Sheqel Baru Israel

Sheqel/Shekel/Syikal Baru Israel (Ibrani: שֶׁקֶל חָדָשׁ, rumi: Mengenai audio inishekel ẖadash, Arab: شيكل جديد, rumi: syīkal jadīd) atau ringkasnya sheqel/shekel/syikal Israel (Ibrani: שקל ישראלי, Arab: شيكل إسرائيلي; lambang matawang: ; kod ISO: ILS, singkatan: NIS) merupakan mata wang dipakai di entiti negara Israel serta wilayah Gaza dan Tebing Barat Palestin taklukannya. Mata wang ini menggantikan unit syikal lama pada tahun 1985 dengan kadar 1000 sheqel lama = 1 sheqel baru. Sheqel baru ini dibahagikan kepada 100 agora (Ibrani: אגורה, Arab: أَغُورَة, rumi: aghūrah).

Sheqel Baru Israel
שקל חדש (Ibrani)
شيقل جديد (Arab)
duit syiling 1 sheqel
ISO 4217
KodILS
Jenis mata wang
Subunit
 1/100agora
Bentuk jamak
sheqalim atau shekalim
agoraagorot
Simbol
Wang kertas20, 50, 100, 200 sheqalim baru
Syiling5, 10 agorot, ½, 1, 2, 5, 10 sheqalim baru
Demografi
Pengguna
Israel, Palestin
Pengeluaran
Bank Israel
 Tapak web
www.bankisrael.gov.il
Penilaian
Inflasi
-0.1%
 SumberThe World Factbook, 2006
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Sheqel" (Ibrani: שקל) sekembar Semitik dengan kata Arab: ثِقْل, rumi: thiql "bebanan; muatan" sekaligus seakar nama unit timbangan miskal (Arab: مِثْقَال, rumi: mithqāl "batu timbangan" terbitan kata ثَقُلَ thaqula "berat"[1]). Dalam Bahasa Ibrani, Sheqel baru ini biasanya disingkatkan kepada ש"ח (disebut shaḥ). Simbol Sheqel baru , merupakan gabungan huruf pertama perkataan sheqel (ש) dan ḥadash (ח). Namun simbol ini terbukti tidak popular, dan singkatan dua huruf adalah lebih banyak digunakan.

Duit syiling sunting

Pada tahun 1985, duit syiling 1, 5, dan 10 agorot, ½ dan 1 sheqel baru telah diperkenalkan. Pada tahun 1990, duit syiling 5 sheqalim baru diperkenalkan, diikuti oleh 10 sheqalim baru pada tahun 1995. Pengeluaran 1 agora berhenti pada tahun 1991. Pada Ogos 2006, duit syiling 2 sheqalim baru telah diumumkan, akan diperkenalkan pada suku akhir tahun 2007.[2][3]

Wang kertas sunting

Pada tahun 1985, wang kertas 1, 5, 10, 20, dan 50 NIS dikeluarkan. Wang kertas 1, 5, dan 10 NIS menggunakan rekaan dasar yang sama dengan wang kertas 1000, 5000, dan 10,000 sheqalim lama tetapi dengan nilai ditukarkan.

Pada tahun 1986, wang kertas 100 diperkenalkan, diikuti oleh wang kertas 200 NIS pada tahun 1991. Wang kertas 1, 5, dan 10 NIS digantikan dengan duit syiling selepas itu. Rancangan untuk mengeluarkan wang kertas 500 NIS, dengan gambar Yitzhak Rabin, diumumkan tidak lama selepas kematian Rabin pada tahun 1995. Namun disebabkan oleh kadar inflasi yang rendah, buat masa kini wang kertas sebegini tidak diperlukan.

Kadar pertukaran semasa ILS
Lihat Google Finance: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD
Lihat Yahoo! Finance: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD
Lihat XE: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD
Lihat OANDA: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD
Lihat fxtop.com: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD
Lihat MSN Money: AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 58. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Soon: Coin of 2 shekels Yedioth Ahronoth, 8 August 2006 (in Hebrew)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HA tidak disediakan

Pautan luar sunting

Templat:Standard numismatics external links

Templat:Historical currencies of Israel