Sharifah Fatimah Syed Zubir

Sharifah Fatimah Syed Zubir merupakan pelukis wanita dan pensyarah di UiTM, Shah Alam, Selangor. Pameran solo dan berkumpulan telah diadakan di dalam dan luar negara.

Pendidikan sunting

Beliau berasal dari Alor Star, Kedah. Beliau bersekolah di Alor Star dan sambung belajar di Institut Teknologi MARA (1967) dan menerima Diploma Seni Lukis (1971) dan juga menerima hadiah Pelajar Terbaik Institut Teknologi Mara.

Seterusnya belajar di Reading University, England (1973-1976) dan Ijazah Sarjana Seni Lukis dari Pratt Institute, New York (1978).

Kerjaya sunting

Beliau adalah Pensyarah di Institu Teknologi Mara ; Kurator di Balai Seni Lukis Negara ; Artis sepenuh masa(1990) .

Pameran lukisan sunting

Beliau adalah pelukis tersohor Malaysia 1970-an. 16 kali pameran solo telah diadakan dan lebih seratus pameran berkumpulan, baik di dalam mahupun di luar negara.

Antara pameran lukisan yang pernah disertainya ialah di Alpha Gallery, Singapura (1972) ; "Rupa Malaysia -A Decade of Art" di Brunei Gallery (London) ; "Malaysian group Art Exhibition" di Cultural Foundation (Abu Dhabi) ; Ariane Essor "Ocean" di Palais des Nation (Geneva) ; "Light & Reflections" di Atrium Gallery (London) (1998-2000).


Lebih 60 hasil karya terjual. Antarany dibeli oleh Balai Seni Lukis Negara, Muzium Negeri Pulau Pinang, United Overseas Bank Singapura, Bank Bumiputra Kuala Lumpur, Museum of Modern Art of New York, National Gallery of Fine Art Jordan, Bank Negara Malaysia dan Museum of Contemporary Art Dubrovnik Crotia.

Anugerah sunting

Beliau menerima banyak hadiah dan pengiktirafan. Beliau telah dianugerahkan Merit Tertinggi Pertandingan Rekaan Batik , Balai Seni Lukis Negara (1968). Beliau penerima hadiah pelajar terbaik Institut Teknologi Mara (1971). Hadiah Universiti daripada Reading University (1976), Pratt Studio Scholar Award dari Pratt University (1977), Hadiah Utama Salon Malaysia (1979) dan Anugerah Young Contemporaries oleh Balai Seni Lukis (1981) dan Fellowship British Council (1987). [1]