Sharul Nazeem bin Zulpakar (lahir 16 November 1999) ialah seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Selangor dalam Liga Super Malaysia sebagai bek tengah.

Sharul Nazeem
Maklumat peribadi
Nama penuh Sharul Nazeem bin Zulpakar
Tarikh lahir (1999-11-16) 16 November 1999 (umur 24)
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Selangor
Nombor 44
Kerjaya remaja
2017–2018 Marcerra United
2018–2019 Selangor III
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2020 Selangor II 11 (0)
2021– Selangor 19 (1)
Pasukan kebangsaan
2017–2018 Malaysia U19 0 (0)
2018– Malaysia U23 0 (0)
2022– Malaysia 0 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada November 23, 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga January 09, 2021

Kerjaya kelab sunting

Tahun-tahun awal sunting

Sharul dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Gombak, Selangor. Beliau mengambil langkah pertama dalam bola sepak dengan mewakili kelab tempatan dalam liga divisyen tiga (Liga FAM), Marcerra United pada 2017. Pada tahun berikutnya, beliau menyertai pasukan remaja Selangor, dan kemudian dinaikkan pangkat ke Selangor II, di mana beliau berjaya bermain dalam pasukan pertama sebagai kapten, dan bermain semua perlawanan pada musim Liga Premier 2020, dengan membantu pasukan itu mencapai tempat ketujuh dalam liga.[1]

Selangor sunting

Sharul adalah sebahagian daripada pasukan senior selepas dipanggil oleh ketua jurulatih pasukan Selangor II, Michael Feichtenbeiner, untuk mewakili kejohanan Piala Malaysia 2020.[2][3] Pada 2 Disember 2020, Selangor mengesahkan Sharul akan dinaikkan pangkat secara pasti ke pasukan utama senior dalam musim 2021.[4] Beliau membuat penampilan sulung kelab itu pada 6 April 2021, bermain penuh 90 minit, tetapi dengan kekalahan 1–2 menentang Kedah Darul Aman dalam perlawanan Liga Super.[5] Pada 3 Ogos 2021, Shahrul menjaringkan gol pertamanya bagi kelab menentang UiTM dalam kemenangan 2–0 pada perlawanan Liga Super.[6]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pasukan belia sunting

Sharul telah mewakili peringkat remaja Malaysia daripada pasukan bawah 19 tahun hingga pasukan bawah 23 tahun. Walau bagaimanapun, beliau tidak pernah membuat sebarang penampilan pada masa itu.[7][8]

Senior sunting

Pada Oktober 2021, Sharul menerima panggilan pertamanya bagi pasukan senior selepas prestasi mengagumkannya bersama Selangor, Beliau pernah dipanggil sebelum perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan tetapi menarik diri kerana kecederaan hamstring. Pada 10 Mac 2022, beliau menerima satu lagi panggilan penampilan pasukan senior daripada ketua jurulatih baharu Kim Pan Gon menjelang perlawanan persahabatan menentang Filipina dan Singapura.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 12 September 2021
Penampilan dan gol mengikut kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Kontinental[c] Jumlah
Bahagian Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol
Selangor II 2020 Liga Premier Malaysia 11 0 0 0 11 0
Jumlah 11 0 0 0 0 0 0 0 11 0
Selangor 2020 Liga Super Malaysia 0 0 0 0 0 0 0 0
2021 Liga Super Malaysia 14 1 0 0 0 0 14 1
Jumlah 14 1 0 0 0 0 0 0 14 1
Jumlah kerjaya 25 1 0 0 0 0 0 0 25 1

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "KNOW ME BETTER: Sharul Nazeem Zulpakar". Selangor FC. 29 April 2021. Dicapai pada 29 April 2021.
  2. ^ Suhaimi, Muhammad Ardie Putra (3 November 2020). "Shahrul Nazeem sedia beri impak". Kosmo. Dicapai pada 3 November 2020.
  3. ^ Zainal, Zulhilmi (21 October 2020). "Selangor promote five more young players to first team for Malaysia Cup campaign". Goal. Dicapai pada 21 October 2020.
  4. ^ Hashim, Firdaus (2 December 2020). "'Ubi muda' Selangor II naik pangkat". MyMetro. Dicapai pada 2 December 2020.
  5. ^ "Selangor vs Kedah Darul Aman". Soccerway. 6 April 2021. Dicapai pada 7 April 2021.
  6. ^ Mohamad, Nur Hadi (3 August 2021). "Liga Super: Jaringan Afro Bantu Selangor 'Sembelih' UiTM". Semuanyabola. Dicapai pada 3 August 2021.
  7. ^ "SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN BERMULA 25 SEPTEMBER 2018". FAM. 19 September 2018. Dicapai pada 19 September 2018.
  8. ^ "SENARAI 30 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-21 KEBANGSAAN MENJELANG PIALA NEWSPAPER B-21 2018 DI VIETNAM". FAM. 15 November 2018. Dicapai pada 15 November 2018.

Pautan luar sunting

Biodata Sharul Nazeem di Soccerway