Abon (pelawak)

Pelawak dan pelakon Malaysia
(Dilencongkan dari Sharizan Ahmad)

Sharizan "Abon" Ahmad (lahir 8 Ogos 1960) merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Beliau ialah antara seorang pelawak paling malar hija di Malaysia. Mula berlawak sejak era 80an dan hingga kini beliau masih lagi laris muncul dalam banyak produksi terutama filem dan drama tempatan. Abon juga sangat digemari apabila sering muncul sebagai penghibur stand-up di majlis-majlis anugerah dan konsert hiburan. Beliau sering memainkan watak lelaki Jawa dalam persembahannya.

Abon
Kelahiran
Sharizan bin Ahmad

(1960-08-08) 8 Ogos 1960 (umur 60)
PekerjaanPelawak, pelakon
Tahun aktif1990–kini
Terkenal keranakumpulan Osbon sebagai Maharaja Lawak Mega 2011

Beliau dan Mr. Os membentuk kumpulan Osbon telah menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011.

IkonSunting

Kemunculan beliau dalam video muzik lagu 'Terhangat Di Pasaran' arahan Yusry Abdul Halim pada tahun 2005 membuatkan beliau kembali popular dan sering dirujuk menerusi gaya lucunya dalam video muzik persembahan kumpulan KRU bersama Adam AF2 itu.

Johan Maharaja Lawak MegaSunting

Kumpulan Osbon (Mohd Yusof Abdul Hamid, 50 tahun, dan Sharizan Ahmad , 51 tahun ) memikat orang ramai dan juri dan berkesudahan menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam ,Selangor . Maharaja Lawak Mega disiarkan secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dari Royal Theater Selangor. Siaran ini berlangsung dari 30 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011. Mereka dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Pesaing sengit mereka , Boboi gandingan (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi . Ketiga ialah kumpulan Saehu daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Juri tetap ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Zainal Abidin Hassan. AC Mizal menjadi pengacara tetap.[1][2]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1990 Riang Tirana Filem pertama
2001 No Problem Wak Jono
2006 Cicak-Man Pengawal Keselamatan 1 Penampilan kameo
2007 Cinta Yang Satu
Budak Lapok Wak Mustardjo Suara
2009 Momok The Movie Kadir
2011 Toyol Nakal Tuan Haji Ali
2012 Chantek
Baik Giler Ayah Afiq
2013 Oh Mak Kau Pak Maun
Tokak Mamat
2018 Awang Gerudi Pak Mahmud

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Gerak Khas (Musim 13) TV2 Pelakon undangan

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Momok Kadir VCD

Anugerah dan pencapaianSunting

  • (Pencalonan) - Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) 1998/99.

RujukanSunting

  1. ^ Osbon Juara Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000 mStar Online (21 Disember 2011). Diperoleh pada 28 Mei 2012.
  2. ^ MLM: Osbon Pesaing Sengit Boboi mStar Online (10 Disember 2011). Diperoleh pada 28 Mei 2012.

Pautan luarSunting