Shanmuganathan Al E.Rampoo

Kapten Shanmuganathan Al E.Rampoo adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Tanjung Malim, Perak. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 4 Jun 1975 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis di kawasan Sungai Liang, Raub, Pahang. Dalam pertempuran tersebut, Rjr Mat Isa turut terbunuh semasa melindungi Kapten Shanmuganathan Al E.Rampoo, sementara Kapten Shanmuganathan sendiri turut tercedera.

Kapten Shanmuganathan Al E.Rampoo
Kelahiran
Shanmuganathan Al E.Rampoo
Warganegara Malaysia
PekerjaanArmy - Kapten
Terkenal keranaPenerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Kampung asalTanjung Malim

Pada 11 Jan 1974, seramai 22 anggota Platun 6 Kompeni B 5 Renjer pimpinan Kapten Shanmuganathan berjaya mengesan perkhemahan pemberontak komunis di atas sebuah bukit di kawasan Sungai Liang, Raub, Pahang. Setelah membuat perancangan, beliau memimpin platunnya melancarkan serangan. Kapten Shanmuganathan menunjukkan keberanian dan sanggup mengambil risiko apabila meneruskan pendakian ke arah khemah musuh walaupun tembakan balas musuh menghujani platunnya. Dalam usaha itu, sebutir peluru musuh terkena Kapten Shanmuganathan.

Melihat keadaan tersebut, Rjr Mat Isa berusaha menarik tubuh Kapten Shanmuganathan keluar dari kawasan pertempuran. Seterusnya Rjr Mat Isa melindungi Kapt Shanmuganathan dengan merebahkan tubuhnya ke atas Kapten Shanmuganathan sehingga beliau sendiri terbunuh akibat terkena tembakan pemberontak. Kapten Shanmuganathan dikurniakan pingat PGB pada 4 Jun 1975.

Rujukan sunting