Buka menu utama
Rencana ini ialah mengenai studio wayang Hong Kong. Untuk syarikat pawagam Singapura, sila lihat Pertubuhan Shaw. Untuk kumpulan muzik, sila lihat The Shaw Brothers.

Shaw Brothers Studio (Bahasa Cina: 邵氏片場), dimiliki oleh Shaw Brothers (HK) Ltd. SEHK: 0080, adalah perintis dan syarikat wayang terbesar Hong Kong[1].

Shaw Brothers (HK) Ltd.
Syarikat awam
IndustriPenerbitan filem
Ditubuhkan27 Disember 1958
Dibubarkan28 November 2011
Ibu pejabatHong Kong
Macau
Kuching, Sarawak (Malaysia)
Perancang utama
Runme Shaw
Run Run Shaw
Vee Meng Shaw
KeluaranFilem
Laman sesawangwww.shawbrothers.hk
Studio Shaw Brothers

Dari pusat pengedaran mereka di Singapura di mana mereka menubuhkan syarikat induk Pertubuhan Shaw pada 1925, dan sebagai pembangunan strategik perniagaan pengedaran wayang mereka di Asia Tenggara, Sir Run Run Shaw (邵逸夫) dan abang lelaki ketiganya Runme Shaw (邵仁枚) menubuhkan South Sea Film (南洋影片) pada 1930. Ia kemudian dinamakan semula sebagai Shaw Brothers Studio. Studio ini mengeluarkan wayang pertama Hong Kong dengan bunyi 《白金龍》(yang diterjemahkan sebagai "naga platinum", atau salah satu istilah slanga untuk sebatang pistol) pada 1934.

Syarikat ini juga kerap dibandingkan dengan Warner Bros. hingga mendapat jolokan "Warner Bros. Asia". Malah logo mereka juga dipatenkan dari logo Warner Bros..[2]

WarisanSunting

PengarahSunting

 
Runje Shaw, Ketua Shaw Brothers dikenali melalui filem Empayar

Studio Shaw Brothers terkenal bagi pengarahnya King Hu, Lau Kar-leung dan Chang Cheh. King Hu merupakan pengarah awal yang paling dikenali bagi filemnya Come Drink with Me, filem seni bela diri yang berbeza dari filem Chang Cheh dari segi ia menonjolkan protagonist wanita dan mengenai percintaan dalam dunia seni bela diri, berbanding aksi pantas dan kisah persaudaraan kepahlawanan yang dipopularkan oleh Chang Cheh. Chang Cheh, yang lebih gemarkan komponen tersebut, akan terus menjadi pengarah Studio Shaw Studios paling dikenali dengan filem seperti Five Deadly Venoms, Brave Archer (berasaskan karya Jin Yong), The One Armed Swordsman, dan klasik lain dari Wuxia dan filem Wushu. Hampir sama juga terkenal adalah penyelaras "choreographer" pertarungan menjadi pengarah Lau Kar-leung, yang kan menghasilkan filem kung fu yang diakui seperti The 36th Chamber of Shaolin dan Eight-Diagram Pole Fighter.

PelakonSunting

Shaw Brothers merupakan studio yang dimodel menurut sistem Hollywood klasik dengan beratus-ratus pelakon menandatangani kontrak eklusif. Ketika studio lain mengilir sejumlah besar pelakon berlakon, Shaw Brothers menempatkan kumpalan pelakon tertentu untuk berlakon secara eklusif denganpengarah tertentu. Kumpulan ini sejak 1978 menghasilkan Lima Racun Berbisa—yang dikenali dengan gelaran tersebut—antara yang paling diingati. Lima filem tersebut adalah Lo Mang, Lu Feng, Sun Chien, Chiang Sheng dan Kuo Chui, yang telah menjadi bintang di studio Shaw selama beberapa tahun, tetapi tidak begitu terkenal sehingga Lima Racun Berbisa. Wei Pai, yang berlakon sebagai Ular (dirujuk "Nombor Dua" sepanjang filem "Lima Racun Berbisa") juga merupakan sebahagian Venom Mob yang berjumlah 15 pelakon yang muncul hampir keseluruhan filem Venom.

Pada pertengahan pertama 1970-an dua bintang lain yang dikenali ramai dan digemari oleh Chang Cheh dalam filemnya: Ti Lung dan David Chiang. Ti Lung dianggap sebagai salah seorang jika tidak yang paling hensem pelakon seni bela yang terdapat di Studio Shaw, tetapi juga diakui sebagai pelakon berkemampuan yang mengukuhkan kemashyuran ototnya dengan perwatakannya dalam banyak filemnya. Chiang disebaliknya diperlekeh dan kelakar dan sering berlakon sebagai lawan hero sakarstik berbanding archetaip piwaian Lung. Pada pertengahan dekad kedua mereka diatasi oleh kebangkitan Alexander Fu Sheng yang melakonkan peranan sokongan bertentangan dengan mereka banyak kali. Fu akhirnya terbunuh dalam kemalangan kereta pada 1983, ketika berusia 28, mengakhiri kerjaya melonjak yang mengkagumkan.

Ahli Sekolah Opera Peking, termasuk Jackie Chan, Yuen Biao dan Sammo Hung, berlakon tambahan dan kecil dalam beberapa filem Shaw Brothers pada tahun 1970-an, sungguhpun mereka jelas tidak dikenali pada masa itu.

Shaw Studios tidak begitu dikenali bagi pelakon wanita kerana kecenderungan Chang Cheh bagi kisah hubungan kepahlawanan, dan kononnya pengarah Mona Fong benci pelakon wanita cantik. Walau bagaimanapun, pelakon wanita seperti Li Li-hua, Ivy Ling Po, Lin Dai, Betty Loh Ti, Cheng Pei-pei, Lily Li, dan Tien Niu muncul dalam filem Shaw. Cheng Pei Pei terutamanya terkenal bagi peranan nya dalam Come Drink with Me arahan King Hu, dan Crouching Tiger, Hidden Dragon sebagai Jade Fox, arahan Ang Lee.

FilemSunting

  1. Come Drink with Me (1966)
  2. Till the End of Time (1966)
  3. Rape of the Sword (1967)
  4. One-Armed Swordsman (1967)
  5. Golden Swallow (1968)
  6. Return of the One-Armed Swordsman (1969)
  7. Have Sword Will Travel (1969)
  8. The Heroic Ones (1970)
  9. The Wandering Swordsman (1970)
  10. Duel of Fists (1971)
  11. The Duel (1971)
  12. The New One-Armed Swordsman (1971)
  13. The Water Margin (1972)
  14. The 14 Amazons (1972)
  15. The Delightful Forest (1972)
  16. King Boxer (1972)
  17. Young People (1972)
  18. Four Riders (1972)
  19. Boxer from Shantung (1972)
  20. The Blood Brothers (1973)
  21. The Black Falcon (1973)
  22. Police Force (1973)
  23. The Pirate (1973)
  24. Heroes Two (1974)
  25. Na Cha the Great (1974)
  26. A Mad World of Fools (1974)
  27. Five Shaolin Masters (1974)
  28. All Men Are Brothers (1975)
  29. Disciples of Shaolin (1975)
  30. Challenge of the Masters (1976)
  31. Shaolin Temple (1976)
  32. Killer Clans (1976)
  33. Boxer Rebellion (1976)
  34. The Braver Archer (1977)
  35. Death Duel (1977)
  36. The Sentimental Swordsman (1977)
  37. The Braver Archer 2 (1978)
  38. The 36th Chamber of Shaolin (1978)
  39. The Deadly Mantis (1978)
  40. Crippled Avengers (1978)
  41. Invincible Shaolin (1978)
  42. Five Deadly Venoms (1978)
  43. The Avenging Eagle (1978)
  44. Heroes of the East (1978)
  45. Mad Monkey Kung Fu (1979)
  46. Life Gamble (1979)
  47. Dirty Ho (1979)
  48. Ten Tigers from Kwangtung (1979)
  49. Kid with The Golden Arm (1979)
  50. Clan of the White Lotus (1980)
  51. House of Traps (1981)
  52. Masked Avengers (1981)
  53. My Young Auntie (1981)
  54. The Braver Archer 3 (1981)
  55. Legendary Weapons of China (1982)
  56. The Braver Archer and His Mate (1982)
  57. Five Element Ninjas (1982)
  58. Shaolin Prince (1982)
  59. Gang Master (1982)
  60. Little Dragon Maiden (1983)
  61. The Eight Diagram Pole Fighter (1983)
  62. Let's Make Laugh (1983)
  63. Love with the Perfect Stranger (1985)
  64. My Name Ain't Suzie (1985)
  65. Let's Make Laugh II (1985)

Bintang filemSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting