Yang Amat Mulia Dato' Seri Hajah Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (diputerakan pada 5 Jun 1973) merupakan Tengku Puteri Mahkota Perlis. Beliau adalah anakanda bongsu dan puteri tunggal kepada DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Sharifah Fazira
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis
Tengku Puteri Mahkota Perlis
Tempoh12 Oktober 2000 – kini
KeputeraanSharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
(1973-06-05) 5 Jun 1973 (umur 50)
Hospital Besar Kangar, Kangar, Perlis, Malaysia
PasanganYABhg. Dato' Paduka Haji Mohammad Yaacob (k. 2000; m. 2024)
AnakandaYM Puteri Nurlin Syazwani
Nama penuh
Dato’ Seri Hajah Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
AyahandaTuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
BondaTengku Fauziah
AgamaSunni Islam

Kehidupan peribadi sunting

Sharifah Fazira telah melangsungkan perkahwinan dengan Yang Amat Berbahagia Dato' Paduka Haji Mohammad Yaacob bin Dato' Seri Azizul Hassan pada 19 Februari 2000. Pada 12 Oktober 2000, beliau telah dikurniakan gelaran kebesaran Tengku Puteri Mahkota Perlis oleh ayahandanya, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.[1]

Mereka dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Yang Mulia Puteri Nurlin Syazwani dilahirkan pada 10 Januari 2001.

Pada 26 Februari 2024 hari Isnin jam 7:26 pagi, suami beliau YABhg. Dato’ Paduka Haji Mohammad Yaacob bin Dato’ Seri Azizul Hassan telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis akibat komplikasi buah pinggang. Jenazah dimandikan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar. Jenazah suaminya ditempatkan di perpustakaan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail untuk diziarahi hingga solat zohor. Solat jenazah dilakukan sejurus selepas selesai solat zohor. Jenazah suami beliau kemudian dikebumikan di Makam DiRaja, Arau.[2]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang sunting

Gelaran hormat bagi
Sharifah Fazira
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku

Terasul dan gelaran sunting

  • 5 Jun 1973 - 12 Oktober 2000: Yang Amat Mulia Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
  • 12 Oktober 2000 – 17 Mei 2002: Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
  • 17 Mei 2002 – kini: Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Dato' Seri Hajah Sharifah Fazira binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Kurniaan sunting

Negeri Perlis
  •   Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP, 17.5.2002) - Dato' Seri[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Syed Sirajuddin Putra Jamalullail" (PDF). Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM.
  2. ^ "Menantu lelaki Raja Perlis meninggal dunia". Harian Metro. 27 Februari 2024.
  3. ^ "Istana Perlis". Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Pautan luar sunting