan album perdana mereka berjudul Phobia Phoney. Menurut Sam, album itu dihasilkan dengan bajet RM15,000 dan Bunkface akan menumpukan pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum meneroka pasaran luar.

The Azenders sunting

Sam menubuhkan sebuah superkumpulan yang diberi nama The Azenders bersama tiga rakannya Izal (bes) dari One Buck Short, Ajam (synth) dari Dichi Michi, dan Kudut (dram) dari Robot Asmara. Kumpulan ini melancarkan single pertama mereka yang bertajuk "Ladies & Gentlemen". Ia diikuti oleh beberapa single hits termasuk "Peribadi", "Livin Rock and Roll", "Bebas" dan "Dance Love". Lagu "Bebas" dipilih sebagai lagu tema filem Jiwa Taiko (2012) arahan Osman Ali.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Sam diminati dan disukai oleh ramai gadis kerana wajah urang ribai. Pada tahun 2008, Sam dilaporkan menjalin hubungan dengan pengacara tv popular yang juga berdarah kacukan iaitu Juliana Evans. Juliana merupakan kenalan rapat kepada adik Sam sendiri. Hubungan mereka bagaimanapun hanya bertahan selama 2 tahun ekoran usia yang masih muda serta tiada perancangan untuk memanjangkan perhubungan ke jinjang pelamin.[5][6]

Pada 7 Julai 2010, blog-blog hiburan melaporkan Sam pernah menjalin hubungan bersama seorang model iklan komersial yang dikenali sebagai Jeanny Amir. Beliau berkahwin dengan wartawan Aida Azira Husin pada April 2015.[7] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Maleeq yang dilahirkan pada 11 September 2016.[8][9][10] Sam dan Aida telah sah bercerai pada Januari 2019 setelah 4 tahun berkahwin.[11][12] Beliau membuat permohonan maaf secara secara terbuka kepada pihak media kerana merahsiakan perceraian tersebut.[13]

Pada tanggal 10 Disember 2020, Sam mengahwini buat kali kedua bersama pilihan hatinya, Putri Elfa Ezrin binti Mohd Khushairi.

Kontroversi sunting

Sepanjang kerjayanya, Sam pernah dikritik kerana kemampuannya menyanyi secara live. Lewat beberapa tahun ini, vokal beliau bertambah baik. Nama Sam sedikit terjejas ekoran isu bekas pengurus Bunkface yang disifatkan kekwat dan memilih media pada tahun 2008.

Selain itu, penyebaran gambar aksi nakal Sam yang cuba mencium pipi Juliana Evans pernah hangat seketika pada awal 2009. Melodi terbitan TV3 pernah memanaskan isu Sam yang hadir hanya dengan memakai singlet ketika sidang media Anugerah Juara Lagu 2009. Sam menjawab secara rasional, dan memohon maaf kepada peminat jika pakaiannya disifatkan sebagai menjolok mata. Ramai pemerhati seni menyifatkan Bunkface belum layak untuk diiktiraf menerusi Anugerah Kembara AIM 17. Kontroversi putus cinta dengan Juliana, dimana Jeanny Amir dikaitkan sebagai orang ketiga.

Pada Ogos 2010, beberapa akhbar memuatkan berita mengenai perselisihan faham di antara Sam dan anggota kumpulan Bunkface yang lain. Diberitakan Sam tidak berpuas hati kerana kejayaan Bunkface banyak dibantu oleh kesungguhan beliau sahaja. Sam dikatakan mahu meninggalkan kugiran itu dan membentuk kugiran baru.

Tidak lama selepas itu, Sam dan pengurusannya tampil menafikan dakwaan. Menurut mereka, Bunkface masih lagi utuh dan tidak akan berpecah (dalam waktu terdekat ini) sebaliknya akan terus merencana perjalanan seni mereka. Sam bagaimanapun mengakui akan menubuhkan sebuah kugiran indie terbaru iaitu The Azenders, yang lebih banyak menumpukan persembahan secara underground. Menurut Sam, penglibatannya dalam kugiran baru itu tidak bermakna dia mahu meninggalkan Bunkface sebaliknya sekadar mencuba perkara baru. Perkara sebegini banyak dilakukan oleh kugiran-kugiran lain seperti XPDC.

Diskografi sunting

Sam tidak pernah menerbitkan lagu secara solo, semuanya bersama Bunkface dan The Azenders. Beliau juga menyertai pertandingan Juara Parodi di Astro Warna untuk memparodikan lagu yang diberikan dalam kumpulan Abang Face iaitu (Shuk SYJ & Joey Daud).

Bunkface
The Azenders
  • Livin’ Rock & Roll (2013)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Mami Jarum Kembali Haziq Filem pertama
TBA Tanah Kubur Aidil Dalam perancangan
Nur Faiz Dalam perancangan
Vektor Haikal Dalam perancangan
Farid Amir Dalam perancangan

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Anugerah Industri Muzik ke-17 Anugerah Kembara (bersama Bunkface) Menang
Lagu Rock Terbaik (menerusi lagu ciptaan Sam - "Situasi") Menang
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik ("Prom Queen") Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-24 Tercalon
2011 Malam Mesra Badan Pelindung Hak Cipta Muzik (MACP) 2011 Komposer Muda Berbakat Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Muhd Al-Qayum Azizi (17 Mac 2019). Perselisihan faham rahsia 13 tahun Bunkface kekal sebagai sebuah band mStar Online. Dicapai pada 17 Ogos 2019.
  2. ^ Muhd Al-Qayum Azizi (25 April 2012). Sam Yakin Tidak Abaikan Bunkface & The Azenders mStar Online. Dicapai pada 17 Ogos 2012.
  3. ^ "Resipi Bertahan Bunkface". Kosmo! Online (dalam bahasa Malay). 2014. Dicapai pada 18 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Bunkface Sahkan Sam Tidak Keluar, The Azenders Hanya Projek Sampingan Rotikaya (18 Februari 2011). Dicapai pada 17 Ogos 2011.
  5. ^ How, Au Yeong (16 November 2009). "Sam Nafi Juliana Evans Punca Pengurus Bunkface 'Disingkirkan'". mStar Online. Dicapai pada 18 June 2016.
  6. ^ Jessabell Soo (19 Ogos 2010). "Juliana, Sam putus cinta". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-16. Dicapai pada 16 September 2018.
  7. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (30 November 2015). "Cinta unik Sam". Utusan Online. Dicapai pada 31 Disember 2015.
  8. ^ Zaidi Mohamad (12 September 2016). Sam Bunkface timang anak lelaki Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2016.
  9. ^ Alif Fadli Mohd Sori (13 September 2016). Sam Bunkface dapat anak lelaki Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 September 2016.
  10. ^ Syafil Syazwan Jefri (1? September 2016). Sam teruja bergelar bapa Harian Metro. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  11. ^ Hanisah Selamat (20 Jun 2019). Sam Bunkface sah bercerai Berita Harian. Dicapai pada 17 Ogos 2019.
  12. ^ Georgie Joseph (19 Jun 2019). 1Sam Bunkface, Aida dah bercerai Harian Metro. Dicapai pada 17 Ogos 2019.
  13. ^ Georgie Joseph (20 Jun 2019). ‘Maaf sebab simpan rahsia’ - Sam Bunkface Harian Metro. Dicapai pada 17 Ogos 2019.

Pautan luar sunting