Sheila Rusly
Sheila Rusly (lahir 18 September 1971) merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit Malaysia. Memiliki darah campuran Melayu dan Cina, beliau mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun.[1][2]
Sheila Rusly | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengacara, penerbit |
Tahun aktif | 1986–kini |
Pasangan | Azman Hj Yahya @ Jinggo (k. 1995) |
Anak | Uzair Haqimy Luth Mikhail |
KerjayaSunting
Ketika awal kemunculan beliau,[3] Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal A. R. Badul. Bakat komedinya dicungkil Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.
Biarpun telah lama berlakon, populariti Sheila mula mendadak naik setelah muncul dalam trilogi Enot pada tahun 2002. Lakonan beliau yang bersahaja meletakkan beliau sebagai salah seorang aktres komedi paling berpengaruh. Sheila juga dikatakan sebagai pelawak wanita pertama Malaysia yang berjaya menjadi penghias kulit depan majalah fesyen.
Biarpun kesemua filem lakonan beliau bergenre komedi, Sheila juga aktif di kaca TV menerusi watak drama. Antara lakonan beliau yang disebut-sebut adalah menerusi watak banduan wanita dalam drama Sebuah Ijtihad dan Cinta Si Penggali Kubur (wanita rosak akhlak).
Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Menerusi filem tersebut juga Sheila merangkul anugerah Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17. Manakala menerusi filem Pontianak Menjerit (2005), beliau menerima nominasi sebagai Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu di Festival Filem Malaysia ke-18. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular.
Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007.
Kehidupan peribadiSunting
Sheila dan suami Azman "Jinggo" Yahya berkahwin pada 1995 dan dikurniakan dua anak lelaki–Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.[petikan diperlukan]
Beliau menjalani pembedahan membuang ketumbuhan Fibroid Uterus, pada Ogos 2016 di sebuah pusat perubatan swasta. Ketumbuhan itu dikesan sebelum beliau pergi menunaikan ibadah umrah pada 13 Jun.[4]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1986 | Hantu Siang | X | Filem pertama |
1988 | Guru Badul | Nora | |
Kembar Siam | Rosnah | ||
1990 | O. K (Orang Kampung Otak Kimia) | Leha | |
1996 | Suami, Isteri dan .....? | Jamilah | |
1998 | Gado Gado Unplugged | Syarifah | |
2003 | MX3 | Dewi | |
2005 | Pontianak Menjerit | Ratana Putri | |
2006 | Diva Popular | Puan Rin |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Pelakon | Penerbit | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|
1994-1996 | Nur Hikmah | Ya | Tidak | Nur | TV1 | |
1997 | Tiara Kondo | Ya | Tidak | Tiara | TV3 | |
2003 | Orang Gaji 41 | Ya | Tidak | Zuraidah | ||
2003 | Senario: La Intruna dan Dara | Ya | Tidak | Dara | ||
2004–2005 | Spanar Jaya | Ya | Tidak | ntv7 | Pelakon undangan | |
2006 | Ta'in | Ya | Ya | Kak Bab | TV3 | |
2014 | Ramadan Jangan Pergi | Ya | Ya | Mariana | ||
2015 | Syurga Nur | Ya | Ya | Puan Sarina | ||
2017 | Seharum Mawar | Tidak | Ya | — | TV1 | |
Dekatkan Jarak Kita | Tidak | Ya | — | TV3 | ||
2019 | Leftenan Zana | Ya | Ya | Sarjan Qamar | ||
PIA | Ya | Ya | Mak Ngah Ila | |||
Cindai | Tidak | Ya | — | |||
2020 | Bukan Gadis Biasa | Ya | Ya | Opah Aminah |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Pelakon | Penerbit | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|---|---|
2002 | Sakinah | Ya | Tidak | Kak Rock | Format VCD |
Good Morning Cikgu | Ya | Tidak | Kak Eton | TV3 | |
Enot | Ya | Tidak | Oni | ||
Enot, Beraya La Pulak | Ya | Tidak | Oni | ||
2003 | Apa Nak Dikata? | Ya | Tidak | Salmah Gebu | VCD |
Cinta Si Penggali Kubur | Ya | Tidak | Selina | TV3 | |
Menantu Mak Dara | Ya | Tidak | Badariah | ||
2007 | Tuhan Pun Tahu | Tidak | Ya | — | |
Sebuah Ijtihad | Ya | Ya | |||
2009 | Restu Mentua | Ya | Ya | Mak Kiah | |
2010 | Berdosakah Aku | Ya | Ya | Ibu Haryani | |
Taubat Nasuha | Ya | Ya | Laili | ||
Dunia Batinku | Ya | Ya | |||
2011 | Ampunkan Daku | Ya | Ya | Latifah | |
2014 | Dari Pintu Neraka | Ya | Ya | ||
2017 | Terhentinya Doa | Ya | Ya | Aini | |
2018 | Aku Nazmi | Ya | Ya | Puan Juha |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Penerbit | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|---|
2004–2019 | Ketuk Ketuk Ramadan | Ya | Pengacara | TV1 |
Ketuk Ketuk Syawal | Ya |
Anugerah dan pencalonanSunting
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
1989 | Pelakon Pembantu Wanita Popular | Tercalon | |
2002 | Artis Komedi Wanita Popular | Tercalon | |
2003 | Artis Komedi Wanita Popular | Menang | |
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | ||
2004 | Artis Komedi Wanita Popular | Menang | |
2005 | Artis Komedi Wanita Popular | Menang | |
2006 | Artis Komedi Wanita Popular | Menang | |
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | ||
2007 | Artis Komedi Wanita Popular | Menang |
Festival Filem Malaysia | |||
---|---|---|---|
Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
2004 (FFM 17) | MX3 | Pelakon Komedi Terbaik | Menang |
2005 (FFM 18) | Pontianak Menjerit | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon |
Anugerah Skrin | |||
---|---|---|---|
Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
2018 | Aku Nazmi | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Tahir Alhamzah (22 Februari 2018). Hard to find new talent with merit, says Sheila New Straits Times. Dicapai pada 14 Jun 2019.
- ^ #Showbiz: There is a thin line between honest opinion and rude remarks, says Sheila Rusly New Straits Times (28 Mei 2020). Dicapai pada 6 Jun 2020.
- ^ Dia cakap saya dah cukup manis, minum air mineral je, tak payah ABC Astro Awani. 29 September 2018. Dicapai pada 1 Oktober 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (5 Ogos 2016). Sheila dalam proses pulih Harian Metro. Dicapai pada 12 Julai 2017.