Nursheila Abdullah (lahir 13 Ogos 1988) atau Sheila Abdull merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas bergelar juara zon selatan pertandingan Suara Bintang Adnan Abu Hassan 2006, dan meraih kejayaan komersial pada 2008 menerusi lagu "Mungkinkah".[1]

Sheila Abdull
Kelahiran
Norsheila binti Abdullah

(1988-08-13) 13 Ogos 1988 (umur 35)
PekerjaanPenyanyi, pramugari
Tahun aktif
  • 2006–2013 (sebagai penyanyi)
  • 2016–2020 (sebagai pramugari)
PasanganAmmar Habir (k. 2016)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
GenrePop, balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman

Kerjaya sunting

Bakat Sheila Abdull dalam industri muzik telah oleh komposer dan penerbit rakaman terkenal, Adnan Abu Hassan, kemudian menyertai pertandingan Suara Bintang Adnan Abu Hassan 2006 bagi kategori zon selatan, akhirnya dinobatkan sebagai juara.[2] Sebelum itu, beliau pernah menimba pengalaman bersama Yayasan Warisan Johor, Kombo RTM, Kumpulan Jazz Johor dan Orkestra Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) yang membuat persembahan istimewa di majlis-majlis negeri. Sheila juga pernah menjadi penyanyi latar untuk Siti Nurhaliza ketika konsert Gema Zafana di Istana Budaya.[3]

Beliau juga pernah merakamkan runut bunyi filem The Red Kebaya (2006) yang dibintangi oleh Vanidah Imran, Ramli Hassan dan Samantha Schubert. Selain itu, beliau juga membuat penampilan kameo dalam filem itu sebagai penyanyi kelab malam.[4]

Pada tahun 2007, Sheila merakamkan single sulungnya, "Mungkinkah" yang mendapat putaran meluas daripada stesen radio tempatan. Bekerja di bawah bimbingan Adnan, beliau merakamkan album pertamanya. Album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album, dikeluarkan pada 28 Februari 2008 di bawah EMI Music Malaysia.[2][5]

Berikutan penutupan EMI dan keputusan SRD Villa Records yang tidak lagi menguruskan artis, Sheila menyertai Dream Music dan menubuhkan Purple Dot Agensi bagi menguruskan kerjayanya.[2] Pada tahun 2011, Sheila muncul dengan lagu "Pengkhianat Cinta".

Selepas beberapa tahun meraih kejayaan dalam bidang muzik, Sheila memutuskan untuk memulakan kerjaya penerbangan sebagai pramugari di Malindo Air.[6]

Kehidupan peribadi sunting

Sheila Abdull dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.[4] Beliau bertunang dengan gitaris kumpulan Drama Band, Ammar Habir pada 20 Disember 2015 dan melangsungkan perkahwinan pada 18 Disember 2016.[7][8][9][10] Beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Chempaka.[11][12]

Sheila pada 3 November 2020 mendedahkan bahawa beliau menamatkan kerjayanya di Malindo Air selepas empat tahun berkhidmat. Beliau ialah antara empat pramugari yang diberhentikan susulan keputusan Malindo Air untuk memberhentikan separuh daripada kakitangan dan pekerjanya susulan pandemik COVID-19. Beliau mengambil cuti tanpa gaji selama setahun kerana hamil dan tidak menyambung kontraknya apabila ia tamat pada 10 Oktober 2020.[13][14][15]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Sheila Abdull

Single sunting

Tahun Tajuk
2007
"Mungkinkah"
2008
"Lepaskanlah"
"Cinta Luar Biasa"
2011
"Pengkhianat Cinta"

Rujukan sunting

  1. ^ "Sheila Abdull akur gelaran 'One Hit Wonder'". mStar Online. 21 Jun 2016. Dicapai pada 7 November 2016.
  2. ^ a b c Wahida Asrani (12 Oktober 2009). "Dorongan buah hati bakar semangat Sheila Abdull". mStar Online. Dicapai pada 7 November 2009.
  3. ^ Metra Syahril Mohamed (14 Mac 2008). "Sheila protege baru Adnan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2008. Dicapai pada 7 November 2016.
  4. ^ a b Budiey (8 April 2008). "Profil Sheila Abdull". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 November 2013.
  5. ^ Norliza Mohamed Zakaris (25 Ogos 2008). "Azam baru Sheila Abdull". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2008. Dicapai pada 7 November 2016.
  6. ^ Feride Hikmet Atak (Disember 2016). "Kurang tawaran menyanyi, Sheila Abdull jadi pramugari". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  7. ^ Amirul Haswendy Ashari (11 Disember 2016). "Sheila, Ammar hitung hari". Harian Metro. Dicapai pada 11 Disember 2016.
  8. ^ "Sheila pilih anggota Drama Band sebagai bakal suami". Berita Harian. 22 Disember 2015. Dicapai pada 22 Disember 2015.
  9. ^ "Sheila Abdull sah isteri pemain gitar Drama Band". Berita Harian. 19 Disember 2016. Dicapai pada 19 Disember 2016.
  10. ^ Mary Victoria Dass (18 Disember 2020). "Selamat pengantin baru Ammar dan Sheila". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2016.
  11. ^ "Chempaka penyeri hidup rumah tangga Sheila, Ammar". Berita Harian. 25 Julai 2019. Dicapai pada 7 November 2019.
  12. ^ Rudy Imran Shamsuddin (25 Julai 2019). "Ammar, Sheila dapat bayi perempuan". Harian Metro. Dicapai pada 7 November 2019.
  13. ^ Fiza Kamarudin (3 November 2020). "Sheila Abdull antara yang 'signing off' Malindo Air - "Terima kasih 4 tahun yang bermakna"". Astro Gempak. Dicapai pada 7 November 2020.
  14. ^ "Sheila Abdull reda kini tidak lagi bergelar pramugari". Kosmo!. 4 November 2020. Dicapai pada 7 November 2020.
  15. ^ "Sheila Abdull 'hilang kerja' pramugari". Berita Harian. 3 November 2020. Dicapai pada 7 November 2020.

Pautan luar sunting