Shazee Ishak

(Dilencongkan dari Shazzy)

Al-Muhammad Ishazee Ishak Tarmizi Kechik (lahir 31 Mei 1980), juga dikenali sebagai Shazzy atau Shazee Ishak merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Album sulungnya, Aku Melayu dikeluarkan pada 2005 di bawah Wake The Baby yang memuatkan lagu hits, "Kenapa" duet bersama Lah Ahmad.[1][2]

Shazzy
Nama lahirAl-Muhammad Ishazee Ishak bin Tarmizi Kechik
Juga dikenali sebagai
Shazee Ishak
Kelahiran (1980-05-31) 31 Mei 1980 (umur 43)
Pulau Pinang, Malaysia
GenreHip hop, rap
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit rakaman
InstrumenVokal
Tahun aktif2005–kini
Pengkarya berkait
Lah Ahmad, Ajai & Nurul

Kehidupan dan kerjaya sunting

Shazzy dilahirkan di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Sains Malaysia (USM).[2]

Beliau menceburkan diri dalam muzik dari zaman sekolah menengahnya. Shazzy mengirimkan demo muziknya ke mana-mana sehingga suatu hari, komposisinya menarik minat penyanyi-penulis lagu Ajai, yang menandataganinya bersama Wake The Baby pada 2005 dan muncul bersama album pertama, Aku Melayu yang mengandungi 10 lagu dengan "Kenapa" duet bersama Lah VE dikeluarkan sebagai single utama.[3] Shazzy meninggalkan dunia hiburan untuk bekerja dalam penerbitan muzik selama tiga tahun, sebelum bekerja dalam sektor korporat, memegang jawatan pengurusan di syarikat taman tema.[2]

Shazee kemudian menjadi penggubah lagu sepenuh masa. Antara lagu ciptaannya termasuk "Berlari" (Tomok) dan "Mata" (Ayda Jebat). Beliau juga pernah bergiat aktif bersama kumpulan jaz, GruvAvénue.[2]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Single sunting

  • 2005: "Kenapa" (bersama Lah VE)
  • 2005: "Tak Mungkin" (bersama Ajai & Nurul)
  • 2006: "Derita"
  • 2006: "Sempurna"

Rujukan sunting

  1. ^ Zul Husni Abdul Hamid (21 Jun 2005). "Hip hop rentak Shazzy". Berita Harian. Dicapai pada 1 Mac 2019.
  2. ^ a b c d Bibi Nurshuhada Ramli (31 Ogos 2017). "Ex-hip-hop artiste Shazee writes a new song for life" [Bekas artis hip hop Shazee menulis lagu baru untuk kehidupan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-31. Dicapai pada 1 Mac 2018.
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid (28 Ogos 2005). "Sazzy dan Shazzy berkongsi cabaran dunia seni". Berita Harian. Dicapai pada 1 Mac 2019.

Pautan luar sunting