Shaun Chen

Pelakon lelaki Malaysia

Shaun Chen (Cina tradisional: 陳泓宇pinyin: Chén Hóngyǔ, dilahirkan dengan nama Tey Kim Soon pada 3 November 1978) ialah seorang pelakon Malaysia yang kini berpangkalan di Singapura. Chen terkenal kerana berlakon dalam siri drama yang panjang Holland V dan kerana memegang watak penjahat dalam beberapa siri drama.

Shaun Chen
Fail:Shaun Chen.jpg
Nama Cina陳泓宇 (Tradisional)
Nama Cina陈泓宇 (Ringkas)
PinyinChén Hóngyǔ (Mandarin)
KeturunanGuangdong, China(Hakka)
Lahir (1978-11-03) 3 November 1978 (umur 45)
Malaysia Seremban, Malaysia
Nama lainTey Kim Soon
PekerjaanPelakon, peragawan
Tahun aktif2003 - kini
PasanganMichelle Chia (2009 - 2011)

Karier sunting

Sebelum berpindah ke Singapura, Chen adalah bekas peraih kacamata dan peragawan di Malaysia dan wajahnya pernah menghiasi papan iklan Maxis, pengendali telekom terbesar di Malaysia.[1] Sokongannya termasuklah Silky For Men

Chen menyertai Mediacorp pada tahun 2002 tempat dia menjalani penggambaran tiga buah drama bersiri sebelum meninggalkannya untuk menyertai MediaWorks pada awal 2004. Pada pertengahan 2005, apabila dua syarikat itu bergabung, Chen kembali ke pangkuan Mediacorp sebagai artis sepenuh masa lalu menikmati kejayaan yang sederhana. Pada awal kariernya Chen dikenali kerana memegang watak penjahat dan menerima pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki terbaik dalam Anugerah Bintang 2006 kerana peranannya dalam C.I.D..[2]

Chen kemudian dicalonkan untuk anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan berpeluang untuk Artis Lelaki 10 Teratas Paling Popular dalam Anugerah Bintang 2011. Malangnya dia tidak memenangi sebarang anugerah.[3]

Pada tahun 2011, Chen membintangi drama bersiri berating tertinggi Love Thy Neighbour bersama-sama pelakon veteran Hong Kong Ha Yu dan Felicia Chin.

Kehidupan peribadi sunting

Chen mengahwini teman wanitanya selepas bersama selama enam tahun, rakan artis MediaCorp Michelle Chia pada Mei 2009.[4] Perkahwinan mereka disiarkan secara langsung dalam tv MediaCorp Channel 8 dan juruacaranya ialah Guo Liang, Lee Teng dan Pornsak. Pelakon dan rakan baik Malaysia yang sama-sama berpangkalan tempatan Zzen Zhang dan Zhang Yaodong menjadi pengapit pengantin.

Pasangan itu mengesahkan perceraian mereka pada 27 April 2011 tetapi berkeras mengatakan bahawa mereka masih kekal berkawan.[5][6]

Filmografi sunting

Tahun Karya Watak Catatan
2002 Kids United
2003 True Heroes 真心英雄 Zhang Hanliang 张汉良
Holland V 荷兰村 Yu Hongzhi
Always On My Mind 无炎的爱
2004 To Mum With Love 非一般妈妈
Power of Love 甜蜜风暴
Changing Lanes
Zero 零楼
2005 Heartlanders IV James Channel 5 production
Yummy Yummy 吴世龙 Singapore-Hong Kong co-production
Love Concierge 爱的掌门人
2006 C.I.D 刑警2人组 Lin Chenghui 林成辉 Nominated - Best Supporting Actor Star Awards 2006
The Beginning 原点 Fang Yucheng 方宇诚 Malaysia-Singapore Co-production
Let It Shine 萤火虫的梦 Ma Zikang 马子康
2007 Making Miracles 奇迹 Kelvin
Switched! 幸运星 Qin Shixuan 秦世轩
Men in White
Fallen Angel 天使的烙印 Ye Ziyang Co-production
Live Again 天堂鸟 Du Xiangyi 天堂鸟
2008 The Truth 谜图 Alex Su
La Femme 绝对佳人
Crime Busters x 2 叮当神探 Jiang Zaixi 姜在熙
2009 The Dream Catchers 未来不是梦 Jiang Chengfeng 江乘风
Your Hand in Mine 想握你的手 Li Liqin 李立勤 180 episodes
Nominated - Best Actor, Star Awards 2011
2010 Happy Family 过好年 Chen Haojie
Unriddle 最火搭档 Luo Zhongxiao
2011 The Seeds of Life 漁米人家 Luo Shicong 罗世聪 Malaysia-Singapore Co-production
Love Thy Neighbour 四个门牌一个梦 Ye Meng
Kampong Ties 甘榜情 Wang Lihai Malaysian production
2012 Game Plan 千方百计 Zeng Junwei 曾骏纬 Wawa Pictures production
Beyond X元素 Qiu Hanxiang 丘汉祥
Justice in the City 庭外和解 Qiu Jianzhi 邱健志 Malaysia-Singapore Co-production[7]
Love, Now 《真愛趁現在》 Yan Kai 嚴凱 SETTV production
2013 The Dream-Makers 志在四方 Du Zhan Peng 杜展鹏 Nominated - Best Supporting Actor, Star Awards 20
2014 Blessings 祖先保佑 [8] Lian Wending 连文鼎
The Journey: Tumultuous Times 信。约:动荡的年代 Hu Jia 胡佳 Anniversary drama
2019 Fly By Night

Rujukan sunting

  1. ^ "It's now or never". Today Online. 9 October 2012.
  2. ^ "Star Awards 2006, Best Supporting Actor nomination list". Wikipedia. Dicapai pada 2012-02-14.
  3. ^ "The Official Star Awards 红星大奖 2011 Nominations List is Here!". Bagua TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-01. Dicapai pada 2012-02-14.
  4. ^ "MediaCorp artistes Shaun Chen, Michelle Chia marry". Channel NewsAsia. Dicapai pada 2010-12-27.
  5. ^ "Michelle Chia and Shaun Chen announce divorce". Channel NewsAsia. Dicapai pada 2011-04-28.
  6. ^ "Shaun Chen grapples with sorrow, six-pack abs and a new start". Channel News Asia. 26 September 2011.
  7. ^ "陳泓宇大馬跳溝渠吞死魚" (dalam bahasa Chinese). China Press. 15 December 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Shaun Chen awaits true love". xinmsn Entertainment. 21 March 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-07. Dicapai pada 2014-08-09.

Pautan luar sunting