Shar pei

baka anjing dari China
(Dilencongkan dari Shar-pei)

Shar pei[a] ialah satu baka anjing dari China Selatan. Secara tradisional, ia dibela sebagai penjaga harta. Shar pei didorong ke arah kepupusan pada abad ke-20. Baka ini terkenal di Barat kerana kedutan dalamnya, sementara bentuk kurang berkedut dikekalkan di Hong Kong.

Shar pei
Shar pei "mulut kedut" moden
Nama lain
  • Shar pei Kantonis
  • Anjing laga China
Negara asalChina
Trait
Berat 16–29 kilogram (35–64 lb)
Tinggi 44–51 sentimeter (17–20 in)
Bulu Pendek, kasar, dan kejur
Warna Semua warna padu kecuali putih
Jangka hayat 10.6 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Shar pei "mulut kedut"
Shar pei "mulut tulang"

Tiada rekod yang menunjukkan asal usul shar pei, walaupun ia hampir menyerupai patung jenis tidak berkedut bagi anjing pengawal yang dibela di China selatan semasa dinasti Han; sesetengah pihak percaya bahawa baka moden, bersama-sama dengan cau-cau, diturunkan daripada anjing ini.[1][2] Baka ini telah dikenal pasti sebagai baka basal yang mendahului kemunculan baka-baka moden pada abad ke-19.[3]

Shar pei pernah menjadi sangat popular, tetapi peperangan dan pergolakan politik di China pada abad ke-20 menjejaskan baka ini dan menjelang tahun 1970-an, ia menghampiri kepupusan.[1][2] Pada tahun 1973, seorang ahli perniagaan Hong Kong bernama Matgo Law merayu kepada masyarakat antarabangsa, khususnya American Kennel Club, untuk membantu untuk menyelamatkan baka ini; menjelang tahun 1978, baka itu dinamai oleh The Guinness Book of Records sebagai baka paling jarang di dunia, dengan hanya 60 ekor yang tersisa.[1][2][4] Publisiti terhasil membawa kepada permintaan besar di Amerika Syarikat untuk contoh-contoh baka dan pembiak baka tanpa pegangan di Hong Kong, di Makau, dan di Taiwan bertindak untuk menyilangkan baki haiwan baka tulen mereka dengan baka-baka lain termasuk bulterier, pug, dan buldog, dan menjual anak-anak anjing tersebut kepada pembeli kurang sedar di Amerika.[2] Hasil penyilangan ini membawa kepada anjing dengan mulut jauh lebih berisi berbanding dengan baka asli, anjing ini dikenali sebagai shar pei "mulut daging" atau "mulut isi", manakala anjing asli dipanggil shar pei "mulut tulang".[2]

Perjuangan penyelamatan baka ini diambil alih di Amerika Syarikat oleh para pembiak baka bersemangat dengan menggunakan anjing yang diseludup ke sana pada tahun 1970-an, sebuah kelab baka diasaskan dan menerima pengiktirafan American Kennel Club pada tahun 1992, dengan piawaian baka yang menyebut anjing jenis mulut daging.[1][2] Sesetengah pembiak baka di Hong Kong mengekalkan jenis mulut tulang tradisional, walaupun menurut anggaran hanya 50 hingga 100 ekor contoh jenis ini kekal.[2]

Di Amerika Syarikat, sebilangan pembiak baka telah secara terpilih membiakbakakan shar pei untuk saiz lebih kecil, lalu menghasilkan yang dipanggil "shar pei katik", yang banyak ditentang oleh ramai pembiak baka shar pei bersaiz tradisional.[1] Dengan pendirian hingga ketinggian maksimum 40 sentimeter (16 in), shar pei katik dibiakbakakan untuk saiz lebih kecil dan kedutan meningkat.[1]

Perihal sunting

 
Shar pei "mulut daging" yang menunjukkan lidah biru-hitam

Shar pei ialah baka anjing bersaiz sederhana berbulu pendek, terkenal kerana kulitnya yang berkedut secara berlebihan. Baka ini menyerupai banyak baka anjing daripada keluarga mastif; walau bagaimanapun, ia paling berkait rapat dengan baka-baka spits, dengan cau-cau sebagai saudara terdekatnya. Ini paling jelas terlihat dengan kedua-dua baka ini yang memiliki lidah biru-hitam unik.[1][4][5] Anjing ini tergolong dalam kumpulan genetik sama dengan cau-cau, anjing Akita, shiba inu, malamut, dan anjing Greenland.[6]

Shar pei dewasa biasanya berdiri setinggi 44–51 sentimeter (17–20 in) dan berukuran seberat 16–20 kilogram (35–44 lb). Ia mempunyai lapis bulu pendek dan sangat kasar yang dapat mempunyai sebarang warna padu kecuali putih, walaupun hitam, merah, perang kekuning-kuningan, dan krim merupakan yang paling umum.[4][7]

Piawaian baka China menyatakan bahawa ia mempunyai telinga kepah-cangkerang, hidung kupu-kupu, kepala berbentuk melon, muka nenek, leher kerbau, punggung kuda, dan tungkai naga.[4] Kepala baka ini agak besar berbanding dengan tubuhnya dengan muncung lebar yang biasanya lebih gelap daripada selebih lapis bulu dan cukup beralas sehingga menyebabkan bonjolan di pangkalnya, telinganya terpisah dengan lebar dan kecil dan berbentuk segi tiga, dan matanya terletak sangat dalam ke dalam lipatan kulit di kepala.[4][7] Baka ini mempunyai tungkai yang lurus, cukup bertulang, dan berotot di bawah bahu landai dan ekor lebar sederhana panjang yang tergulung ke atas belakangnya dengan cara tipikal bagi anjing jenis spits.[4][7]

Kesihatan sunting

Jangka hayat sunting

Sebuah kajian tahun 2024 di United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 10.6 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[8]

Keadaan kulit sunting

Semakan terhadap lebih daripada 23,000 rekod daripada Hospital Pengajar Veterinar Universiti di Universiti Sydney mendapati bahawa 7.7% daripada jumlah shar pei yang menghidap dermatitis atopi, angka yang lebih tinggi daripada keseluruhan 3.1%.[9] Semakan rekod daripada lebih daripada 600 buah hospital Amerika Syarikat mendapati bahawa 4% daripada jumlah shar pei yang berusia kurang daripada 2 tahun menderitai demodikosis permulaan juvenil berbanding dengan hanya 0.58% secara keseluruhan.[10] Sebuah kajian di United Kingdom mendapati bahawa shar pei mempunyai prevalens keseluruhan sebanyak 0.9% berbanding dengan 0.17% untuk populasi umum. Untuk demodikosis permulaan juvenil (usia kurang daripada 2 tahun), shar pei mempunyai prevalens 1.8% berbanding dengan 0.48%. Untuk demodikosis permulaan dewasa (usia lebih daripada 4 tahun), shar pei mempunyai prevalens 0.6% berbanding dengan 0.05%.[11] Shar pei cenderung terhadap beberapa keadaan kulit tremasuk: penyakit kulit alahan, musinosis kutis, intertrigo, otitis luaran, dan vaskulopati.[12]

Demam keluarga shar pei sunting

 
Seekor shar pei dengan deman shar pei

Demam shar pei (yang juga dipanggil demam keluarga shar pei atau FSF (familial shar pei fever)) ialah keadaan yang terlihat pada shar pei yang bercirikan demam berulang dan pembengkakan keting. Ini serupa dengan demam keluarga Mediterranean pada manusia. Puncanya tidak diketahui, tetapi ada anggapan bahawa ini diwarisi.[13] Demam shar pei dapat menyebabkan kegagalan ginjal dan kegagalan hati melalui pengumpulan amiloid di dalam organ-organ itu (amiloidosis).

Shar pei terjejas mempunyai paras tertingkat bagi interleukin 6 dan ini membawa kepada pengumpulan protein fasa akut di dalam badan semasa demam. Protein fasa akut terurai untuk membentuk amiloid jenis AA, yang mengendap di dalam ginjal dan kurang sedemikian pula di dalam hati, limpa, dan salur gastrousus.[14] Ini akhirnya menyebabkan kegagalan ginjal atau hati menjelang usia enam tahun.[13]

Gejala demam shar pei termasuk demam, pembengkakan, dan nyeri pada keting yang biasanya reda dalam tempoh dua hari. Pembengkakan pada keting mudah dicam—keting menyerupai belon air lembik, dan bukan pula pembengkakan kaku ikutan seliuh atau pecahan. Gejala dapat dirawat dengan ubat antiradang bukan steroid seperti karprofen. Kegagalan ginjal dan hati tidak dapat dirawat kecuali dengan cara konvensional yang biasanya digunakan untuk penyakit itu. Pencegah amiloidosis kadang-kadang digunakan pada anjing dengan kejadian berulang bagi deman shar pei. Kolkisin dan dimetil sulfoksida paling lazim digunakan.[13] Penyakit ini dikaitkan dengan jenis Barat dan sebanyak 23% daripada anjing di Amerika Syarikat dianggarkan terjejas.[15]

Keadaan lain sunting

Shar pei cenderung terhadap hipotiroidisme.[12]

Satu masalah lazim ialah keadaan mata yang menyakitkan, iaitu entropion, yang melinatkan bulu mata yang melengkung ke dalam, lalu merengsakan mata. Jika tidak dirawat, ini dapat menyebabkan kebutaan. Keadaan ini dapat dibetulkan melalui pembedahan—"penjelujuran" kelopak mata supaya tidak berguling ke arah biji mata untuk anak anjing, atau pembedahan pembuangan kulit tambahan pada shar pei remaja dan lebih tua.[16]

Kekurangan vitamin B12 ialah masalah umum pada shar pei dan disyaki bersifat kebakaan.[17][18]

Semakan terhadap lebih daripada 250,000 imbasan siku Amerika Utara mendapati bahawa 24% daripada jumlah shar pei yang berusia lebih daripada 2 tahun menderitai displasia siku.[19]

Semakan rekod hospital di Amerika Utara mendapati bahawa 4.4% daripada jumlah shar pei menderitai glaukoma berbanding dengan 0.71% untuk baka kacuk.[20]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: شر ڤيئي; Cina: 沙皮犬; 沙皮; pinyin: shāpíquǎn; shāpí; Jyutping: saa1 pei4 hyun2; saa1 pei4; bahasa Inggeris: shar pei

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 355–357 & 563–564. ISBN 1-57076-219-8.
  2. ^ a b c d e f g "Discovering the Shar Pei: an endangered dog breed". Hong Kong Tatler (dalam bahasa Inggeris). Hong Kong: Tatler Asia Limited. 23 Julai 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  3. ^ Larson, G (2012). "Rethinking dog domestication by integrating genetics, archeology, and biogeography". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. (dalam bahasa Inggeris). 109 (23): 8878–8883. Bibcode:2012PNAS..109.8878L. doi:10.1073/pnas.1203005109. PMC 3384140. PMID 22615366.
  4. ^ a b c d e f Fogle, Bruce (2009). The encyclopedia of the dog (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. m/s. 254. ISBN 978-0-7566-6004-8.
  5. ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). Atlas of dog breeds of the world (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 22.
  6. ^ Parker; dll. (2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development". Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. PMC 5492993. PMID 28445722. Gambar Rajah 1
  7. ^ a b c Banks, Edward (2013). Dogs: the ultimate dog lover's guide (dalam bahasa Inggeris). Sywell, United Kingdom: Igloo Books Ltd. m/s. 138–139. ISBN 978-1-78197-890-0.
  8. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  9. ^ Mazrier, Hamutal; Vogelnest, Linda J.; Thomson, Peter C.; Taylor, Rosanne M.; Williamson, Peter (Jun 2016). "Canine atopic dermatitis: breed risk in Australia and evidence for a susceptible clade". Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). 27 (3): 167–e42. doi:10.1111/vde.12317. PMID 27188769.
  10. ^ Plant, Jon D.; Lund, Elizabeth M.; Yang, Mingyin (2011). "A case-control study of the risk factors for canine juvenile-onset generalized demodicosis in the USA". Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). 22 (1): 95–99. doi:10.1111/j.1365-3164.2010.00922.x. ISSN 0959-4493.
  11. ^ O'Neill, D. G.; Turgoose, E.; Church, D. B.; Brodbelt, D. C.; Hendricks, A. (2020). "Juvenile‐onset and adult‐onset demodicosis in dogs in the UK: prevalence and breed associations". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 61 (1): 32–41. doi:10.1111/jsap.13067. ISSN 0022-4510. PMC 7003809. PMID 31584708.
  12. ^ a b Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P. (19 September 2016). Small Animal Dermatology (dalam bahasa Inggeris). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 978-0-323-37651-8.
  13. ^ a b c Ettinger, Stephen J.; Feldman, Edward C. (1995). Textbook of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). W.B. Saunders Company. ISBN 0-7216-6795-3.
  14. ^ Tellier L (2001). "Immune-mediated vasculitis in a shar-pei with swollen hock syndrome". Can Vet J (dalam bahasa Inggeris). 42 (2): 137–139. PMC 1476484. PMID 11272460.
  15. ^ Olsson, M.; Meadows, J. R. S.; Truvé, K.; Rosengren Pielberg, G.; Puppo, F.; Mauceli, E.; Quilez, J.; Tonomura, N.; Zanna, G.; Docampo, M. J.; Bassols, A.; Avery, A. C.; Karlsson, E. K.; Thomas, A.; Kastner, D. L.; Bongcam-Rudloff, E.; Webster, M. T.; Sanchez, A.; Hedhammar, A.; Remmers, E. F.; Andersson, L.; Ferrer, L.; Tintle, L.; Lindblad-Toh, K. (2011). Georges, Michel (penyunting). "A Novel Unstable Duplication Upstream of HAS2 Predisposes to a Breed-Defining Skin Phenotype and a Periodic Fever Syndrome in Chinese Shar Pei Dogs". PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). 7 (#3): e1001332. doi:10.1371/journal.pgen.1001332. PMC 3060080. PMID 21437276.
  16. ^ Gelatt, Kirk N. (ed.) (1999). Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Lippincott, Williams & Wilkins. ISBN 978-0-683-30076-5.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  17. ^ Grützner, Niels; Bishop, Micah A.; Suchodolski, Jan S.; Steiner, Jörg M. (1 Mac 2010). "Association Study of Cobalamin Deficiency in the Chinese Shar Pei". Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). 101 (2): 211–217. doi:10.1093/jhered/esp100. ISSN 0022-1503. PMID 19926684.
  18. ^ Bishop, Micah A.; Xenoulis, Panagiotis G.; Berghoff, Nora; Grützner, Niels; Suchodolski, Jan S.; Steiner, Jörg M. (1 Januari 2012). "Partial characterization of cobalamin deficiency in Chinese Shar Peis". The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 191 (1): 41–45. doi:10.1016/j.tvjl.2011.05.008. PMID 21652239.
  19. ^ Oberbauer, A. M.; Keller, G. G.; Famula, T. R. (24 Februari 2017). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). Public Library of Science (PLoS). 12 (2): e0172918. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203.
  20. ^ Gelatt, Kirk N.; MacKay, Edward O. (2004). "Prevalence of the breed‐related glaucomas in pure‐bred dogs in North America". Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). 7 (2): 97–111. doi:10.1111/j.1463-5224.2004.04006.x. ISSN 1463-5216.

Pautan luar sunting