Shariff Medan

Shariff Medan dilahirkan di Medan, Indonesia pada tahun 1919. Shariff Medan dilahirkan dalam keluarga yang amat kuat menentang penjajahan Belanda

Shariff Medan
Kelahiran
Muhammad Shariff bin Muhammad Ismail

1919
Meninggal dunia4 Ogos 1997
Tahun aktif1940-an

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Shariff masuk ke Singapura bersama toboggan, Grand Jubilee Opera. Ketika itu wayang gambar atau filem mula mengambil tempat sebagai wahana hiburan baharu dalam masyarakat Melayu.

Pada tahun 1932 beliau mengambil tempat untuk filem Semarang diterbitkan di Singapura yang diarahkan oleh Pathe. Selain itu beliau juga pernah berlakon untuk filem melayu pertama Laila Majnun terbitan tahun 1934 yang diarahkan oleh B. S. Rajhans. Selepas era Pendudukan Jepun, Pada tahun 1953, Shariff Medan memulakan kegiatan beliau dalam bidang perfileman. Beliau berlakon dalam filem Buluh Perindu yang diarahkan oleh B. S. Rajhans. Pelakon utama filem tersebut ialah Bakaruddin yang berasal dari Medan dan Rosini yang dilahirkan di Pulau Pinang. Tahun berikutnya 1954, seniman ini menyertai Cathay - Keris Film sebagai penulis skrip yang prolifik dan penolong pengarah sehingga syarikat perfilem ini di tutup pada tahun 1973. Di era 70-an, beliau beralih arah kepada karya untuk rancangan TV berwarna dan radio.

FilemografiSunting

KematianSunting

Beliau meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 4 Ogos 1997 pada usia 78 tahun. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Singapura

Pautan luarSunting