Sayyida Beevi binti M. Shahul Hameed, atau lebih dikenali sebagai Sheeda, merupakan seorang penyanyi era 80an yang mula komersial dan popular pada pertengahan era 90an di Malaysia. Selain itu, Sheeda juga sinonim dengan gelaran Diva Dangdut Malaysia oleh peminat-peminatnya, SheedaDanz. Bintang dangdut Malaysia ini juga merupakan ibu kepada penyanyi Bienda dan kakak kepada pelakon Norseha Hameed. Pada tahun 2015, beliau telah menyertai program realiti Gegar Vaganza Musim Ke-2 dan pada tahun berikutnya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia[2].

Sheeda
Nama lahirSayyida Beevi Binti M. Shahul Hameed
Juga dikenali sebagai
Sheeda
Berasal dariKelantan, Malaysia
GenreDangdut & Pop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1988-an - Kini
Syarikat rakaman
Warnada Record (1988) Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. (1996 - 1997) Sheeda Entertainment (1998 - kini)
Pengkarya berkait
Amelina & Mas Idayu
Laman sesawang
Instagram: @sheedadangdutofficial[1]

Perkahwinan dan keluargaSunting

Sheeda pernah berkahwin sebanyak 2 kali sebelum beliau berkahwin dengan seorang jejaka muda iaitu Sukri Hashim yang merupakan seorang guru sekolah.[3] Hasil daripada perkahwinannya terdahulu, beliau telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hafizul Razli, Bienda dan Nurfazlinda Fazli.[4] Bersama Sukri pula beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Aiman. Pada sekitar penghujung tahun 2019, Sheeda telah mendedahkan secara rasmi menerusi temubual eksklusif dilaman YouTube Wafa TV bahawa beliau dan Sukri telah pun bercerai. Kini, beliau kembali menjalani kehidupan solo semula bersama anak-anak tersayang.

DiskografiSunting

Album Studio:

  1. Angkat Kaki (1995)
  2. Ronggeng (1998)
  3. Goyang Dangdut Volume 1 Sheeda (2009)
  4. Angkat Tangan (TBA)

Album Kerjasama:

  1. Lukisan Cinta bersama Erie (1988)
  2. Hari Ini Hari Raya (1995)
  3. Dang Dang Dut (1996)
  4. Puteri Dangdut (1996)
  5. Dang Dang Dut 3 (2005)
  6. Semarak Dangdut (2005)

Album Kompilasi:

  1. Memori Hit 3D Dangdut (2009)
  2. Memori Hit Dangdut Raya (2009)
  3. Super Dangdut (2012)
  4. The Boom Dangdut (2014)

PencapaianSunting

Anugerah Industri Muzik (AIM):

  1. 1996 - Artis Baru Wanita Terbaik (Top 5).
  2. 1996 - Album Pop Tradisional Terbaik menerusi album Angkat Kaki (Top 5).

Muzik Muzik TV3:

  1. 1995 - Separuh Akhir Muzik Muzik 10 menerusi lagu Angkat Kaki.
  2. 1996 - Separuh Akhir Muzik Muzik 11 menerusi dua lagu iaitu Sini Cinta Sana Cinta (duet bersama Amelina) dan Buaya Darat.

Pencapaian lain:

  1. Anugerah Platinum - menerusi album Angkat Kaki.
  2. Anugerah Platinum - menerusi album Dang Dang Dut (jumlah jualan: 350,000 unit).
  3. Anugerah Platinum - menerusi album Puteri Dangdut (jumlah jualan: 200,000 unit).

Gegar Vaganza 2015Sunting

Beliau tersingkir di minggu keempat. Pada minggu kesembilan Gegar Vaganza, Sheeda bersama salah seorang bekas peserta program tersebut iaitu Azian Mazwan Sapuan telah membuat persembahan khas di malam konsert akhir Gegar Vaganza.

Minggu 1: Angkat Kaki (lagu sendiri)

Minggu 2: Semakin Hari Semakin Sayang (nyanyian asal Uji Rashid)

Minggu 3: Hantu Atau Buaya (nyanyian asal Nanasheme)

Minggu 4: Tiada Lagi - duet bersama Aweera (nyanyian asal Mayang Sari)

Minggu 9: Selamat Jalan Romeo - duet bersama Azian Mazwan Sapuan (nyanyian asal Ramlah Ram)

RujukanSunting

Pautan luarSunting