Sharifah Khatreena Nuraniah

Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (diputerakan pada (1995-02-10)10 Februari 1995 di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan anakanda pertama dan puteri sulung kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sharifah Khatreena Nuraniah
Yang Amat Mulia
KeputeraanSharifah Khatreena Nuraniah binti Syed Faizuddin Putra Jamalullail
(1995-02-10) 10 Februari 1995 (umur 29)
Hospital Pantai Kuala Lumpur, Malaysia
Nama penuh
Sharifah Khatreena Nuraniah binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
KerabatIstana Arau, Perlis
AyahandaTuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
BondaTuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil
AgamaIslam

Pendidikan sunting

Yang Amat Mulia menerima pendidikan di INTER-COMMUNITY SCHOOL (ICS) OF ZURICH ketika menetap di Zumikon, Switzerland. Ayahandanya pernah bertugas sebagai Pengurus Kawasan di Switzerland, Austria dan negara-negara Eropah Tengah ketika berkhidmat dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Beliau menerima dwi Ijazah Sarjana Muda Sastera (dalam Jurusan Politik dan Perhubungan Antarabangsa) dari Universiti Melbourne di Australia.[1]

Kehidupan peribadi sunting

Yang Amat Mulia mempunyai seorang adinda perempuan, Sharifah Farah Adriana, yang diputerakan pada 4 Mac 2001 dan seorang adinda lelaki, Syed Sirajuddin Areeb Putra, yang diputerakan pada 12 April 2009.

Kerjaya sunting

Yang Amat Mulia mempunyai rangkaian perniagaan fesyen jenama Khatreena yang menjurus kepada seni rekaan busana dan tudung wanita. Jenama rangkaian fesyen Khatreena miliknya sering terlibat dalam acara fesyen tahunan Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap bulan Ogos di Kuala Lumpur,Malaysia.[2] Acara pertunjukkan fesyen ini ialah satu siri acara musim panas (umumnya berlangsung selama lima hari) di mana koleksi rangkaian fesyen tempatan dan antarabangsa akan dipertontonkan kepada pembeli, pengamal media dan akhbar serta masyarakat umum.[3]

Terasul dan gelaran sunting

Gelaran hormat bagi
Sharifah Khatreena Nuraniah
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku
  • 10 Februari 1995 – 1 Ogos 2000: Yang Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah binti Syed Faizuddin Putra Jamalullail
  • 1 Ogos 2000 - kini: Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Rujukan sunting

Lihat juga sunting