Syeikh Daud al-Fatani

ulama kelahiran Pattani

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani ialah seorang tokoh ulama Islam berbangsa Melayu kelahiran Pattani[1].

Tok Syeikh

Daud Al-Fatani
توق شيخ وان داوود بن شيخ وان عبداللَّه بن شيخ وان إدريس الفطاني
แช็ค์วันดาวูด บิน แช็ค์วันอับดุลเลาะฮ์ บิน แช็ค์วันอิดรีส อัลฟาตอนี
Kelahiran
Daud bin Abdullah

1720
Kampung Parit Marhum, Kerisik (Ban Krue Se). Pattani, Thailand
Meninggal dunia1879
Taif, Mekah
Pendidikan
  • Pondok Pauh Bok, Patani
  • Aceh
  • Hijaz, Semenanjung Arab
PekerjaanPengarang kitab, tuan guru pondok

Latar belakang sunting

Syeikh Daud dilahirkan di Kg Parit Marhum, Kerisik pada sekitar 1720M. Beliau mendapat pendidikan awal dalam lingkungan keluarga beliau sendiri. Antara guru beliau ialah bapa beliau, Syeikh Wan Abdullah, datuk beliau Syeikh Wan Idris dan bapa saudara beliau Syeikh Ṣafiyuddin. Mereka merupakan ulama besar pada zaman itu. Syeikh Daud juga turut berguru dengan hampir semua ulama yang berada di Kerisik pada ketika itu. Antara guru beliau ialah Syeikh ‘Abdul Rahman Pauh Bok al-Faṭani, bersama-sama Syeikh Abdul Samad al-Falimbani yang jauh lebih tua daripadanya. Setelah itu, beliau belajar di Aceh selama dua tahun. Di Acheh beliau berguru dengan Syeikh Muhammad Zain Al-Asyi. Kemudian beliau terus ke Mekah dan Madinah untuk belajar selama lebih 30 tahun. Guru terbesarnya ialah Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Saman. Setelah tamat belajar, beliau pulang ke Patani beberapa ketika, kemudian kembali ke Mekah dan menjadi guru di sana. Selain mengajar, aktiviti utama beliau ialah menulis kitab dan menjadi sheikh haji.

Keluarga sunting

Nama Sheikh Daud al-Fathani tidak asing bagi orang Melayu kerana beliau dianggap ulamak terbesar yang pernah lahir di Alam Melayu ini[2]. Sheikh Daud mempunyai pertalian darah dengan pendakwah terkemuka, Syed Hussein Jamadil Kubra melalui jalur ayah dan ibunya. Ibu beliau adalah cicit kepada Tok Kaya Ratna Diraja Patani (Wan Yusof), manakala ayahnya adalah cicit kepada Tok Kaya Pandak (Wan Ismail). Sedangkan, kedua-dua pembesar Patani ini – Tok Kaya Pandak dan Tok Kaya Ratna di Raja – adalah adik-beradik, anak kepada Perdana Menteri Patani, Datuk Maharajalela Faqih Ali yang selalu disebut sebagai Andik Ali atau Nakhoda Wangkang itu. Sedangkan Datuk Faqih Ali sendiri adalah anak kepada Raja Jambu, Nik Mustafa yang terkenal sebagai Sultan Abdul Hamid (Po Rome), Raja Champa.

Dari jalur ibunya, Syeikh Daud bin Wan Fatimah bin Wan Salamah binti Tok Banda bin Tok Kaya Ratna Diraja bin Tok Wan Faqih Ali. Manakala sebelah ayahnya, Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Tok Wan Abu Bakar bin Tok Kaya Wan Pandak bin Tok Wan Faqih Ali. Keturunan dan keluarga Syeikh Daud merupakan keturunan ulama dan keluarga beliau mendominasi pengajian Islam di rantau Nusantara.

Antara keluarga beliau yang juga ulama besar di Tanah Melayu dan Nusantara iaitu Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas (Kg Bukit Bayas, Terengganu) dan Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang (Kg. Hj Kadir, Terengganu). Keluarga besar Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas tersebar di sekitar Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Manakala, keluarga Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang tersebar di Kg Hj. Kadir, Kg Pasir Panjang, Kampung Sungai Derhaka (Kuala Terengganu) yang terdiri daripada 10 buah kampung antaranya Kampung Bukit Tanah. Kampung Bukit Tanah pada masa kini didiami oleh anak cucu Eshah binti Jusoh dan suami beliau Sulaiman bin Salleh (cicit kepada Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang). Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani adalah sepupu dengan Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang kerana Wan Fatimah (Ibu Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani) beradik dengan Wan Abdullah (ayah Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang).

Kebanyakan kaum kerabat Syeikh Daud yang berada di Terengganu adalah pelarian yang lari dari buruan Kerajaan Siam selepas Kerajaan Patani kalah dalam Perang Siam-Patani pada tahun 1826. Mereka mendapat perlindungan daripada Sultan Baginda Omar (1806 - 11 April 1876), Sultan Terengganu yang ke 9.

Lapangan politik sunting

Di sebalik kegiatan akademik yang begitu hebat, Sheikh Daud terlibat juga dengan politik Patani. Beliau begitu terkesan dengan kejatuhan Patani pada 1786M dan mula menyuarakan pandangan politiknya menerusi kitab-kitab yang ditulisnya. Antaranya Tuhfatul Raghibin I (1233H), Tuhfatul Raghibin II (1234H), Jam’ul Fawaaid (1239H) dan Munyatul Musolli (1242H), selain Furu’ul Masa’il (1254-1357H). Melalui Munyatul Musolli yang ditulis pada 1242H (1827M), beliau menyebut tentang isu kepemimpinan dalam Islam, satu sindiran terhadap raja-raja patung yang dilantik sejak 1786M yang menjadi punca kelemahan umat[2].

Meninggal dunia sunting

Syeikh Daud meninggal dunia pada tahun 1879 ketika berumur 159 tahun di Taif, dan dimakamkan di Taif juga berdekatan dengan kubur Abdullāh Ibn Abbas, sepupu Nabi Muhammad SAW. Namun kemudiannya jenazah beliau dipindahkan ke Mekah[3].

Karya sunting

Dalam beberapa karyanya, beliau mengupas masalah-masalah keilmuan.

Antara Karya Beliau ialah ;

  1. Kifayatul Mubtadi fi Ushuli I'tiqadil Mursydin.
  2. Risalatu Ta'alluqi bi Kalimatil Iman.
  3. Hidayatul Muta'allim wa 'Umdatul Mu'allim.
  4. Sullamul Mubtadi fi Ma'rifatil Muhtadi.
  5. Furu'ul Masail wa Wushulul Washail .
  6. Bughyatul Tullab
  7. Munyatul Musolli

Rujukan sunting

  1. ^ Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8
  2. ^ a b "Sheikh Daud Al-Fathani Pimpin Umat Lawan Siam". Berita PAS. 28 April 2020. Dicapai pada 2 November 2021.
  3. ^ Anida Hassan (2013). "Biografi Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani dan Metodologi penulisan Kitab Furu' Al-Masail" (PDF). Universiti Malaya. Dicapai pada 2 November 2021.