Sharifah Nadia Yusnita Abd Hanif (lahir 1980 di Taiping, Perak, Malaysia) ialah seorang bekas pelakon dan model wanita Malaysia yang terkenal menerusi lakonan di TV dan filem.[1][2]

Sharifah Nadia
Kelahiran
Sharifah Nadia Yusnita binti Abdul Kadir

1980 (umur 43–44)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2001–2019
PasanganLob Mahadir Abdul Shukur (k. 2005–2011)
Anak-anak3

Kerjaya sunting

Sharifah Nadia pernah membintangi beberapa drama termasuk Ekspedisi, Apabila Hujan di Pagi Hari dan 3+3. Beliau mendapat kejayaan meluas menerusi watak lakonannya sebagai Maya 70-an dalam filem Diari Romeo (2003) yang dibintangi oleh Achik Spin (Allahyarham).[3] Beliau juga pernah berlakon dalam drama Mahligai Gading sebelum menyepi bagi menumpukan perhatian kepada keluarganya.

Bagaimanapun, pada tahun 2012, beliau membuat kemunculan semula menerusi beberapa drama termasuk Kau Yang Terindah dan Dejavu di Kinabalu yang kedua-duanya disiarkan di TV3, namun beliau kembali menyepi sebelum membintangi filem Bella & Jamie arahan Liyana Jasmay yang mana penggambaran dibuat pada 2015 dan ditayangkan pada 2019.

Kehidupan peribadi sunting

Sharifah Nadia dibesarkan di Larut Tin, Taiping, Perak, iaitu kampung neneknya.[4] Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan, Lob Mahadir Abdul Shukur pada 2 September 2005[5] dan dikurniakan 3 anak – Lob Ahmad Dani, Puteri Anis Khairah, dan Lob Umar Faiq. Pasangan ini bercerai pada September 2011.[6]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Diari Romeo Maya 70'an Filem pertama
2019 Bella & Jamie Maryam

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Apabila Hujan di Pagi Hari TV1
2002 Ekspedisi
2004–2005 Mahligai Gading Zulaika TV2
2012 Kau Yang Terindah Zetty TV3
Terlanjur Cinta Azura
Dejavu di Kinabalu Yuzra

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Hidupku, Solatku, Matiku Hana Astro Oasis

Rujukan sunting

  1. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (28 Januari 2005). "Tawaran berlakon umpama mimpi". Harian Metro. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  2. ^ Meor Shariman (9 Julai 2002). "Sharifah Nadia's big break". The Malay Mail. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid (7 September 2003). "Diari Romeo ubah persepsi Nadia". Berita Minggu. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  4. ^ Nor Akmar Samudin (9 Mei 2004). "Nadia selesa suasana desa". Metro Ahad. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  5. ^ Khadijah Ibrahim (2 September 2005). "Pelakon Mahligai Gading nikah hari ini". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2005. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  6. ^ Mohd Al Qayum Azizi (22 Mei 2013). "Berita Pukul Suami Beri Kesan Pada Sharifah Nadia". mStar Online. Dicapai pada 3 Januari 2015.

Pautan luar sunting