Sheikh Muszaphar Shukor

Angkasawan Malaysia

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (Jawi: شيخ مظفر شکور المصري بن شيخ مصطفى; lahir 27 Julai 1972) merupakan doktor bedah ortopedik Malaysia dan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (kini bergelar "Tun") pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.[1][2][3][4][5]


Sheikh Muszaphar Shukor

Kelahiran
Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha

(1972-07-27) 27 Julai 1972 (umur 51)
StatusAktif
PekerjaanDoktor bedah ortopedik
Kerjaya angkasa
Angkasawan ANGKASA
Tempoh di angkasa
10 hari, 21 jam, 14 minit
PemilihanProgram Angkasawan 2006
MisiSoyuz TMA-11, Soyuz TMA-10

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Sheikh Muszaphar yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik yang kesemuanya lelaki, berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar, Johor. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.[6]

Beliau menjadi doktor ortopedik[7] dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).

Beliau juga merupakan model di kebanyakan iklan komersial.[8][9][10]

Program angkasawan sunting

Misi sunting

Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.[11]

Misi selama 11 hari ini telah berjaya dijalankan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.

Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Muszaphar menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.

Agama sunting

 
Buku panduan ibadah: bagaimana angkasawan untuk mengerjakan ibadah ketika diangkasa lepas; terbitan JAKIM, April 2007.
 
Kulit depan dalam majalah Maskulin November 2006

Sebagai seorang Muslim, dan berpuasa di akhir bulan Ramadhan semasa di angkasa lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah menerbitkan satu buku panduan untuk Muslim di angkasa lepas. Buku bertajuk yang Pelaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa dan bermuka surat sebanyak 18 keping ini menerangkan bagaimana untuk mengenal pasti waktu solat, dan masalah yang melibatkan hal berpuasa. Orbit ISS menghasilkan satu kitaran siang dan malam setiap 90 minit.[12] Masalah mengenai puasa di bulan Ramadhan juga ditujukan. Panduan ini akan dialih bahasa dalam bahasa Rusia, Arab dan Inggeris.[13][14] Anan C. Mohd daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan, "...berpuasa semasa perjalanan adalah tidak diwajibkan. Maka, Sheikh Muszaphar dibolehkan untuk melakukannya atau tidak. Sekiranya dilakukan, waktu puasa adalah sama dengan waktu tempatan di Baikonur di mana tempat kapsul dilancarkan".[15][16] Bagi membolehkan Sheikh Muszaphar meraikan Hari Raya Aidilfitri pada 13 Oktober 2007 bersamaan hari Sabtu, bekalan seperti kuih, biskut dan sate dibekalkan bagi dimakan bersama angkasawan-angkasawan yang ada di stesen angkasa lepas.[17]

Panduan buku ini juga boleh didapati dalam bentuk PDF Diarkibkan 2008-12-27 di Wayback Machine.

Pemilihan sunting

Kerajaan Malaysia telah mengadakan Program Angkasawan Malaysia bagi memilih calon angkasawan yang sesuai. Seramai 11,275 orang calon telah mendaftarkan diri dengan pelbagai kelayakan akademik, ketahanan fizikal, emosi, dan mental. Mereka menjalani latihan terakhir di Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan. Muszaphar dikatakan ialah calon terakhir daripada yang memohon program ini.[18]

Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia. Peluang ini sebahagian daripada pakej pembelian jet pejuang Rusia bernilai AS$1 bilion (RM3.44 bilion).

Muszaphar dan tiga calon akhir yang lain dipilih pada awal tahun 2006 daripada Program Angkasawan Malaysia. Setelah selesai menjalani latihan di Star City, Rusia, Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed akhirnya dipilih untuk menjalani latihan selama 18 bulan di Rusia. Akhirnya, beliau dipilih sebagai calon utama Angkasawan Pertama Malaysia sementara Faiz Khaleed dijadikan calon simpanan.

Terminologi sunting

Terbang sebagai tetamu kerajaan Rusia,[19] Sheikh Muszaphar berperanan di atas kapal Soyuz dan ISS dirujuk sebagai peserta penerbangan angkasa di Agensi Angkasa Persekutuan Rusia bahasa Rusia dan dokumen-dokumen NASA dan taklimat akhbar.[5][20][21][22]

Bercakap kepada media Malaysia, Alexander Karchava, Duta Rusia ke Malaysia, menyatakan bahawa Sheikh Muszaphar ialah "angkasawan sepenuhnya".[23] Dalam satu wawancara dengan akhbar Malaysia Star, Robert L. Gibson, seorang angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) yang bersara, berkongsi pendapatnya bahawa Sheikh Muszaphar sepenuhnya berkelayakan sebagai angkasawan, dan oleh itu, beliau sepatutnya digelar sedemikian. Gibson juga berkata beliau menganggap Sheikh Muszaphar sebagai rakan sebaya.[24]

Angkasawan Islam lain sunting

Dengan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini, dunia Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada di orbit.[26]

Kehidupan peribadi sunting

Sheikh Muszaphar telah berkahwin dengan Dr. Halina Mohd Yunos (lahir 1981 di Kluang), seorang pakar anestesia di Hospital Selayang pada 10 Oktober 2010 di Seremban, Negeri Sembilan.[27] Sheikh Muszaphar bertemu dengan Dr. Halina sejak 2001 sewaktu beliau merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala Dr. Halina ialah pelajarnya sewaktu itu. Mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan yang bernama Sophea Isabella yang lahir pada 21 Julai 2011 dan Sophea Natasha yang lahir pada 19 Januari 2013. Cahaya mata kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang lahir pada 27 Julai 2017.

Ikon inspirasi sunting

Sheikh Muszaphar Shukor dilantik sebagai ikon inspirasi angkasawan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 di Kuching, Sarawak pada 20 April 2010.[28]

Kontroversi sunting

Penamaan sunting

Perlepasan ke angkasa sebagai tetamu kerajaan Rusia,[29] Sheikh Muszaphar dirujuk sebagai "peserta penerbangan angkasa lepas" (Inggeris: spaceflight participant) selepas laporan akhbar Agensi Angkasa Lepas Persekutuan Rusia (Russian Federal Space Agency) dan NASA[30][31][32] menjadi perdebatan.

Alexander Karchava, pegawai diplomatik Rusia ke Malaysia, telah menyatakan bahawa Sheikh Muszaphar ialah Angkasawan Matang.[33]

Robert Gibson, seorang angkasawan yang telah bersara, yang ditemu ramah oleh akhbar tempatan Malaysia, The Star, menyatakan bahawa Sheikh Muszaphar layak menjadi seorang angkasawan dan layak menerima panggilan dan pangkat tersebut.[34]

Kritikan sunting

Seorang pengulas dari Australia, Michael Backman, telah menyuarakan komennya dengan mengatakan Malaysia telah membuang duit untuk seorang rakyat Malaysia ke angkasa lepas dengan membazirkan wang sebanyak RM 105 juta (bersamaan dengan AS$ 26 juta). Pembaziran ini dikatakan oleh Micheal Backman lagi, sebagai satu nafsu kehendak yang tidak berasas dan hanya untuk memenuhi nafsu tersebut.[35][36] Bagaimanapun, jumlah tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Malaysia tanpa meminta bantuan asing dan ramai pihak yang mencemburui fakta ini. Selain itu, ia merupakan pakej pembelian sebanyak 18 jet Sukhoi dari Rusia yang bernilai RM3.42 bilion dengan sebagai balasan Rusia akan membeli minyak sawit Malaysia, memindahkan teknologi angkasa dan melatih seorang rakyat Malaysia menjadi angkasawan pertama.[37] [38]

Saman oleh Norlina Nordin sunting

Norlina Nordin telah memfailkan saman pada 25 Julai 2008 kerana mendakwa Sheikh Muszaphar telah melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi melebihi RM90,000.

Pada 14 Oktober 2009, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 27 Oktober 2009 untuk keputusannya berhubung permohonan angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bagi membatalkan saman yang difailkan seorang ahli perniagaan oleh Norlina Nordin.[39][40]

Pihak mahkamah kemudiannya membatalkan permohonan kes tuntutan saman itu setelah pihak plaintif gagal memfailkan beberapa dokumen yang telah diarahkan sebelum ini pada 18 Mei 2010. Sheikh Muszaphar Shukor kemudiannya berjaya membuat tuntutan balas ganti rugi khas RM25,000.[41]

Pendaratan sunting

 
Sheikh Muszaphar tiba di Kustanai, Kazakhstan dengan helikopter selepas dari tempat kapsul mendarat
 
Sheikh Muszaphar di dalam kapal angkasa Soyuz TMA-10

Misi selama 10 hari, 21 jam dan 14 minit [42] telah membenarkan Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di bumi dengan kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 atau lebih dikenali sebagai Space Drop Zone, mendarat berdekatan bandar Arkylk, Kazakhstan (yang terletak 500 kilometer dari bandar Baikonur), petang 21 Oktober 2007. Pendaratan berlaku tepat jam 2.37 petang waktu Kazakhstan atau 6.37 petang di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, Malaysia) untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi.

Pendaratan kapsul tersasar kira-kira 420 kilometer dari lokasi sasaran awal. [43] Perjalanan kembali ke bumi telah mengambil masa 3 jam 23 minit.

Rujukan sunting

  1. ^ "Malaysia's first astronaut to visit space station". New Scientist Space and Reuters. 9 October 2007. Dicapai pada 16 March 2017.
  2. ^ The Associated Press (20 September 2007). "Malaysian Astronaut Won't Ignore Faith". The Associated Press / USA Today. Dicapai pada 4 October 2007.
  3. ^ Andrew Hammond (30 September 2007). "Saudi prince says Islam proud of Malaysia spaceman". Reuters. Dicapai pada 4 October 2007.
  4. ^ Chris Baldwin (24 September 2007). "First Malaysian in space to observe Ramadan later". Reuters. Dicapai pada 4 October 2007.
  5. ^ a b NASA (17 July 2007). "NASA Holds Briefing With First Female Station Commander and Crew". NASA. Dicapai pada 23 July 2007.
  6. ^ Universiti Kebangsaan Malaysia (2007). "Angkasawan lands in UKM". Universiti Kebangsaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2007. Dicapai pada 7 October 2007.
  7. ^ CNN (2007). "First Malaysian in space to observe Ramadan later". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2007. Dicapai pada 10 October 2007.
  8. ^ Nurul Asyikin Yusoff (3 August 2016). "Malaysia's first astronaut turns entrepreneur". TNP. Dicapai pada 16 March 2017.
  9. ^ SpaceDaily (2007). "Part-time model is Malaysia's first astronaut". SpaceDaily. Dicapai pada 7 October 2007.
  10. ^ AFP (2007). "Malaysians take last tests before blast off into space". AFP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 7 October 2007.
  11. ^ NASA Holds Briefing With First Female Station Commander and Crew
  12. ^ NASA (2004). "Day in the Life". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-11. Dicapai pada October 7, 2004. (Inggeris)
  13. ^ Reuters (2007). "Guidebook issued for Muslims in space". Reuters. Dicapai pada October 7, 2004. (Inggeris)
  14. ^ Mazwin Nik Anis. "Guidebook for Muslims in space". Star Publications (Malaysia). Dicapai pada October 7, 2004. (Inggeris)
  15. ^ The Independent Online (2007). "Muslim astronaut to blast off during Ramadan". The Independent Online. Dicapai pada October 7, 2007. (Inggeris)
  16. ^ BBC (2007). "Landmark lift-off for space crew". BBC News. Dicapai pada October 10, 2007. (Inggeris)
  17. ^ Reuters (2007). "Astronaut plans first Eid party in space". Reuters. Dicapai pada October 10, 2007. (Inggeris)
  18. ^ Metra Syahril Mohamed (2007-10-21). "Misi kita berjaya -- Sheikh Muszaphar dan dua lagi krew mendarat di Kazakhstan pukul 6.37 petang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-10-23. Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat kembali ke Bumi selepas 10 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), sekali gus menempa sejarah baru kejayaan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas.
  19. ^ Channel News Asia (2007). "Space fever grips Malaysia as launch nears". Channel News Asia. Dicapai pada 13 October 2007.
  20. ^ NASA (2007). "NASA TV Coverage Set for Space Station Crew Exchange". NASA. Dicapai pada 10 October 2007.
  21. ^ MSNBC (2007). "Russian tycoon-explorer may go into space". MSNBC. Dicapai pada 10 October 2007.
  22. ^ Russian Federal Space Agency (2007). "Biography of Dr Sheikh Muszaphar Shukor in Russian Federal Space Agency Website". Russian Federal Space Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 October 2007. Dicapai pada 12 October 2007.
  23. ^ theStar (2007). "Russian envoy confirms that Malaysian is not a 'mere passenger'". TheStar. Dicapai pada 4 October 2007.
  24. ^ theStar (2007). "Malaysian a full-fledged cosmonaut, says ex-astronaut". TheStar. Dicapai pada 11 October 2007.
  25. ^ http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20071003000156/Article/
  26. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-11. Dicapai pada 2007-10-06.
  27. ^ New Straits Times, m.s. 18. 27 Disember 2009
  28. ^ Tan Sri Muhyiddin Lancar Minggu Saham Amanah Malaysia Di Sarawak 20 April
  29. ^ Channel News Asia (2007). "Space fever grips Malaysia as launch nears". Channel News Asia. Dicapai pada October 13, 2007. (Inggeris)
  30. ^ NASA (2007). "NASA TV Coverage Set for Space Station Crew Exchange". NASA. Dicapai pada October 10, 2007. (Inggeris)
  31. ^ MSNBC (2007). "Russian tycoon-explorer may go into space". MSNBC. Dicapai pada October 10, 2007. (Inggeris)
  32. ^ Russian Federal Space Agency (2007). "Biography of Dr Sheikh Muszaphar Shukor in Russian Federal Space Agency Website". Russian Federal Space Agency. Dicapai pada October 12, 2007. (Inggeris)
  33. ^ theStar (2007). "Russian envoy confirms that Malaysian is not a 'mere passenger'". TheStar. Dicapai pada October 4, 2007. (Inggeris)
  34. ^ theStar (2007). "Malaysian a full-fledged cosmonaut, says ex-astronaut". TheStar. Dicapai pada October 11, 2007. (Inggeris)
  35. ^ "While Malaysia fiddles, its opportunities are running". TheAge.com.au. Dicapai pada 2006-12-16.
  36. ^ "Malaysia's first astronaut heads to space". The Straits Times. Dicapai pada 2007-10-18.
  37. ^ Sukhoi Curi Tumpuan Di Pertunjukan Udara LIMA 2007
  38. ^ Kronologi Angkasawan Malaysia.
  39. ^ "Keputusan batal saman Sheikh Muszaphar pada 27 Okt.", Utusan Online, 14 Oktober 2009.
  40. ^ "Angkasawan applies to strike out civil suit", The Star, 14 Oktober 2009.
  41. ^ Ahli perniagaan diarah bayar RM25,000 kepada Sheikh Muszaphar. © Utusan Melayu (M) Bhd
  42. ^ "International Flight-No. 252 Soyuz TMA-11 Russia". Cite has empty unknown parameter: |qoute= (bantuan)
  43. ^ "Muszaphar selamat mendarat". Berita Harian Online. 2007-10-22. Dicapai pada 2007-10-23. Kapsul pendaratan dinaiki angkasawan negara, dua krew tersasar 420 kilometer

Pautan luar sunting