Shamsul Iskandar Mohd Akin

(Dilencongkan dari Shamsul Iskandar Md Akin)

Datuk Seri[2] Shamsul Iskandar @ Yusre bin Hj Mohd Akin (lahir 29 Disember 1974) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10. Di peringkat parti beliau adalah Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat.


Shamsul Iskandar Md. Akin

DGSM (Melaka)
Setiausaha Politik Kanan kepada
Perdana Menteri Malaysia ke-10
Memegang jawatan
23 Disember 2022
Berkhidmat dengan
Chan Ming Kai
Ahmad Farhan Fauzi
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Hang Tuah Jaya, Melaka
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Adam Adli
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
2018–2021
Didahului olehSyed Ibrahim Syed Noh
Digantikan olehFahmi Fadzil
Timbalan Menteri Industri Utama
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Menteri Teresa Kok
Didahului oleh Anifah Aman
Digantikan oleh1. Wee Jeck Seng
2. Willie Mongin
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
22 Ogos 2014 – 2018
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bukit Katil, Melaka
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 2018
Didahului oleh Md Sirat Abu (UMNO)
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Ketua Sayap Pemuda PKR
Dalam jawatan
2007–2014
Didahului oleh Mohamad Ezam Mohd Nor
Digantikan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad
Butiran peribadi
LahirShamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin
(1974-12-29) 29 Disember 1974 (umur 49)
Melaka Hospital Besar Melaka, Melaka, Malaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat (PKR)
Sekutu gabungan
politik lain
PH-PKR
PasanganDatin Seri Dr. Norzakiah Mohd Tahir[1]
Anak-anak3
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa
PekerjaanAhli politik
AnugerahSenarai
Laman web rasmishamsuliskandar.wordpress.com

Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan eksekutif iaitu Timbalan Menteri Industri Utama dari tahun 2018 hingga 2020 dan mantan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya selama 2 penggal (2013-2022).

Dalam PKR beliau mempunyai banyak pengalaman memegang jawatan di peringkat parti iaitu Ketua Penerangan PKR (2018-2022), Ketua PKR Cabang Jasin, Pengerusi PKR Melaka, Naib Presiden PKR dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat.

Latar belakang sunting

Beliau dilahirkan di Hospital Melaka pada 29 Disember 1974. Ayahanda Hj. Mohd Akin bin Ayim (meninggal dunia pada 6 Ogos 2007) dan bonda Hjh. Halimah binti Hj. Kidam (meninggal dunia pada 14 Jun 1989. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik.

Beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau adalah seorang berkelulusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[3]

Beliau merupakan seorang Pengakap Raja.[4]

Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 2003 dan mempunyai 3 orang anak, seorang perempuan dan dua lelaki.

Kerjaya politik sunting

Pada tahun 2007, beliau menjadi Ketua Pemuda PKR selepas pemimpinnya Mohamad Ezam Mohd Nor, melepaskan jawatan pada 2006,[5] dan beliau mengalahkan Hasmi Hashim pada pilihan raya 2007 untuk menggantikannya.[6][7]

Pada pilihan raya 2004, beliau bertanding di kawasan Parlimen Tangga Batu yang baru diwujudkan di negeri asalnya, Melaka tetapi kalah kepada Idris Haron. Kemudian pada pilihan raya 2008, beliau bertanding dan kalah di kerusi Parlimen Dungun di Terengganu.[8] Beliau akhirnya dipilih ke Parlimen pada pilihan raya 2013 untuk kerusi Bukit Katil, menewaskan lawan berat, Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.[9] Dalam pilihan raya 2018, beliau berjaya mengekalkan Bukit Katilnya yang telah berubah menjadi Hang Tuah Jaya selepas penandaan semula 2018 tetapi kehilangan kerusi Rim Dewan Undangan Negeri Melaka.

Pada 2014, beliau dipilih sebagai naib presiden PKR, bersama Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua. Beliau tidak mempertandingkan kepimpinan sayap pemuda PKR.[10]

Pada 11 Disember 2013, Shamsul Iskandar didakwa bertanggungjawab dalam perhimpunan Pilihan Raya Malaysia 2013 atau "Blackout 505", perhimpunan yang diadakan di kawasan terhad di kompleks Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya yang berlaku di 15 bandar raya di Malaysia. Selepas lima tahun dia dibebaskan pada 16 Mei 2018 dan semua tuduhan telah digugurkan atas alasan pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Shamsul di luar keraguan munasabah.[11]

Berikutan dengan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke 14, beliau telah dilantik menjadi anggota Jemaah Menteri sebagai Timbalan Menteri Industri Utama di bawah kerajaan baharu dipimpin oleh, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di peringkat antarabangsa, Shamsul Iskandar juga merupakan ahli Lembaga Rangkaian Parlimen di Bank Dunia & Tabung Kewangan Antarabangsa.[perlu rujukan]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[8][12][13][14][15][16][17]
Tahun Perlembagaan Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undj Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 P136 Tangga Batu, Melaka Shamsul Iskandar (PKR) 7,522 20.64% Idris Haron (UMNO) 26,766 79.36% 42,965 24,444 80.62%
2008 P39 Dungun, Terengganu Shamsul Iskandar (PKR) 24,270 45.34% Matulidi Jusoh (UMNO) 29,264 54.66% 54,464 4,994 83.98%
2013 P137 Bukit Katil, Melaka Shamsul Iskandar (PKR) 46,167 53.30% Mohd Ali Rustam (UMNO) 40,720 46.70% 88,271 5,733 88.77%
2018 P137 Hang Tuah Jaya, Melaka Shamsul Iskandar (PKR) % Mohd Ali Rustam (UMNO) % %
Md Khalid Kassim (PAS) %
Dewan Undangan Negeri Melaka[9][17]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 N25 Rim, P139 Jasin Shamsul Iskandar (PKR) 4,765 34.81% Ghazale Muhamad (UMNO) 5,301 38.72% 536 %
Hjh Kintan bt Man (PAS) 1,262 9.22%

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-09-01.
  2. ^ Husam kembali bergelar Datuk
  3. ^ "UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari", Malaysiakini.com. 20 oktober 2011.
  4. ^ "PPM mohon dana khas baiki 12 kem pengakap". PressReader. Dicapai pada 11 September 2020.
  5. ^ http://shamsuliskandar.blogspot.com/2006/10/ezam-sah-letak-jawatan-sebagai-ketua.html
  6. ^ G. MANIMARAN (2 September 2010). "Ketua AMK: Hasmi cabar Shamsul Iskandar lagi?". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ http://sepangonline.blogspot.com/2007/05/keputusan-pemilihan-angkatan-muda.html
  8. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Dungun PRU 2008
  9. ^ a b "myundi / Keputusan PRU13 / Melaka (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "Rafizi, Shamsul Iskandar are new PKR veeps". Astro Awani. 12 August 2014. Dicapai pada 26 October 2014.
  11. ^ "Hang Tuah Jaya MP Acquitted Of Participating In 'Blackout 505'". Malaysian Digest (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-20.
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama myundi pru 13
  13. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 27 April 2010. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan) Percentage figures based on total turnout.
  14. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  15. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. SPR. Dicapai pada 24 March 2017.
  16. ^ "PRU-13". Utusan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-07. Dicapai pada 26 October 2014.
  17. ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". SPR. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar sunting