Shahrizat Abdul Jalil

Ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Sharizat binti Abdul Jalil)

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (lahir 15 Ogos 1953) ialah bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau memegang jawatan Ketua Wanita setelah mengalahkan pencabarnya yang juga merupakan penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz semasa Perhimpunan Agung UMNO 2009.


Shahrizat binti Abdul Jalil

PSM; SSAP (Pah); DGPN (PP); SPDK (Sab); DIMP (Pah)
Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita kepada
Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
1 September 2013 – 18 Mei 2018
Perdana MenteriMohd Najib bin Abdul Razak
Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Dalam jawatan
2009–2018
Didahului olehRafidah Aziz
Digantikan olehNoraini Ahmad
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
Dalam jawatan
April 2009 – April 2012
Didahului olehNg Yen Yen
Digantikan olehRohani Abdul Karim
Mohd Najib bin Abdul Razak (pemangku)
Dalam jawatan
17 Januari 2001 – 8 Mac 2008
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehDatuk Dr Ng Yen Yen
Setiausaha Parlimen
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
1995–1999
MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
TimbalanLoke Yuen Yow
Didahului olehIsmail @ Mansor Said
Digantikan olehVigneswaran Sanasee
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan
Dalam jawatan
1995 – 8 Mac 2008
Digantikan olehNurul Izzah Anwar
Didahului olehMohamed Kamal bin Hussain
Butiran peribadi
LahirSharizat @ Shahrizat binti Abdul Jalil
(1953-08-15) 15 Ogos 1953 (umur 70)
Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganMohamad Salleh Ismail
ProfesionPeguam

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil merupakan orang kuat dalam menangani isu-isu berkaitan wanita dan institusi kekeluargaan.

Menurut beliau, banyak pengorbanan perlu dilakukan dari segi masa dan tenaga untuk memastikan ahli politik wanita tidak dipandang sebelah mata dan diperlekehkan. Bagi membina kekuatan itu, ramuan yang paling penting adalah memperlengkapkan diri dengan ilmu di samping kekuatan mental dan fizikal.

Maka dengan kekuatan itu, apa jua pandangan dan soalan yang dikemukakan kepadanya berhubung isu-isu wanita dan keluarga dapat dijawab dan ditangani sebaik mungkin. [1]

Kehidupan awal sunting

Tan Sri Shahrizat binti Abdul Jalil dilahirkan di Pulau Pinang pada 15 Ogos 1953. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Jalan Northam dan Madrasah Tarbiah Islamiah, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan menengah rendah di Sekolah Perempuan St. George, Pulau Pinang dan kemudian ke Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976. Setelah berkhidmat selama tiga tahun sebagai Majistret, Y.B. Dato' Seri dilantik sebagai Penolong Peguamcara Perbendaharaan dan telah meletakkan jawatan daripada Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Malaysia pada tahun 1980 dan menjadi rakan kongsi selama 16 tahun dengan Soo Thein Ming & Shahrizat. Beliau memulakan perkhidmatan Peguambela dan Peguamcara di Tetuan Shahrizat & Tan pada 1 Julai 1983.[2]

Tan Sri telah mendirikan rumahtangga dengan Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.

Penglibatan di dalam korporat sunting

Shahrizat mula melibatkan diri dalam dunia korporat pada tahun 1986 dengan dilantik sebagai Pengarah mewakili Permodalan Nasional Berhad di beberapa buah syarikat seperti di Island and Peninsular Berhad, Austral Enterprise Berhad, UMW Toyota Sdn. Bhd., TIDI SEA Park Development Sdn Bhd., Shangri-La Hotel Sdn. Bhd. dan UBN Holding Sdn Bhd. Beliau telah menempa sejarah apabila menjadi wanita pertama di Malaysia dilantik sebagai Pengerusi di dua buah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) iaitu di Island and Peninsular Berhad dan Austral Enterprise Berhad.

Penglibatan di dalam politik sunting

Ketua Wanita UMNO Cawangan, Bahagian dan Biro sunting

Penglibatan Shahrizat dalam arena politik pada tahun 1982 apabila beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Kepong Baru. Bermula tahun 1987, beliau telah menjawat beberapa jawatan di dalam biro-biro Wanita UMNO seperti Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang, Biro Ekonomi dan Biro Hal Ehwal Wanita UMNO Malaysia. Pada tahun 1989 beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dan dipilih sebagai Ahli Exco Wanita UMNO Malaysia.

Menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet sunting

 
Mengiringi calon PRK Hulu Selangor 2010, P. Kamalanathan bersama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Noh Omar dan perwakilan dari Barisan Nasional, Ahmad Maslan

Pada pilihan raya umum 1995, YB. Tan Sri telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai. Dengan kemenangan ini, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pada pilihan raya umum 1999, Shahrizat telah berjaya mempertahankan Kerusi Parlimen Lembah Pantai. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Shahrizat telah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi pada tahun 1996 hingga 1999. Pada tahun 2000, beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua, Wanita UMNO Malaysia. Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, beliau juga dipilih sebagai pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia pada Disember 1999 selama dua tahun dan juga sebagai Pengerusi CPA South East Asia Region.

Pada tahun 2004, Shahrizat telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau juga aktif di dalam beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Pengerusi (1) PENIAGAWATI dan menjadi Presiden Pertama Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM). Beliau juga dipilih sebagai Anggota Ahli Dewan (Counsillor) dalam Council of The Asia-Australia Institute.

Pada 27 April 2018 ,Shahrizat telah mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).Keputusan itu bagi membolehkan beliau dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengemudi jentera Wanita di seluruh negara.

Pilihan raya sunting

Ahli Parlimen Lembah Pantai sunting

Walaupun Shahrizat menjadi ahli UMNO Bahagian Kepong, tetapi beliau dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa pilihan raya 1995. Shahrizat menang tiga penggal dalam pilihan raya di kawasan parlimen Lembah Pantai sejak 1995. Pada 1995, beliau mengalahkan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas dari parti Semangat46 dengan majoriti 13,361 undi. [3] Pilihan raya 1999, menyaksikan beliau menumbangkan calon Parti Keadilan Nasional, Zainur Zakaria dengan majoriti 1,417 undi. Tahun 2004 menang besar , beliau menumbangkan bekas Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr. Sanusi Osman yang bertanding atas tiket Keadilan dengan majoriti 15,288 undi .[4]

Tewas kepada Nurul Izzah pada PRU12 sunting

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, Shahrizat Abdul Aziz yang bertanding untuk Parlimen Lembah Pantai telah ditewaskan oleh lawannya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 2,895 undi. Beliau hanya mendapat 18,833 undi berbanding Nurul Izzah 21,728 undi. Namun begitu, beliau masih lagi menjadi penasihat kepada kementerian walaupun kementerian tersebut dikendalikan oleh YB Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Selepas Dato' Seri Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 menggantikan Tun Abdullah, beliau terus diberi kepercayaan menggantikan Datuk Dr. Ng Yen Yen kembali menerajui Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga sehinggalah tamat penggal kedua beliau menjadi Senator pada April 2012. Selepas itu kementerian tersebut dipangku oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib.[5]

Kontroversi sunting

Pusat Fidlot Nasional sunting

Pada 8 November 2011, Rafizi Ramli telah menuduh keluarga Shahrizat melakukan penyalahgunaan dana pinjaman kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd.[6]Pada 10 November 2011, Zuraida Kamaruddin mendesak Shahrizat agar meletak jawatan dan parti ekoran projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR berkata pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 jelas menunjukkan NFC menerima pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5,000 ekar. Ribuan petani dan penternak tidak dapat pinjaman mudah sebegitu. [7]Ini mengakibatkan beliau mengemukakan saman fitnah pada 2 Januari 2012 sebanyak RM100 juta terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin berhubung isu tersebut. Selain itu,

Shahrizat memohon perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat sebarang kenyataan bertulis atau lisan terhadap dirinya atau lain-lain perkara yang melibatkan NFC mahupun syarikat-syarikat bersekutunya. Sehingga ini saman malu Shahrizat kepada kedua belah pihak yang memfitnah beliau belum lagi diputuskan oleh pihak mahkamah.[8][9]

Pada Jun 2012, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak sebarang kaitan diantara Shahrizat dan kes salah laku berkenaaan dengan isu NFC. Pengerusi SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata bahawa panel membuat keputusan itu selepas mengkaji laporan siasatan dari Pejabat Peguam Negara, dan menutup kes terhadap mantan Menteri Pembangunan, Keluarga dan Masyarakat, sejurus itu membersihkan nama beliau dari sebarang tuduhan.

Pada November 2015, suami kepada Shahrizat, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, didapati tidak bersalah dari dua tuduhan jenayah pecah amanah. Pejabat Peguam Negara menarik balik tuduhan terhadapnya kerana didapati tiada bukti kukuh untuk membabitkan beliau atas tuduhan jenayah tersebut.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[10][11][12][13]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkag Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 P.109 Lembah Pantai Shahrizat Abdul Jalil (UMNO) 23,447 68.99% Hj Mohd Salleh Abas (S46) 10,058 29.60% 33,984 13,389 65.22%
1999 Shahrizat Abdul Jalil (UMNO) 18,726 51.65% Zainur Zakaria (PKR) 17,272 47.64% 36,256 1,454 68.91%
2004 P.121 Lembah Pantai Shahrizat Abdul Jalil (UMNO) 26,474 69.75% Sanusi Osman (PKR) 11,186 29.47% 37,958 15,288 67.11%
2008 Shahrizat Abdul Jalil (UMNO) 18,833 45.61% Nurul Izzah Anwar (PKR) 21,728 52.62% 41,289 2,895 72.88%
Periasamy Nagarathnam (IND) 489 1.18%

Rujukan sunting

  1. ^ Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
  2. ^ New dimension to urban voting, The Star, March 2, 2008.
  3. ^ "Shahrizat sokong Nong Chik calon BN Lembah Pantai", Utusan Online, 22 Oktober 2012.
  4. ^ "Tidak kisah lawan Nurul", Utusan Online, 20 Februari 2008.
  5. ^ "Najib pangku jawatan menteri wanita", Malaysiakini.com, 7 April 2010
  6. ^ "Pendedahan Skandal NFC: Ada Unsur-unsur Penyelewengan Wang Rakyat", Rafiziramli.com, 8 November 2011.
  7. ^ "Skandal NFC: Wanita PKR gesa Shahrizat letak jawatan", The Malaysian Insider, 10 November 2011.
  8. ^ "Isu NFC: Shahrizat saman Zuraida, Rafizi RM100 juta", Malaysiakini.com, 2 Januari 2012.
  9. ^ "Shahrizat fail saman RM100j", Utusan Online. 2 Januari 2012.
  10. ^ "13th Malaysian General Election". The Star. Dicapai pada 3 January 2010.
  11. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 6 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
  12. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen 2013". SPR. Dicapai pada 6 May 2013.[pautan mati kekal]
  13. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.


Penyandang Terdahulu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
2001 – Mac 2008
Penyandang Kemudian
-tiada-
Ng Yen Yen
Penyandang Terdahulu Ketua Pergerakan Wanita UMNO
2009 – 2018
Penyandang Kemudian
Rafidah Aziz
Noraini Ahmad