Sharif Babu
Shariff Babu (1927 – 16 Mei 1985) merupakan seorang pelakon filem Melayu, yang paling dikenali Sinonim dengan watak Cetti di layar perak dalam trilogi Do Re Mi dan Anak Bapak bersama Tan Sri P. Ramlee.
Shariff Babu | |
---|---|
Kelahiran | Shariff bin Babu 1927 |
Meninggal dunia | 16 Mei 1985 (berumur 57–58) |
Sebab kematian | Komplikasi pelbagai jenis penyakit |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Taman Kota, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1965–1985 |
Terkenal kerana | Cetti |
Pasangan | Mak Enon |
Anak-anak | 3 |
Jika menonton filem Do Re Mi, antara adegan yang mencuit hati ialah, adegan Masdor dikejar peminta hutang, antaranya seorang cetti yang dilakonkan oleh seniman Shariff Babu, antara dialognya ialah ...itu pasai sekarang saya mari aci...ni berapa lama, pokok saya tarak tengok aci...bunga tarak nampak...itu akar sikit ada sangkut...ini akar pun putus aci...saya tulungkup (terlungkup). Nama sebenar beliau ialah Shariff bin Babu, dilahirkan di Sungai Pinang, Pulau Pinang pada tahun 1927. Beliau mendapat pendidikan sehingga darjah 5 di Sekolah Melayu Kampung Jawa, Pulau Pinang. Selepas meninggalkan alam persekolahan. Sharif terus dibawa ke dunia seni oleh keluarganya, beliau mendapat bimbingan bapa saudaranya, Pak Jab.
Kerjaya Sunting
Beliau banyak beraksi dalam filem-filem terbitan Merdeka Filem Studio yang turut membabitkan seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, antaranya Masam-masam Manis, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, 6 Jahanam dan Anak Bapak. Watak yang kerap dibawa oleh beliau ialah sebagai Ceti atau Samseng, Shariff Babu memang sinonim dengan watak-watak ini, malah kalau disebut 'ceti' maka wajah beliaulah yang menerpa difikiran. Diakhir penglibatan beliau dilayar perak, Shariff sempat berlakon bersama seniman Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad filem Kami pada tahun 1982, beliau membawakan watak Pak Du, lelaki budiman yang berbeza dengan watak yang lazimnya diberikan kepada beliau. Menerusi Filem Kami, Shariff Babu telah dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3, namun anugerah itu tidak dimenanginya.
Mungkin ramai yang tidak tahu, selain mewarnai layar perak dengan watak komedi, Shariff Babu juga merupakan seorang pemuzik, beliau merupakan seorang pemain gendang dan rebana dalam kumpulan muzik tradisional yang terkenal di Pulau Pinang, kumpulan Pak Jab Ronggeng yang juga merupakan bapa saudaranya. Selain daripada itu beliau juga pernah menyertai kumpulan muzik yang diketuai oleh pemuzik terkenal, Hamzah Dolmat. Penglibatan beliau dalam kumpulan muzik ini telah membawanya mengembara sambil membuat persembahan di luar negara, antaranya di London, Berlin, Manila, Sri Lanka, Indonesia dan Thailand. Bakat seni muzik yang mengalir dalam tubuhnya itu dikatakan diwarisi dari bapanya, Pak Babu yang terkenal di pentas bangsawan, selain pakar bermain rebana.
Satu fakta menarik tentang Shariff Babu ialah, beliau merupakan salah seorang bekas suami kepada seniwati terkenal, Mak Enon, mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 1952. Pada ketika itu, Shariff Babu baru berusia 25 tahun, sementara Mak Enon pada ketika itu telah pun berusia 41 tahun.[1] Rumahtangga mereka tidak kekal lama, mereka berpisah dan Shariff terus menduda, sementara Mak Enon telah menemui jodoh baru.
Pada 1982, Shariff bersara dari bidang lakonan.
Kematian Sunting
Shariff Babu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari khamis, 16 Mei 1985[2] di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat penyakit jantung, selain komplikasi beberapa penyakit lain seperti kencing manis, batuk kering dan darah tinggi ketika itu beliau berusia 58 tahun. Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kota, Allahyarham meninggalkan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1965 | Masam-Masam Manis | Peragut Beg |
1966 | Do Re Mi | Chetty Pemutang |
Nasib Do Re Mi | Ahli Komeng | |
1968 | Anak Bapak | Chetty Linggam Pemutang |
Ahmad Albab | Sarjan Polis | |
1969 | 6 Jahanam | Mumbala (Ahli Kumpulan Enam Jahanam) |
Keranda Jingga | Ahmad | |
1970 | Gelora | |
1971 | Pedang Sakti | |
1973 | Satu Penentuan | Ayah Murad |
Satria | ||
1975 | Si Buta | |
Pertiwi | ||
Jiwa Remaja | Majikan Hairi I | |
1978 | Gila-Gila | |
1979 | Tuan Badul | |
1980 | Detik 12 Malam | |
1981 | Langit Tidak Selalu Cerah | Si Luncai |
Si Luncai | Pembantu Demang | |
Setinggan | ||
1982 | Sikit Punya Gila | Bomoh |
Kami[3] | Pak Du | |
1984 | Pagar-Pagar Cinta |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1965 | Keluarga Si Tompel | TV1 | |
1969 | Cahaya Dari Ka'bah | ||
Korban Kerana Keturunan | |||
Debaran |