Shamsulkahar Mohd Deli
Yang Berhormat Dato' Shamsulkahar bin Mohd Deli ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jempol.
Yang Berhormat Dato' Shamsulkahar Mohd Deli DPNS (Negeri Sembilan) | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Jempol | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Salim Shariff |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Serting | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 1 Julai 2023 | |
Didahului oleh | Lilah Yasin |
Digantikan oleh | Mohd Fairuz Mohd Isa |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Portfolio | Pendidikan dan Kesihatan |
Menteri Besar | Mohamad Hasan |
Kawasan pilihan raya | Serting |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Portfolio | Pelajaran dan Pengajian Tinggi |
Menteri Besar | Mohamad Hasan |
Kawasan pilihan raya | Serting |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Ulu Keru, Kuala Pilah, Negeri Sembilan | 1 Ogos 1961
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Nasional |
Pasangan | Datin Rashidah Ismail |
Anak-anak | 2 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Latar belakang
suntingShamsulkahar dilahirkan pada 1 Ogos 1961 dan berasal dari Kampung Ulu Keru, Kuala Pilah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir dan SMK Za'aba sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Raja Melewar dalam Diploma Pendidikan.
Kerjaya
suntingShamsulkahar bekerja sebagai seorang guru selama 11 tahun (1985-1996). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pelajaran (1996-2000), Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Penerangan (2000-2002) dan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2002-2004). Kemudian, beliau dilantik menjadi Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan selama empat tahun bermula 2004 hingga 2008, sebelum bertanding dalam pilihan raya umum 2008.
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' (2010)
Keputusan Pilihan Raya
suntingParlimen
suntingTahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Jempol | Shamsulkahar Mohd Deli | BN (UMNO) | 30,138 | Norwani Ahmat | PH (AMANAH) | 24,281 | 5,857 |
Affendy Salleh | PN (BERSATU) | 16,722 | ||||||
Mohd Khalid Yunus | GTA (PUTRA) | 654 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
suntingTahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Serting | Shamsulkahar Mohd Deli | BN (UMNO) | 9,782 | Abd Rahman Ramli | PH (AMANAH) | 6,014 | 3,768 |
Al Zukri | PAS | 1,837 | ||||||
2013 | Shamsulkahar Mohd Deli | BN (UMNO) | 10,807 | Abd Rahman Ramli | PAS | 5,365 | 5,442 | |
2008 | Shamsulkahar Mohd Deli | BN (UMNO) | 7,618 | Somingon Nasir | PAS | 3,240 | 4,378 |