Sheikh Haikel Sheikh Salim Bajrai (شيخ هيكل شيخ سليم Šayḫ Haykal Šayḫ Salīm, lahir 10 Oktober 1975) ialah penyanyi, pelakon dan personaliti radio Singapura. Beliau memenangi pertandingan bakat Asia Bagus pada tahun 1991. Sebagai personaliti multi media dengan banyak tugas di radio, televisyen, filem, dan panggung, beliau telah menghasilkan tiga album studio dan banyak album lagu single hingga kini.[1] Beliau kini mengendalikan sekolah muzik di Kuala Lumpur di mana mereka mengajar pelbagai genre muzik termasuk, Hip Hop, Classical dan Rock.

Sheikh Haikel
Kelahiran
Sheikh Haikel bin Sheikh Salim Bajrai

(1975-10-10) 10 Oktober 1975 (umur 48)
Singapura
WarganegaraSingapura
PekerjaanPenyanyi, pelakon, personaliti radio
Tahun aktif1991–kini
PasanganAnna Belle Francis
Anak-anak3
AnugerahPemenang Asia Bagus 1991
Laman web rasmiwww.sheikhhaikel.com

Kehidupan peribadi sunting

Sheikh Haikel berketurunan Arab.[2] Beliau mempunyai seorang adik perempuan.[3] Beliau berkahwin dengan pelakon Singapura, Anna Belle Francis.[4] Mereka dikurniakan tiga anak – Triqka (lahir 2003), Abbra (lahir 2004) dan Juz (lahir 2014).[2]

Diskografi sunting

Album solo sunting

  • For Sure (2002)
  • For Sure Too (2003)
  • 10.10.10 (2010)
  • Eh Lah (2011; dimuatkan dalam album, Check, Check, 1–2, 1–2)
  • Check, Check, 1–2, 1–2 (TBA)

Single sunting

  • "Witulah" (With u lah) (menduduki No. 1 di carta muzik Malaysia)[5]

Filemografi sunting

Tahun Karya Peranan Catatan
1996 Army Daze Johari Salleh
2003 City Sharks Jeff
2005 Living with Lydia The King Kameo
2006 Stories of Love: The Anthology Series Fakri Filem TV
2010 Knockout Hos; Dirinya sendiri
2011 Zero Hero Pretty Boy One
2014 Gerak Khas Syed Jamal/Jimmy Penampilan khas

Rujukan sunting

  1. ^ "S.S., by Sheikh Haikel". Sheikh Haikel. Dicapai pada 2017-02-25.
  2. ^ a b "Sheikh Haikel: Hip Hop Artiste, Dad for Life". Dads For Life. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2011. Dicapai pada 11 Oktober 2012.
  3. ^ Hidayah Salamat (4 November 2010). "Artiste Sheikh Haikel And His Big Comeback". I-S Asia.
  4. ^ "10 celebrity stories on the road". AsiaOne Relax. Dicapai pada 11 October 2012.
  5. ^ Anne Freeman (22 March 2006). "MIDEM Music Spotlight: Sheikh Haikel". Music Dish. Dicapai pada 11 October 2012.

Pautan luar sunting